Penerbit terkenal Datuk A Aida terharu apabila anak sulungnya, Wan Az Aleesa, 27, bakal mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya Jun depan dan kini sedang dalam persiapan menuju hari bahagia.

Menurut A Aida, dia juga bersyukur kerana bapa Aleesa yang juga penyanyi Ameng Spring turut menyambut hasrat anaknya untuk bergelar raja sehari.

“Bila anak perempuan nak mendirikan rumah tangga, bapa dia mestilah akan jadi walinya. Saya beritahu Aleesa, kamu kena bawa bertemu dengan bapa (Ameng) dan berbincang baik-baik.

“Ameng pun setuju, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Saya minta agar urusan dipermudahkan,” katanya kepada MH.

Aleesa bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang juruterbang Zain Azrai Abdul Aziz selepas hampir 10 tahun berkenalan.

“Jodoh anak sulung saya sudah sampai, alhamdulillah. Bulan lalu keluarga belah lelaki sudah masuk merisik. InsyaAllah majlis tunang akan dilangsungkan pada 20 Mei ini dan bernikah pada 15 Julai 2023.

“Mereka sudah lapan tahun bercinta, namun ada ketikanya hubungan itu turun naik. Tapi itulah orang kata kalau sudah jodoh, alhamdulillah akhirnya mereka bakal melangkah ke fasa yang lebih serius,” katanya lagi.

IKLAN

Berkongsi momen indah, A Aida mengakui dia pada awalnya senang melihat anak-anak berjaya dalam dunia pekerjaan terlebih dulu sebelum menempuh alam perkahwinan. Bagaimanapun, dia percaya mengenai soal jodoh.

“Ameng Pun Setuju…,” – A Aida Sebak Nak Menitis Air Mata Bakal Menantu Serius Mahu Memperisterikan Anak Sulungnya

 

@mediahiburanofficial Ada lesen memandu antarabangsa, Datuk A Aida & Anak Anak terbang ke Jepun sambut Syawal #MHnews #MediaHiburan #fyp ♬ Kaulah Ibuku – AFIA FALLIS

IKLAN

“Ameng Pun Setuju…,” – A Aida Sebak Nak Menitis Air Mata Bakal Menantu Serius Mahu Memperisterikan Anak Sulungnya

“Ketika itu hari jadi Aleesa dan saya minta dia jemput teman lelakinya datang sama-sama meraikan kerana saya dengar mereka bercinta kembali. Kemudian saya tanya mengenai sejauhmana hubungan mereka.

“Dalam nada bergurau tanya bila nak berkahwin. Lalu Zain terus cakap kalau saya izinkan dia nak berkahwin secepat mungkin. Ketika itu saya rasa sebak, air mata terus nak meleleh sampai saya ke pusing ke belakang. Minta janganlah air mata ini menitis.

IKLAN

“Saya kalau boleh mahu anak-anak bekerja terlebih dulu, tamatkan pengajian memandangkan Aleesa akan ke Bogor, Indonesia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang veterinar.

“Saya beritahu bakal menantu, biarlah Aleesa tamat belajar, buka klinik dan jadi doktor veterinar kemudian bolehlah kalau nak berkahwin.

“Namun katanya, kalau saya izinkan sebelum Aleesa lanjutkan pelajaran dia mahu berkahwin terlebih dulu kerana mahu menjaganya sepanjang empat tahun pengajian di luar negara.

“Sekali lagi saya rasa sebak. Saya setuju dan kami sekeluarga berbincang sebelum capai kata sepakat. Anak saya pun sudah berusia 27 tahun. Tapi saya dua tiga hari jugalah menangis gembira kerana akhirnya anak bakal tamatkan zaman bujang,” katanya lagi.

Selain Aleesa, seorang lagi anaknya Wan Az Evanatassha juga merupakan cahaya mata hasil perkahwinan bersama Ameng sebelum ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI