Pelakon dan usahawan, Elfira Loy baru-baru ini telah mengadakan majlis doa selamat sempena pembukaan kafe terbarunya dan turut mengharapkan agar majlis perkahwinan yang dikatakan bakal dilangsung Januari depan dipermudahkan.
Merakamkan rasa syukur, Elfira atau lebih mesra disapa El gembira kerana majlis doa selamat yang diadakan pada hujung Sabtu lalu berjalan lancar.
“Alhamdulillah selesai bacaan yasin cafe dan doa selamat untuk majlis kami. Terima kasih semua kerana sudi meluangkan masa,” tulisnya.
Perkara itu dikongsi Elfira menerusi entri di akaun Instagram.
Ads
Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat turut memberikan ucapan serta berdoa agar majlis yang bakal diadakan berjalan lancar.
Setakat ini, video berkenaan sudah pun ditonton lebih 500,000 kali.
Bagai pinang dibelah dua. Demikian perumpamaan yang boleh digambarkan buat pasangan muda Instafamous yang bergelar suami isteri ini.
Sering bekongsi gambar dan video di laman sosial, bintang Insta ini juga sering menjadi tarikan netizen dek gelagat dan aksi sweet yang dipamerkan itu.
Berikut adalah senarai pasangan muda instafamous yang sudah berkahwin. Romantis bukan?
1. Syafiqah Aaina & Hafiz Mahamad
Pasangan ini cukup sinonim dengan kejutan tanpa diduga yang diberikan si suami buat isteri tercinta.
Pasangan ini juga sering memberikan kejutan antara satu sama lain. Difahamkan, Hajar bekerja di syarikat penerbangan Air Asia sering mendapat kejutan dari suaminya itu.
Selepas diperkatakan kerana bergaya sakan masuk stadium bagi memberi sokongan buat skuad Harimau Malaya di final Piala AFF Suzuki, nama figura cantik Rozita Che Wan sekali lagi menjadi buah mulut netizen apabila memuat naik gambarnya bersama suami Zain Saidin.
Posting foto mereka berdua sedikit istimewa kali ini apabila ia adalah bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.
Lalu seperti biasa, pelakon dan usahawan itu tampak glamor menerusi persalinan yang digayakan. Ditatarias jurusolek terkenal, Syedewa, Che Ta turut mengenakan persalinan sarat perincian cetak flora.
Selain terpegun dengan gambar bidikan lensa dari Blackpepper Production, kami turut terhibur dengan reaksi dan komen pelbagai daripada netizen.
Antaranya, ada yang membayangkan pasangan ini saling tak tumpah seperti Priyanka Chopra dan Nick Jonas atas faktor jarak usia di antara mereka.
Lebih mencuit hati, kapsyen yang ditulis Che Ta pun tak kurang humor apabila mendedahkan suaminya itu baru saja berada di darjah 2 ketika dia telah pun dinobat sebagai Miss Intercontinental tahun 92.
Peserta Miss Universe Malaysia (MUM) 2026, Eunice Wong terharu walau mengakui tidak menyangka dirinya akan dinobatkan sebagai juara pada malam kemuncak acara berprestij tersebut.