Saat pengebumian penyanyi popular era 80-an, Putri Zizi Novianti atau lebih dikenali sebagai Puput Novel pagi tadi, ibunya yang dikenali sebagai Susi dilihat menangis sepanjang proses tersebut berlangsung.

Dalam laporan media tempatan, wanita tersebut yang sempat berdoa kepada yang maha Esa agar dipermudahkan segala urusan anaknya itu di alam kubur.

“Ya Allah, Rasulullah titip anak hamba,” ujarnya sambil memegang batu nisan yang tertulis nama puterinya itu.

Wanita itu juga dilaporkan memuji kebaikan dan menyebut sikap-sikap positif yang dimiliki oleh Puput Novel sepanjang hidupnya di dunia.

“Anak yang paling hebat di dunia, hatinya baik, pemaaf, kamu itu pemaaf dan penyayang, rela berkorban untuk orang lain, kamu juga susah untuk orang lain.

BACA JUGA: Penyanyi Popular Era 80-an Meninggal Dunia

“Ampuni dosa anak saya, dosa dia adalah dosa saya dan bukan dosa dia. Dia tidak punya dosa, ampuni dosa, saya yang berdosa, dia tidak ada dosa sama sekali ya Allah,” ucap Susi sambil menangis.

Puput Novel meninggal dunia pada 8 September 2024 di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre akibat kanser payudara yang telah dihidapi sejak 2021.

Puput memulakan kerjaya dalam dunia seni sejak lewat 70-an dan terkenal sebagai penyanyi kanak-kanak sebelum turut menerbitkan album ketika dewasa.

Dia merakam lebih 28 album kanak-kanak dan 8 album dewasa. Selain itu dia turut berjinak-jinak sebagai seorang pelakon namun lebih memberi tumpuan sebagai penyanyi.

Antara lagu popular nyanyiannya adalah Kau Idolaku, Mama dan Lupakan Semua.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Sumber & foto: suara.com

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI