Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan memilih untuk bersikap lebih rasional dan sedikit terbuka di dalam memberikan pendedahan media sosial dan gajet kepada anak perempuannnya, Aaishah Dhia Rana, 6.

Baginya, biarlah Aaishah melakukan apa yang dilakukan disukai, sepertimana kanak-kanak seusianya selagi tidak berlebih-lebih.

“Bagi saya, kanak-kanak sekarang sememangnya terdedah dengan perkembangan teknologi semasa, misalnya Tik Tok, Instagram, aplikasi lagu-lagu, YouTube dan sebagainya.

“Biarlah dia nikmati apa yang dia suka buat, sekali tidak melampaui batas. Tak kanlah saya nak biarkan anak ‘berdiri jadi patung’ saja,” katanya kepada MH.

Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta berkata demikian selepas ditanya mengenai perkongisan video anaknya menari yang dimuat naik di Instagram kanak-kanak berkenaan baru-baru ini.

IKLAN

Che Ta bagaimanapun pada masa sama turut menambah, sebagai ibu, dia tetap menghadkan pengunaan gajet buat Aaishah.

“Memang saya hadkan dia dengan gajet. Misalnya satu jam dalam sehari. Dia juga tidak ada telefon pintar sendiri.

“Kalau pun dia ada handphone sekalipun, tidak ada paparan YouTube, hanya boleh buat panggilan video untuk ahli keluarga sahaja.

IKLAN

“Dia tidak berani minta nak minta tengok sesuka hati, sebab dia sedar kami memang tak bagi.

“Cuma ya, anak saya pun sama juga macam kanak-kanak lain, tak kan nak suruh dia membaca saja. Anak saya tu anak orang, bukan robot atau anak patung.

“Kadang-kadang kalau hari minggu pula, saya mintanya baca buku dua jam dan kemudian boleh tonton YouTube 30 minit.

IKLAN

“Habis anak saya tu orang, ingat robot?” Seloroh Che Ta.

Ikuti temubual penuhnya di sini;

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI