Usahawan dan penyampai radio, Shuib memberikan dedikasi buat anak ketiganya, Ariq Matin yang kini mencecah usia tujuh tahun, semalam.
Sambil berkongsikan momen indah bapa dan anak, kapsyen yang dinukilkan Shuib turut menjentik hati apabila turut ‘menandakan’ (tag) nama isterinya penyanyi Allahyarham Siti Sarah pada ruangan kapsyen.
“Hari ini 20 Nov 2022, 7 Tahun lepas. Lahirnya seorang yang bernama Ariq Matin. Semoga jadi anak baik, anak soleh dunia dan akhirat. Anak manja daddy dan Ibu @sitisarahraissuddin Anak kita semakin besar,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan peminat turut menitipkan ucapan selamat ulang tahun selain mendoakan yang terbaik buat Shuin seisi keluarga.
Ads
Menerusi platform sama, Shuib turut berkongsi majlis sambutan hari jadi anak lelakinya itu.
Imbas kembali, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Sarah pada Februari 2011.
Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selepas bertarung nyawa akibat COVID-19 pada 9 Ogos 2021.
Ads
Allahyarham melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan yang kini sudah berusia setahun melalui pembedahan tanpa sedar sebelum pergi buat selamanya.
Selain Ariq dan Ayash, pasangan selebriti ini turut dikurniakan dua cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 11 dan Dzahira Talita Zahra,9.
Genap 14 hari melahirkan permata kedua, bekas isteri Dai Farhan iaitu Fatin Nurul Ain Mat Aris kini mendedahkan nama anaknya,Nik Farrel Fahim.
Perkara itu dikongsikan Fatin di Facebook miliknya selepas mengadakan majlis akikah bayi berusia dua minggu itu.
“Nama diberi Nik Farrel Fahim bin Nik Ahmad Farhan😊
“Syukur Alhamdulillah selesai dan sempurna aqiqah anak, sembelihan dua ekor kambing untuk anak lelaki ummi di tanah suci kota Mekah tajaan dr @aqiqahcentredotcom,” tulisnya sambil disertakan kredit kepada mereka yang menjayakan majlis berkenaan.
Terdahulu, Fatin dan Farhan pernah berkahwin dan bercerai dengan talak satu.
Hasil perkongsianhidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fariha, 1 tahun 7 bulan dan Nik Farrel yang dilahirkan pada 5 Januari lalu.
Farhan turut memaklumkan dia telah bernikah dengan Aerin yang berstatus ibu tunggal beranak lapan di Tanah Suci Mekah.
Foto : Facebook Fnama Fatin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon senior, Zarina Zainuddin ada berkongsi cerita bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-50 tahun, semalam.
Kongsi Zarina, dirinya kini berasa lebih tenang dan bahagia harmoni dalam meniti usia yang menjangkau separuh abad.
“Allhamdulillah dah 50 dah. Dulu masa nak masuk 40 tahun saya punya risau, ishh tak tahu nak cakap.
“Tapi bila dah masuk 50 tahun ni hati saya lebih tenang menerima apa yang Allah hadiahkan buat saya,” tulisnya.
Dalam pada itu, Zarina berasa gembira apabila turut menerima hadiah istimewa daripada sahabat dan keluarga tersayang.
“Semalam birthday saya dapat macam2 kek hadiah dari orang orang tersayang, dalam banyak2 kek ni satu kek yg paling cantik pernah saya dapat bak potong pun sayang saya tengok jer lah.
“Lamanya kak jun buat kek ni 3 hari 3 malam nak siapkan fondan dia, untuk bunga pun dua hari dia mengadun gum paste, terima kasih banyak banyak kak jun @jun_kuzaifah susah payah buatkan untuk ina.
“Kakak yang banyak berjasa dalam karier ina dari zamam ina anak dara dari zaman kak jun editor majalah Jelita sampai ke editor cosmo sampailah bersara.
“Ina kagum dgn tulisan kak jun susunan ayat bait bait kata yang kadang bisa meruntun jiwa ,ina belajar buat kek pun dengan kak jun buat roti pun dengan kak jun.
“You are my sifu banyak beri nasihat ke arah kebaikkan semuga kak jun sekeluarga di dalam rahmat Allah selalu hendaknya, amin.
“Thanks for everyhing u give me a powerfull of love @jun_kuzaifah,” titip Zarina panjang lebar.
Lalu, rata-rata peminat juga ada menitipkan doa agar Zarina sentiasa bahagia dan di panjangkan umur oleh Yang Maha Esa.
Foto: Instagram Zarina Zainuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski berdepan ujian kemelut rumah tangga bersama isteri, Nureffy Jasreel Abdullah, penyanyi Hafiz Suip tetap mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap persediaan menjelang Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), Februari depan.
Menurut Hafiz, urusan tersebut masih berjalan di mahkamah dan dia berlapang dada terhadap apa yang bakal berlaku.
“Kalau boleh, saya tak nak bercakap sangat soal peribadi, lebih-lebih lagi bila nak dekat dengan AJL39. Hal rumah tangga saya ini sudah diambil alih oleh pihak mahkamah.
“Kalau saya bahaskan sekali pun, saya takut ia akan mengganggu perjalanan proses tersebut. Ketika ini, kami hanya menantikan keputusan pihak mahkamah.
“Saya doakan yang terbaik untuk hubungan kami agar semuanya berjalan lancar, tiada persengketaan dan berpisah cara baik,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Awan Nano itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara Mega Live AJL39 di Petaling Jaya pada Sabtu.
Perlu Berterus Terang Dengan Anak-Anak
Pada masa sama, Hafiz akui perpisahan ini bakal memberikan kesan buat anak-anak namun, dia akan tetap berusaha untuk memastikan mereka faham dengan keadaan tersebut.
“Kata orang, bila kita berpisah, anak-anak akan tersiksa. Ya, saya tahu semua itu tapi saya juga perlu berani menerima ujian ini.
“Saya bagitahu mereka tentang perkara ini sebab lambat laun nanti mereka tetap akan tahu. Saya hanya berdoa kepada Allah agar anak saya faham dan diberikan kekuatan.
“Apa pun yang berlaku, saya nak anak-anak tahu yang saya masih lagi bapa mereka dan sayang mereka,” ujarnya.
Ditanya mengenai status terkininya, Hafiz mempunyai jawapannya tersendiri.
“Saya masih lagi berstatus suami orang cuma kami tidak tinggal sebumbung. Segalanya masih lagi dalam proses mahkamah,” katanya.
Meskipun berdepan situasi sukar, juara Akademi Fantasi musin ke-7 tetap melihatnya dari sudut positif.
“Ini adalah ujian yang perlu saya terima dengan hati yang terbuka. Saya tahu ujian ini sangat berat tetapi saya belajar untuk bersyukur.
“Saya hanya mengharapkan doa daripada orang-orang yang menyokong dan sayang saya,” katanya.
Katanya lagi, dia kini banyak meluangkan masa bersama keluarga dan mengelak untuk hidup menyendiri.
“Caranya mudah iaitu cari orang yang sayang saya seperti ibu, ayah, keluarga dan sahabat-sahabat.
“Kalau orang itu sudah tidak sayangkan kita, kenapa nak terkejar-kejar dan memaksa. Kedua, jangan menyendiri. Perkara ini banyak bermain dengan hati, jiwa dan mental.
“Carilah support sistem yang sentiasa memberikan kita semangat. Dekatkanlah diri kita dengan Allah SWT.
“Kalau menyendiri, kita akan muda terima hasutan. Ia bukan hasutan orang luar tapi diri sendiri. Kita akan cakap perkara negatif terhadap diri sendiri. Itu yang saya tak nak,” akhirinya.
Terdahulu, Hafiz menerusi temu bual bersama Melodi mengakui dia dan isteri sudah tidak lagi sebumbung dan dalam proses untuk berpisah.
Untuk rekod, Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 16 Mei 2016 dan Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri dan Muhammad Alkaf Zayne.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Namanya dahulu pernah menjadi tular gara-gara video menangis ditinggalkan kekasih yang dimuat turun memberi impak cukup luar biasa pada dirinya. Namun, sebenarnya ia adalah...