Terselamat daripada tersingkir meskipun berada di tangga tercorot, kumpulan COEX mahu memanfaatkan peluang ini untuk kembali bangkit seterusnya menampilkan persembahan terbaik pada konsert Big Stage 2023 minggu hadapan.
Menurut salah seorang anggotanya, Mikaela Qistina, COEX mahu buktikan kepada para juri dan penonton bahawa mereka juga mampu menjadi antara pencabar untuk pertandingan ini.
“Pertama sekali, kami sangat bersyukur kerana diberikan satu lagi peluang untuk membuktikan yang kami ini mampu meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini.
“Pada masa sama, kami hargai setiap komen daripada juri Ajai, Aina Abdul dan Datuk Ramli MS. Ia membuatkan kami lebih bersemangat untuk mencabar kemampuan diri.
“Kami sudah diberikan peluang dan kami berjanji akan buat yang terbaik pada minggu hadapan,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Mikaela juga menafikan dakwaan kumpulan mereka keras kepala atau tidak mendengarkan apa yang dinasihatkan para juri sebelum ini.
Ads
“Kami hanya mahu terus mengikut apa yang telah dirancang untuk persembahan minggu ini. Sebenarnya, kami sudah pun mengguna pakai nasihat-nasihat yang telah diberikan juri sebelum ini.
“Cuma ketika ini, kami tak biasa lagi sebab kumpulan kami masih baru dan perlukan masa untuk biasakan diri dengan teknik-teknik nyanyian berkumpulan.
“Semoga minggu hadapan kami dapat buktikan kepada para juri yang COEX mampu mencapai piawaian yang mereka mahukan,” ujarnya lagi.
Ads
Kumpulan COEX ditemui selepas berakhirnya konsert minggu ke-5 Big Stage 2023 yang berlangsung di Auditorum Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) pada Ahad.
Ditanya mengenai respon COEX terhadap kritikan netizen yang mempersoalkan mengapa mereka masih bertahan di program ini meskipun sudah dua minggu menampilkan persembahan kurang meyakinkan, ini jawab seorang lagi anggotanya Dalini;
“Kami ini jenis yang tak baca komen netizen sangat kerana kami bimbang ia akan memberikan kesan terhadap kesihatan mental kami.
“Kami hanya baca komen yang bagus manakala yang sebaliknya pula, kami ketepikan sahaja.
Ads
“Kami bertuah kerana kami ini berkumpulan. Bila ada perkara tak baik berlaku atau yang boleh menjejaskan kesihatan mental kami, kami ada satu sama lain,” kongsinya.
Sementara itu, Amy Loh pula memaklumkan COEX sebenarnya mempunyai hajat untuk mempersembahkan lagu debut mereka andai berjaya melangkah ke konsert akhir.
“Kalau ada rezeki, kami memang ingin bergelar juara. Namun, kalau dapat melangkah ke konser akhir pun, itu sudah cukup.
“Kami mempunyai impian untuk mempersembahkan lagu debut kami di konsert akhir. Segalanya sudah siap dan kini tunggu untuk pelancaran sahaja,” ujarnya.
Terdahulu, COEX berada di tangga tercorot bersama dua lagi peserta iaitu Firdaus Rahmat dan Farhan Shah.
Kesemua peserta harus meyakinkan para juri pada minggu hadapan menerusi konsert yang bertemakan ‘wow wow what next’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan Datin Rebecca Nur Al-Islam ada berkongsi berita gembira mengenai prestasi kecermelangan anaknya, Nor Anggun Raverra.
Perkara gembira itu dikongsikan Rebecca di Instagram miliknya apabila Anggun, 7 tahun cemerlang dalam ujian peperiksaan.
“Mummy So Proud Of You My Darling Princess @noranggunraverra ?❤Alhamdulillah Bijak Pandai Sayang Mummy?…
“Hari ni dari Pagi mummy Becca Sibuk Ada Meeting Byk,,Pastu Petang sikit tadi Sebelum balik Rumah Kawan ajak g makan snowflake Di Pavilion KL,So Saya Pun Pergi la skejap,Tapi Biasa La Kalau dah Sampai Pavilion ni,Nampak je Kedai SMIGGLE Pasti ter Ingat Dekat Princess Saya Dua Orang ni @noranggunraverra@noranggerikrenesmee Dan Pasti Beli something for them,” tulisnya.
Menariknya, Rebecca ketika itu mahu memberi kejutan buat Anggun, bagaimanapun, kanak-kanak berusia 7 tahun itu terlebih dahulu memberi kejutan buat ibunya.
“Tapi Alhamdulillah Patut la instinct Seorang Ibu kan,Nak Beli Utk my girls Byk sikit this time,rupa2 nya Balik2 And sampai Rumah Je,My Princess @noranggunraverra got surprise for me about her Exam Result ,Alhamdulillah Syukur,Semua Result “A”…for the first term this year in primary 1…And Mummy Ingatkan mummy Nak Surprise Utk Dia @noranggunraverra But She Surprise me more❤?And I’m so proud of you my baby ,Smart girl Alhamdulillah,” tulisnya.
Memuat naik kembali kisah yang pernah dikongsi sekitar lapan tahun lalu di laman sosial miliknya, pengacara, Fedtri Yahya menyatakan Rasulullah SAW pernah bersabda contoh ahli syurga ialah seorang lelaki yang tidak pernah dengki terhadap orang lain.
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :
“Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu.” Sahabat bertanya apakaha penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu itu. Nabi SAW menjawab penyakit itu ialah terlalu banyak bersuka ria, terlalu mewah, mengumpul harta sebanyak mungkin, penipuan dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi dan dengki mendengki sehingga menzalimi antara satu sama lain.
“Ada sahabat bertanya kepada Rasulullah – siapa contoh ahli syurga. Rasulullah tunjuk seorang lelaki. Para sahabat menyelidik lelaki itu apa kelebihannya, ternyata biasa-biasa saja. Jadi kenapa dia boleh masuk syurga? Rupa-rupanya lelaki itu tidak pernah mendengki orang lain,” kongsinya di Instagram.
“Walau nota bertahun lama,
impak yang murni tetaplah sama
“Betapa bahaya iri dan dengki,
merosak minda hingga ke kaki
“Diuji cemburu pada yang hebat,
syaitan datang lalu tertambat
“Orang yang dengki tiada tenteram,
jika disuluh wajahnya seram
“Orang dengki merancang rencana,
agar yang lain jatuh merana
“Orang yang dengki terkena sakit,
sakit hati dirundung bencana
“Orang yang dengki bermuka-muka,
di depan baik di belakang celaka
“Dengki itu ibarat api,
dalam diam meracun diri
“Musnah segala amal pahala,
jadi debu berganti bala
#tenangtanpadengki
#fedtriyahya
#menikamdenganpuitis .
#ramadan #jejakrasul #muhasabah,” kongsi penulis lirik ini lagi.
Baru sahaja mengumumkan persaraan dalam dunia sukan yang diceburinya, nyata keputusan Datuk Nicol David mengejutkan rakyat Malaysia.
Memegang rekod pencapaian paling cemerlang dalam sejarah sukan negara, netizen ‘berat hati’ mahu melepaskan namun terpaksa redha.
Sedikit soroton pencapaian bintang lagenda ini, Nicol Ann David menjadi pemain skuash dari Malaysia dan Asia yang pertama menduduki ranking nombor satu dunia.
Dari tahun 2005-2010, Nicol memenangi Anugerah Terbaik WISPA sebanyak 6 kali berturut-turut.
Terharu dengan pencapaian bintang squash ini, selebriti meluahkan penghargaan di laman sosial masing-masing.
Foto – Twitter
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea kembali dikejutkan dengan perkembangan terbaru mengenai kematian tragis pelakon Kim Sae-ron.Keluarga mendiang kini menuntut pelakon terkenal, Kim Soo-hyun untuk membuat permohonan...