Selepas lima tahun melebarkan perjuangan dan amanah murni melahirkan Hafiz 30 Juzuk Al-Quran dan Syahadah, Akademi Al Quran Amalilllah atau AKMAL menambah lagi lima cawangan baharu tidak lama lagi.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan akademi itu sebanyak 10 yang sekaligus memperbanyakkan lagi ruang dan peluang melahirkan ‘fast track’ tahfiz dalam tempoh kurang setahun.

Sehingga kini akademi terbabit yang beribu pejabat di Marang, Terengganu turut memiliki cawangan di Bukit Beruntung, Batu Pahat, Shah Alam dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Pengerusi AKMAL, Senator Tuan Haji Hussin Ismail, pihaknya terus berdaya saing dan optimis menerusi penambahan lima lagi cawangan baharu.

“Lima cawangan baharu yang akan dibuka ialah di Seremban (Negeri Sembilan), Sungai Petani (Kedah), Kuala Kangsar (Perak), Kelantan dan Kuantan (Pahang).

“Usaha kita untuk terus melebar dan mengembangkan pengaruh AKMAL takkan pernah berhenti. Semua ini jihad dan harap ia dipermudahkan sentiasa,” katanya.

Hussin berkata demikian ketika berlangsungnya acara Majlis Haflah Takrimiyah Graduasi AKMAL 4.0 tanggal 5 Jun lalu di Pusat Konvesyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu dalam satu kenyataan.

IKLAN

Majlis yang dihadiri 2000 tetamu itu turut dirasmikan oleh Mantan Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Tan Sri Dato Seri Abdul Hadi Awang mantan Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan diserikan kehadiran barisan Exco Agama Kerajaan Negeri Terengganu.

Anak Ustazah Asma Harun, Hafizah 30 Juzuk Dalam Masa 7 Bulan, Antara Diraikan Di Majlis Graduasi Istimewa Anak Ustazah Asma Harun, Hafizah 30 Juzuk Dalam Masa 7 Bulan, Antara Diraikan Di Majlis Graduasi Istimewa Anak Ustazah Asma Harun, Hafizah 30 Juzuk Dalam Masa 7 Bulan, Antara Diraikan Di Majlis Graduasi Istimewa Anak Ustazah Asma Harun, Hafizah 30 Juzuk Dalam Masa 7 Bulan, Antara Diraikan Di Majlis Graduasi Istimewa Anak Ustazah Asma Harun, Hafizah 30 Juzuk Dalam Masa 7 Bulan, Antara Diraikan Di Majlis Graduasi Istimewa Anak Ustazah Asma Harun, Hafizah 30 Juzuk Dalam Masa 7 Bulan, Antara Diraikan Di Majlis Graduasi Istimewa

“Majlis Haflah Takrimiyah Graduasi 4.0 ini menyaksikan 140 orang pelajar tamat pengajian dengan cemerlang termasuk sembilan daripadanya bergelar Syahadah.

“Kita turut bangga salah seorang pelajar yang diraikan iaitu Tengku Maisarah yang juga anakanda kepada pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun  dan suami, Ustaz Tengku Fadzli.

IKLAN

“Puteri ketiganya itu menjadi Hafizah Al-Quran dalam tempoh tujuh bulan di AKMAL. Kejayaannya dan semua amat membanggakan kami dan tentunya keluarga mereka,” katanya lagi.

Hussin dalam pada itu turut mempelawa lebih ramai lagi anak muda untuk menyertai AKMAL.

Malah, pengambilan pelajar baru kemasukan kini dibuka, boleh daftar  segera di laman web rasmi mereka sebagai boleh belajar secara dalam talian.

IKLAN

Sementara itu, Ustazah Asma turut berkongsi kegembiraan dan kesyukuran di platform laman sosial mengenai kejayaan puterinya yang juga anak ketiga daripada tujuh beradik itu.

“Allahu Akbar, sungguh sebak dan sayu. Saya sendiri baru tahu anakanda kami, Maisarah (Tengku Maisarah) berjuang dalam tempoh 7 bulan 10 hari untuk khatam hafazan 30 Juzuk Al-Quran.

“Maklumat tersebut saya baca daripada jemputan rasmi acara dianjurkan. Kami memang menyaksikan kesungguhan, nekad dan air mata kelelahan Maisarah.

“Kami tak pernah memaksa atau meminta untuk Maisarah selesaikan hafazan dalam tempoh yang secepat ini. Namun, setiap kali jumpa, Maisarah akan minta  doa dan beritahu bila impian khatam hafazannya.

“Semua dengan izin dan pertolongan Allah jua. Terima kasih semua termasuk para guru dan pihak AKMAL. Juga kalian yang selama ini turut mendoakan, moga kembali pada kalian,” kata Ustazah Asma.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI