Sudah jangka dirinya bakal menjadi peserta pertama tersingkir dalam program Dansa Dan Sing, Harris Baba mengakui kurang masa berlatih menyebabkan dia kelihatan tidak bersedia di atas pentas.
Jelasnya, dia kecewa dengan prestasi diri namun itu yang terbaik mampu dilakukan sementelah tidak punya kemahiran dalam tarian.
“Sejujurnya saya sendiri sangat kecewa dengan diri sendiri daripada minggu pertama dan minggu kedua. Ia situasi yang sangat sukar buat saya.
Saya sudah buat yang terbaik dan cuba berlatih menari dalam masa empat hari, namun nampaknya tidak mencukupi. Ini yang terbaik mampu lakukan, namun ia bukan yang terbaik nampaknya.
“Ia memang patut berakhir untuk saya. Saya bukan mahu mementingkan diri sendiri, namun saya sudah usaha hingga ke akhir. Andai saya lepas sehingga ke minggu ketiga pun, saya pasti akan patah semangat dan menangis,” jelasnya.
Ads
Dikritik kurang ‘showmanship’ oleh pihak juri, penyanyi daripada Singapura ini jelas tugasan yang diberi tidak mudah.
Namun mengakui tujuan utama menyertai program Dansa Dan Sing hanyalah sekadar untuk hiburkan penonton.
“Saya setuju dengan komen juri bahawa persembahan saya kurang memuaskan. Saya minta maaf dengan kumpulan Unique. Ia bukan mudah buat saya. Saya belajar bahawa bukan mudah mahu menyanyi dan menari dalam masa yang sama.
Ads
“Sewaktu mula menerima tawaran dan melihatkan 70 peratus untuk menari dan 30 untuk menyanyi, saya tahu ini bukan kemahiran saya.
“Namun saya bersetuju untuk menyertainya sekadar untuk berhibur dan inilah hasilnya.
“Namun jika pihak Astro maklumkan dua atau tiga bulan lebih awal, mungkin saya akan punya lebih masa untuk berlatih. 1 Januari merupakan hari pertama saya berlatih menari. Menari perlukan latihan yang sangat banyak,” luahnya.
Ads
Dalam perkembangan lain, Harris Baba kini sedang rancak mempromosi single terbaru berjudul Bagai Selalu selepas dua tahun menyepikan diri.
Menerusi penyingkiran tersebut, sembilan lagi peserta iaitu Chubb-E, Sophia Liana, Waris, Raja Shahiran dan Shiha Zikir yang bakal bersaing merebut wang tunai bernilai RM100,000 dan trofi.
Dansa Dan Sing dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Hady Mirza sementara juri tetapnya terdiri daripada Jasmine dan Datuk Rizalman Ibrahim.
Program berkenaan bersiaran secara langsung setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria dan Ria HD.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara, Fedtri Yahya berkongsi berita gembira di laman Instagramnya, hari ini.
Kisahnya, dia menerima cahaya mata keempat apabila isterinya selamat melahirkan anak lelaki mereka, pagi tadi.
“Alhamdulillah, syukur… Isteri saya telah selamat melahirkan anak keempat pada jam 1145 pagi tadi.
“#babyboy. Bayi dilahirkan secara normal. Alhamdulilllah, permulaan yang indah untuk 2019 ini.
“Mohon doa sahabat-sahabat sekalian agar urusan keluarga saya dipermudahkan. #newborn #january,” tulisnya di Instagram.
Di ruangan komen, kelihatan ramai yang mengucapkan tahniah buatnya.
Sebelum ini, Fedtri berkahwin dengan Nurul Anati Ismail pada Mei 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Indah Sutera Jannah, 7 tahun, Ahmad Wildan Arjuna, 5 tahun dan anak ketiga mereka lahir pada Mei 2017.
Foto/Instagram: Fedtri Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru sahaja putus tunang awal tahun ini, nama Remy Ishak terus dikaitkan dengan Mira Filzah apatah lagi netizen seakan-akan tidak boleh ‘move on’ dengan drama Pujaan Hati Kanda.
Memuatnaik sekeping foto bersama ‘dinda’ dengan kapsyen, “terserempak dengan Kak Ani Yang sedang menjual nasi lemak di hall PICC semalam. #ffm30.”
Perkongsian foto pelakon, Fiza Halim nampaknya berjaya menimbulkan sensasi apabila bintang ini berkongsi dua keping foto ketika belum berhijab.
Ulas bekas anggota Elite ini, dia rasa ralat dengan dengan segelintir netizen yang gemar menjatuhkan hukum meski kala memakai jubah sekalipun.
Tambahnya lagi, tidak salah memberi nasihat, namun biarlah berpada-pada dan ada caranya.
“Aku nak tengok siapa nak kecam. Pakai jubah pun kena kecam, nampak bayang kat tudung botol pun kena kecam, rambut sehelai terkeluar pun hampa boleh zoom.
“Bulu hidung,bulu ketiak,bulu tutttt… hampa xmau zoom ka? La ni aku nak tanya hampa semua,kalau crita kami hat lama2 keluaq kat tv yg tak pakai tudung, mcm mana pulak crita tu?
“Hampa tak pi DM kat stesen tv ka? Come on la… nasihat boleh nasihat. Tp biaqlah berpada2.. Dan yg paling best,hat dok komen semuanya PRIVATE ACC.
“Sblm hampa semua nak cakap pasai AURAT, mulut lidah pun kena jaga jugak,” luahnya.
Ibu kepada tiga orang anak ini turut mengakui dia sedang belajar menjadi manusia yang lebih baik.
“Aku mengaku aku bukan org baik, tp aku pelan2 nak belajaq jd baik. Aku tak suka hipokrit!! Bukan aku. Nih,drp hampa semua sibok dok cari NERAKA org, hampa jgn lupa, jgn sampai SYURGA hampa sendiri terabai na.
“Kita semua dah tua, tunggu nak mampuihh ja. Masing2 tau dah kot nak jaga diri sendiri.
“Mcm aku anak dah kluaq 3 dah… Kalau lepas ni hampa dah xminat dan xnak suka aku pun,aku tak kisah.Bukan hampa mai ketuk depan rumah aku mai bg mentedarah kat aku.
“Aku adalah aku, tak perlu nak tunjuk baik depan org.Kalau org nak kata aku mulut jahat,mmg pun. Aku terima.Allah lebih tau apa niat hamba2 dia. Ada ja tak kena dimata hampa #throwback #akudahmeluat #sabaqadatahap,” tambahnya lagi.
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana memanjatkan doa agar artis seangkatannya yang juga penyanyi, Syura Badron segera diberikan kesembuhan selepas dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di buah pinggang dan darah, baru-baru ini.