Menjelaskan setiap manusia punya batas dalam kehidupan, dan dirinya tidak terkecuali.

Jadual persembahan yang terlalu padat dan kekurangan rehat menjadi punca dirinya pitam sewaktu melakukan persembahan tempoh hari.

Kata vokalis Floor 88, Ayie  atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, 23, sebelum kejadian, suaranya mula serak, namun dia tetap memaksa diri untuk membuat persembahan namun tetap tewas sewaktu menyampaikan lagu kedua.

“Alhamdullilah kesihatan sekarang semakin pulih kecuali tekak yang masih lagi sakit.

“Sewaktu konsert, kepala saya sakit secara tiba-tiba dan suara menjadi serak namun saya tetap paksa diri. Kami sepatutnya menyanyikan empat buah lagu, sewaktu lagu Zalikha, suara saya sudah semakin hilang.

IKLAN

“Bila tiba lagu Aqilah. Saya paksa diri sehingga tiba satu tahap kepala berdenyut, pandangan menjadi hitam dan saya pitam. Setiap manusia ada had dia dan itulah yang terjadi kepada saya.

“Saya masih sedar waktu tu cuma berat nak bangun,” jelasnya ketika ditemui pada Era Digital Muzik Awards (EDMA) 2019.

IKLAN

Meletakkan tanggungjawab sebagai fokus utama, jelasnya, jadual yang terlalu padat tiada masalah  buatnya, cuma beberapa faktor menyebabkan kondisi kesihatan semakin teruk.

“Malam tu saya rasa seperti boleh lakukannya, namun walaupun saya paksa diri, memang saya tidak mampu. Pihak pengurusan ada perancangan untuk membawa saya berjumpa doktor pakar bagi rawatan selanjutnya.

IKLAN

Ayie turut menafikan apa yang berlaku ialah gimik semata-mata.

“Majlis itu ialah majlis Hari Ulang Tahun Keputeraan Yang Dipertuan Besar, jadi mana mungkin kami membuat gimik pada majlis begitu. Ada protokol yang harus dipatuhi.

“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada yang katakan begitu,” jelasnya.

Terdahulu,  Ayie mengejutkan peminat apabila rebah ketika membuat persembahan di Konsert Gempak Negeri.fm sempena meraikan Hari Keputeraan Ke-72 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di padang awam Seri Menanti, Kuala Pilah.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI