Ads

Anak Seloroh Macam ‘Celine Dion’ Yang Menyanyi, Peserta Lelaki ‘Cover Macho’ & Bertanding Demi Sahabat Lama, Ini Cerita Lima Peserta KES

Selepas melalui saingan konsert minggu pertama Kilauan Emas Selebriti (KES) minggu lalu, Amyza Aznan, Maria Tunku Sabri, Rashdan Baba, Zila Bakarin dan Mubarak Majid tampil berkongsi cerita.

Masing-masing hadir dengan kisah menarik yang tersendiri. Daripada rasa gemuruh, impian yang ingin direalisasikan sehinggalah nilai persahabatan yang kembali terjalin menerusi KES.

Amyza Aznan

Anak Seloroh Macam ‘Celine Dion’ Yang Menyanyi, Peserta Lelaki ‘Cover Macho’ & Bertanding Demi Sahabat Lama, Ini Cerita Lima Peserta KES

Dramatis, Amyza Aznan mengakui cabaran bergelar penyanyi jauh berbeza berbanding pelakon kerana setiap lirik dan penyampaian perlu diberi perhatian penuh sebagai menghormati karya pencipta lagu.

“Pada saya, jadi pelakon itu lebih mudah. Kalau menyanyi, jika kita salah lirik, ia akan jadi bahaya.

“Kita akan jadi tak fokus dan kurang menjiwai. Soal lirik ini sangat sensitif dan kita perlu berjaga-jaga. Kita bawa harapan penyanyi dan pencipta lagu itu.

“ Suami dan anak-anak juga sangat menyokong. Mereka juga terlibat dalam bidang ini. Jadi mereka tahu cabaran saya.

“Di hadapan mereka, saya segan dan tidak akan menyanyi serius. Cuma sejurus persembahan Sabtu lalu, anak saya Adrian ada seloroh ‘ingatkan Celine Dion yang menyanyi.’ Adrian pengkritik nombor satu dan dialah kekuatan saya,” katanya.

Maria Tunku Sabri

Anak Seloroh Macam ‘Celine Dion’ Yang Menyanyi, Peserta Lelaki ‘Cover Macho’ & Bertanding Demi Sahabat Lama, Ini Cerita Lima Peserta KES

Sebagai satu-satunya pengacara dalam kalangan peserta, Maria Tunku Sabri mengakui dirinya berasa paling kurang yakin untuk bersaing di KES.

Bagaimanapun, sokongan peserta lain menjadi pembakar semangat buatnya untuk terus cuba memberikan.

“Tipulah kalau saya kata tak gemuruh. Hampir semua peserta rasakan hal yang sama. Cuma peserta lelaki sahaja macam nak ‘cover macho’. Kami menenangkan antara satu sama lain. Kami sentiasa berpegangan tangan.

Ads

“Saya anggap kesemua peserta ini sudah seperti keluarga. Saya selalu bagitahu, mereka ini semua memang ada bakat menyanyi kerana mereka semua ialah pelakon. Saya seorang saja yang bergelar pengacara.

“Tak semua pengacara boleh bergelar penyanyi. Saya rasa sayalah peserta paling corot. Jika pergi karaoke pun, kawan-kawan akan belikan saya makanan dan tak perlu menyanyi. Saya hanya ‘pesan lagu’ sahaja.

“Jika 20 tahun lalu mereka beri saya peluang menyanyi, mungkin saya boleh jadi juara. Suara saya itu mungkin ada sedapnya tapi saya tak tahu bagaimana nak mencantikkannya lagi,” seloroh Maria.

Rashdan Baba

Anak Seloroh Macam ‘Celine Dion’ Yang Menyanyi, Peserta Lelaki ‘Cover Macho’ & Bertanding Demi Sahabat Lama, Ini Cerita Lima Peserta KES

Rashdan Baba pula mendedahkan minat terhadap dunia nyanyian sudah lama berputik iaitu sejak zaman remaja, khususnya menerusi lagu-lagu Jamal Abdillah dan genre slow rock yang cukup dekat dengan nostalgia hidup.

Menurut Rashdan, penyertaan di KES bukan saja menjadi ruang untuk mencabar diri, malah turut buka peluang memperluaskan portfolio seni dan rezeki.

“Saya suka lagu-lagu Dato’ Jamal Abdillah tapi ‘tone’ suara pula tak sama. Saya juga suka lagu-lagu slow rock seperti Tika & Saat Ini dan Penantian.

“Lagu-lagu ini mengimbau kembali zaman-zaman kita ketika usia muda. Cuma, tak pernah terfikir untuk berada di pentas ini. Bila dapat tawaran, saya agak ragu-ragu juga.

Ads

“Namun fikirkan tentang peluang dan mencabar diri, secara tidak langsung ia menjadi nilai tambah kita sebagai anak seni.

“Cabang seni ini luas. Bila tambah portfolio, cabang rezeki juga bertambah. Selepas ini, jika ada tawaran nyanyian di luar, apa salahnya saya terima,” kongsinya.

Zila Bakarin

Anak Seloroh Macam ‘Celine Dion’ Yang Menyanyi, Peserta Lelaki ‘Cover Macho’ & Bertanding Demi Sahabat Lama, Ini Cerita Lima Peserta KES

Di sebalik imej serius yang sering dipaparkan di kaca televisyen, Zila Bakarin sebenarnya terkenal dalam kalangan rakan industri sebagai seorang yang ceria, spontan dan ‘happy go lucky’.

Menurutnya, sifat tersebut bukanlah sesuatu yang baharu, malah kini semakin dikenali peminat selepas sering dikongsikan menerusi media sosial.

“Mungkin dahulu orang kurang mengenali saya secara dekat. Saya happy go lucky seperti ini sejak dahulu lagi. Dato’ Jalal dan Dato’ Tamimi pun tahu perangai saya.

“Kalau jumpa Amyza Aznan pula, memang tak boleh dikawal perangai. Orang industri memang mengenali saya.

Ads

“Bila saya tunjukkan sikap itu di media sosial, ramai pula yang boleh terima. Ada yang terkejut dengan perangai saya yang sangat ‘random’. Kalau ada sahaja hal pelik berlaku, mereka akan ‘tagged’ saya di media sosial,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Mubarak Majid

Anak Seloroh Macam ‘Celine Dion’ Yang Menyanyi, Peserta Lelaki ‘Cover Macho’ & Bertanding Demi Sahabat Lama, Ini Cerita Lima Peserta KES

Bagi Mubarak Majid, penyertaan dalam KES bukan sekadar untuk menguji kemampuan sebagai penyanyi, sebaliknya menjadi peluang mengeratkan kembali hubungan dengan rakan-rakan lama dalam industri.

Kata bintang otai berusia 70 tahun ini, pengalaman dan kenangan yang tercipta bersama jauh lebih bermakna berbanding mengejar gelaran juara semata-mata.

“Saya sebenarnya masuk program ini pun salah satu sebabnya sebab nak jumpa kawan-kawan lama.

“Bila sudah lama dalam industri, masing-masing sibuk dengan kerjaya dan kehidupan sendiri. Jadi, bila ada peluang untuk berkumpul semula macam ini, saya rasa seronok.

“Saya sedar saya bukanlah ada bakat menyanyi, tapi saya fikir, apa salahnya kita cuba. Ini peluang untuk cabar diri dan pada masa sama, dapat berkongsi pentas dengan kawan-kawan.

“Bagi saya, bukan soal siapa paling pandai menyanyi atau siapa paling hebat. Yang penting kita berani mencuba, raikan pengalaman ini dan cipta kenangan. Kalau boleh buat orang terhibur, itu pun sudah cukup menggembirakan saya.” katanya.

Kilauan Emas Selebriti bersiaran pada setiap Sabtu, jam 9 malam di saluran Astro Prima.

Anda juga boleh menstrim episod penuh menerusi Astro X3 dan sooka.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Pernah Tolak Peluang Rakam Album Tahun 80an, Kagumi Aura Penghibur Seperti...

Pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) baru sahaja membuka tirainya Sabtu lalu dan pastinya, bahang kehangatan kian dirasai apabila barisan peserta tampil mempertaruhkan kemampuan vokal serta sisi berbeza masing-masing secara ‘live’!