Penyanyi dan pelakon, Amira Othman mendedahkan dia setiap malam akan menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada rakan artis, Heliza Helmi.
Namun, mesej berkenaan tidak pernah dibaca memandangkan ia kekal dengan tanda ‘single tick’ sahaja.
“Tiap malam WhatsApp, tapi lamanya single tick je. Semoga Allah melindungi Kakja dan semua yang lain,” luah Amira.
Perkara itu dikongsikan isteri kepada pelakon, Fattah Amin ini menerusi hantaran di Instagram Stories, awal pagi Sabtu.
Ads
Ads
Heliza & Selebriti Lain Ditahan
Terdahulu, Heliza menjadi antara aktivis yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaz@, Palest!n.
Bagaimanapun, kapal yang dilaporkan dinaiki Heliza bersama adiknya, Hazwani, difahamkan telah ditahan oleh tentera Isr@el dan mereka sekali gus menjadi tahanan.
Ads
Selain Heliza, beberapa lagi selebriti wanita lain turut ditahan termasuk Zizi Kirana, Ardell Aryana, Hazwani serta pempengaruh, Farah Lee.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Konsert penyanyi terkenal British, Robbie Williams yang dijadualkan berlangsung di Ataköy Marina, Istanbul hari ini (7 Oktober) terpaksa dibatalkan selepas pihak berkuasa tempatan menzahirkan kebimbangan terhadap isu keselamatan awam.
Dalam kenyataan rasmi, Pejabat Gabenor Istanbul memaklumkan keputusan itu dibuat bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini memandangkan situasi keselamatan ketika ini dianggap sensitif.
Robbie, 51, menerusi hantaran di laman Instagram, meluahkan rasa kesal terhadap pembatalan berkenaan namun menegaskan keputusan tersebut berada di luar kawalannya.
“Saya amat menyesal kerana tidak dapat meneruskan persembahan di Istanbul. Namun keselamatan peminat sentiasa menjadi keutamaan. Keputusan ini dibuat atas sebab keselamatan awam dan ia bukan di tangan kami,” katanya.
Konsert tersebut sepatutnya menjadi persembahan penutup bagi siri jelajah dunia penyanyi lagu Angels itu. Namun, penganjur memaklumkan semua tiket akan dikembalikan kepada pembeli dalam tempoh terdekat.
Difahamkan, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pengguna media sosial di Turki sebelum ini mendesak agar konsert itu dibatalkan kerana mendakwa Robbie sebagai penyokong Zionis berikutan latar belakang keluarganya dan pernah mengadakan persembahan di Israel.
Kebetulan, tarikh konsert yang dijadualkan itu jatuh pada ulang tahun kedua serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023, sekali gus meningkatkan kebimbangan pihak berkuasa terhadap kemungkinan tercetusnya protes atau ketegangan politik di lokasi acara.
Walaupun keputusan pembatalan dibuat pada saat akhir, Robbie tetap menzahirkan rasa terima kasih kepada peminat di Turki dan berharap dapat kembali membuat persembahan di negara itu pada masa akan datang.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Rasai kebaikan vitamin & probiotik dalam KITSUI Whitie Snow, bantu kulit tampak lebih sihat & berseri.
Pelakon dan usahawan, Anzalna Nasir menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes melibatkan pelajar sekolah yang semakin menakutkan akhir-akhir ini.
Menurutnya, para ibu bapa perlu memainkan peranan lebih proaktif dalam mendidik dan membentuk anak-anak, bukan hanya menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada pihak sekolah semata-mata.
“Bila makin banyak kes di sekolah yang tak terjangkau akal fikiran, itu sebenarnya jadi peringatan untuk kita sebagai ibu bapa.
“Walaupun kita kerja keras untuk masa depan anak-anak, tanggungjawab kita bukan setakat cari rezeki. Kita juga kena bimbing, ajar dan bentuk mereka jadi insan yang baik,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Thread, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menegaskan, kesibukan bekerja tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.
“Luangkan masa, ambil tahu tentang hidup mereka, dan jangan harapkan orang lain buat semua tu untuk kita.
Semoga anak-anak kita membesar jadi anak yang soleh, solehah dan manusia yang berguna,” kongsinya lagi.
Risau Keselamatan Anak-Anak Di Sekolah
Dalam masa sama, Anzalna mengakui kes-kes jenayah di sekolah menimbulkan rasa bimbang terhadap keselamatan anak-anak masa kini.
Tambahnya, walaupun banyak doa dan nasihat dipanjatkan setiap hari, sebagai ibu, hatinya tetap tidak tenang apabila mendengar berita-berita sedemikian.
“Bila kes di sekolah makin meningkat, kita mula risau tentang keselamatan anak-anak. Soal keselamatan sekolah pun mula dipersoalkan salah siapa sebenarnya?
“Sebagai seorang ibu, bermacam nasihat dan doa diamalkan setiap hari. Selebihnya kita serahkan kepada Allah, tapi hati tetap tak tenang bila teringat macam-macam kes kebelakangan ini.
“Dulu waktu kita sekolah, ada juga kes tapi rasanya tak seteruk zaman sekarang. Betul tak?” ujarnya lagi.
Sekadar info, Anzalna dan suaminya, Hanif Zaki, mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees serta Mohamad Emirhan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Thread Anzalna
Powerbank ringan ni penyelamat bila phone tengah low — cepat cas, tak panas, senang dibawa ke mana saja. Harga pun mampu milik!
Pelakon terkenal Indonesia, Andrew Andika, mengakui kini sukar berhubung dan bertemu dengan anak-anaknya selepas disekat oleh bekas isterinya, Tengku Dewi Putri.
Menurut Andrew, komunikasi antara mereka terhenti sepenuhnya sejak beberapa waktu lalu dan beliau tidak lagi mempunyai akses untuk berbual mahupun menghantar mesej kepada bekas isterinya.
“Sudah tak berbual juga, sudah diblok, tak berbalas mesej, sudah tak boleh jumpa anak-anak juga. Jadi, mudah-mudahan tak perlu berlarutanlah,” katanya lapor media tempatan Indonesia.
Bagaimanapun, pelakon berusia 38 tahun itu bersyukur kerana masih berpeluang meluangkan masa bersama anak-anaknya baru-baru ini.
“Minggu lalu sempat jumpa, alhamdulillah hari Jumaat. Saya ajak anak-anak ke sekolah, saya hantar mereka ke sekolah. Kalau setiap hari Jumaat, saya akan ajak anak solat Jumaat bersama. Hal-hal seperti itu buat saya sangat gembira,” ujarnya.
Andrew turut menafikan dakwaan bahawa beliau mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa seperti yang tular di media sosial. Katanya, beliau masih menyediakan segala keperluan anak-anak, namun disalurkan secara langsung tanpa melalui ibu mereka.
“Saya tetap memberikan apa yang anak-anak perlukan. Cuma saya berikan terus kepada mereka, bukan melalui ibunya,” jelasnya.
Untuk rekod, Andrew dan Tengku Dewi disahkan bercerai pada Disember 2024 selepas Mahkamah Agama Cibinong meluluskan semua tuntutan yang dikemukakan pihak wanita, termasuk perceraian, hak penjagaan anak dan nafkah bulanan.
Tengku Dewi sebelum ini memohon nafkah sebanyak Rp20 juta (sekitar RM5,700) sebulan daripada Andrew dan mendakwa bekas suaminya itu bersetuju untuk menunaikannya. Pelakon sinetron itu juga menjelaskan bahawa beliau tidak menuntut harta kerana mempunyai perjanjian pranikah dengan Andrew.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 8 April 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata hasil perkahwinan mereka.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas membuat kemunculan dalam filem Malaikat Malam, pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam merancang untuk menghasilkan sebuah filem khas buat pelakon, Que Haidar.