Pelakon, Anna Jobling telah dinobatkan sebagai pemenang Gempak Most Wanted Award 2023 (GMWA2023), sekali gus menempatkan dirinya selaku individu paling berpengaruh di media sosial di Malaysia.

Menerima jumlah undian lebih 1.5 juta membolehkan Anna membawa pulang trofi utama seterusnya mengetepikan nama-nama besar lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aina Abdul, Meerqeen dan Khai Bahar.

Malah, bintang kelahiran Dewi Remaja 2019 ini terus cemerlang apabila turut memenangi dua lagi trofi bagi kategori Selebriti Digital Tergempak 2023 dan Anugerah Drama #RambutTetapBoom.

Bukan setakat itu, drama lakonan Anna yang berjudul Melur Untuk Firdaus 2 turut diumumkan selaku pemenang bagi kategori Drama Tergempak 2023.

Sementara itu, pihak Gempak turut memberikan penghargaan buat penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslow sebagai penerima anugerah Gempak Hall Of Fame 2023.

Pada masa sama, penyanyi tersohor Aina Abdul meneruskan rentak kecemerlangan dalam kariernya bagi tahun 2024 apabila diumumkan selaku pememang bagi kategori Lagu/Audio Tergempak 2023 menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu.

IKLAN

Berikut adalah senarai penuh pemenang GMWA2023;

Video Tergempak 2023 – Mikhailimaan

Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak 2023 – Amin & Abid Othman

IKLAN

Digital Content Creator (Motivator) Tergempak 2023 – Dr. Say Shazril

Gamers Tergempak 2023 – Pok Ro Gaming

Video Muzik Tergempak 2023 – Khai Bahar

IKLAN

Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak 2023 – Rahman Chea

Terdahulu, GMWA2023 yang bertemakan Y2K telah berlangsung dengan gilang gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam Ahad.

GMWA2023 turut diserikan lagi dengan persembahan-persembahan hebat daripada barisan selebriti tanah air seperti Ajai, Dolla, Khai Bahar, Aina Abdul dan artis Indonesia, Melly Goeslow.

Sementara itu, empat pengcara terkenal tanah air iaitu Sherry Alhadad, Zizan Razak, Amelia Henderson dan Sean Lee diberikan tanggungjawab untuk mengemudi GMWA2023.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI