Pelakon dan usahawan, Sherry Ibrahim telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya ketika dia sedang melakukan upacara ‘Yee Sang’ di sebuah restoran sekitar Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen memberi komen yang berbaur negatif terhadap Sherry dan bertanya kepada Sherry.
“Perlu ke ikut adat kaum lain?” diruangan komen tersebut.
Lantas, Sherry turut membalas dan menjawab komen tersebutdengan berkata “Apa salahnya…”
Alahai netizen pun, jangan cepat bersangka buruk dengan selebriti kita.
Kita hidup dalam berbilang kaum dan harus saling menghormati antara satu sama lain.
Untuk rekod, Sherry sebelum ini pernah mengertai program realiti nyanyian Gempak Superstar pada tahun 2016 dan muncul Naib Juara untuk program tersebut.
Video : Instagram Sherry Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dah usahawan, Siti Nordiana melahirkan rasa teruja apabila berpeluang untuk bersua secara empat mata dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ziana Zain.
Menyifatkan keduanya sebagai antara individu penting dalam perkembangan seninya, penyanyi yang popular menerusi lagu Hatiku Milikmu ini turut mencoretkan sesuatu yang mungkin ramai tak tahu.
Katanya, kerana menyanyikan lagu Tok Ti, dia akhirnya dipilih sebagai pemenang lalu ditawar menjadi artis rakaman!
Pendedahan tersebut dibuat Nana menerusi Instagramnya yang dikemas kini.
“Dari dulu sampai skang, nana sentiasa mengkagumi @ctdk.
“Malah personaliti kak iti yang humble itu sering menjadi sumber inspirasi nana untuk berjaya mcm beliau.
“Nana ingat lagi masa bertanding kat n9, lagu kak ct la yg nn nyanyi , menang dan terus jadi artis. Tq kak iti. Dirimu akan selalu jadi inspirasi ” tulisnya.
Dalam perkembangan lain, Nana kini giat menjalani latihan bersama rakan duet Jaclyn Victor sebagai persediaan bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-33, 3 Februari depan.
Foto: Instsgram Siti Nordiana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“andddd we are off! thanks everyone for making it happened tonight,” tulis Scha.
Lantas, penonton mulai terkejut dengan posting tersebut dan menganggap peserta Dewi Remaja 2005/2006 itu sebagai seorang wanita cekal dan tidak mengenal erti penat.
Dalam pada itu, Scha sempat berkongsi video di Instagram Storiesnya kerana berjaya tiba di lapangan terbang tepat pada waktu.
Program yang dihoskan Scha itu berlangsung selama satu jam di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.
Foto: IG Scha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Walaupun menjadi antara peserta terawal yang tersingkir, pelakon veteran Mubarak Majid menyifatkan penglibatannya dalam program Kilauan Emas Selebriti (KES) sebagai satu pengalaman berharga untuk menimba ilmu dalam bidang nyanyian.