Penyanyi popular, Khai Bahar mendominasi senarai akhir ‘top 5’ di Anugerah MeleTOP Era edisi kelapan (AME2021) yang akan bersiaran secara langsung di Astro Ria dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 30 Januari depan.
Lima kategori berkenaan ialah Lagu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP,Grup/Dup MeleTOP, Artis Versatil dan kategori Program MeleTOP Era.
Sementara itu, penyanyi Shiha Zikir dan kumpulan pop Dolla, masing-masing tercalon di dalam empat kategori.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, AME2021 bakal menampilkan kelainan yang besar dari segi kategori utama yang turutakan diadili oleh juri.
“Kelainan besar tersebut antara lain adalah menerusi bagi kategori utama iaitu Top Top MeleTOP Era, yang mana ia akan turut diadili barisan juri profesional. Mekanisme ini dilakukan selepas mengambil kira respon seperti wajah sama saja yang menang setiap tahun.
“Pada masa sama, ia juga bagi mengangkat kredibiliti kemenangan pada tahap yang lebih tinggi. Para juri terdiri daripada barisan panel yang berpengalaman dan berpengaruh dalam industri hiburan tempatan.
“Jadi kali ini, kami mahu ia lebih selari di antara populariti dan kualiti selain lebih tulus dengan adanya kehadiran juri yang akan menguatkan lagi pemenang yang dirasakan layak,” katanya.
Ditanya mengenai pemilihan Sherry AlHadad sebagai hos ketiga, Norzeha mengakui keserasian di antara mereka bakal memberikan kelainan.
“Terdapat beberapa nama yang dicadangkan pihak AME, termasuk yang pernah mengacarakan anugerah ini.
“Bagaimanapun kami percaya kehadiran Nabil Ahmad dan Jihan Muse bakal memberikan sesuatu yang lebih segar seterusnya menghangatkan pentas AME tahun ini,” katanya lagi.
AME2021 turut disiarkan menerusi Astro 4K UHD, Astro Go, On Demand dan Sooka.
Acara kemuncak AME2021 pula bakal dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh penyanyi tersohor yang mewakili generasi ‘lejen’ dan ‘BBNU’ seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Noraniza Idris, Bunga, Yonnyboii, Zynakal serta ramai lain.
Berikut senarai Calon Top 5 Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021):
Selebriti dan usahawan, Tya Arifin menafikan video yang tular membabitkan dirinya baru-baru ini sebagai salah satu taktik pemasaran bagi memperkenalkan produk baharu keluaran syarikatnya.
Menurut Tya atau nama sebenar Nurtia Wulandari, 28, dia enggan menuding jari kepada mana-mana pihak berikutan kebocoran video promosi tersebut sebaliknya menganggap mungkin individu berkenaan mempunyai niat baik di sebalik perkara yang berlaku.
“Tak ada (marketing) sebab produk kita memang dah rancang lama dan kita pun sudah ada tarikh untuk melancarkan produk itu.
“Saya nak salahkan siapa pun tak tahu! Saya tak rasa nak tonjolkan perkara itu secara berlebihan. Lama-lama pun orang akan tahu macam mana sebenarnya.
“Saya faham mungkin niat dia tak jahat tapi dengan rakaman tersebut membuatkan spekulasi orang itu jadi berbeza.
“Ada orang berfikiran negatif tapi ramai juga orang yang berfikiran positif. Saya hanya fokus pada orang yang positif,” katanya kepada MH.
Tya ditemui pada majlis sidang media program bual bicara, Next to Neelofa 2 di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.
Mengambil pengajaran daripada kontroversi berkenaan, Tya berkata selepas ini dia dan pasukannya akan lebih memperketatkan prosedur melibatkan rakaman bagi pemasaran mana-mana produk keluarannya.
“Mungkin selepas ini saya akan pastikan untuk (mana-mana pihak) tidak post sebarangan, minta tunggu yang rasmi dahulu dan mungkin SOP itu akan lebih diperketatkan,” katanya lagi.
Terdahulu, rakaman video di sebalik tabir ketika Tya sedang menjalani penggambaran untuk mempromosikan produk kecantikan keluaran syarikatnya menjadi tular.
Menerusi video berkenaan, rata-rata netizen menyifatkan aksi Tya berbaring di atas katil dianggap keterlaluan dan tidak sesuai dengan imejnya yang berhijab.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Tracie Sinidol akui bukan mudah untuk menjalani kehidupan sebagai anak perantau di Kuala Lumpur demi mengejar impian sebagai anak seni.
Menurut anak kelahiran Tambunan, Sabah ini, agak sukar untuk menggambarkan perasaannya ketika ini lebih-lebih lagi apabila terpaksa berjauhan bersama keluarga.
“Kehidupan anak perantau memang susah, mencabar dan banyak ujian yang tidak dijangka. Malah, kita juga akan terlepas momen-momen bersama keluarga.
“Kadang-kadang, ada majlis keraian pun kita tak dapat nak balik disebabkan jadual kerja yang tidak mengizinkan.
“Nak balik pun bukan mudah. Banyak proses yang perlu dibuat. Harga tiket kapal terbang juga bukan murah,” katanya kepada MH.
Juara Dewi Remaja 2021/22 berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Sidang Media Drama Gadis Masa di Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur pada Selasa.
Pada masa sama, Tracie tidak dapat menahan sebak bila mengenang kembali momen ketika mendiang neneknya meninggal dunia dan dia mempunyai jadual kerja di Kuala Lumpur.
“Saya jarang berkongsi kepayahan menjadi anak perantau ini. Antara momen paling mencabar adalah ketika mendapat berita nenek saya sakit kuat dan ketika itu, saya menjalani penggambaran di dalam hutan yang tiada talian telefon.
“Saya tahu berita tersebut agak lambat dan ketika itu, saya juga punyai beberapa komitmen kerja lain. Pada masa sama, saya juga mahu berada bersama keluarga.
“Hati saya sangat sakit kerana ketika itu, tiada tiket kapal terbang untuk pulang ke Sabah dan nenek saya sudah meninggal. Kalaulah boleh sampai dengan memandu, saya akan buat,” ujarnya sebak.
Enggan Keluarga Susah Hati
Ditanya adakah cabaran-cabaran seperti ini membuatkan dirinya bertambah kuat, ini reaksi Tracie;
“Saya masih mencuba yang terbaik. Ramai yang bertanya tentang cabaran yang saya lalui sepanjang berada di sini tapi saya tidak mahu tunjuk dan simpan sendiri.
“Saya sentiasa mencuba untuk menjadi kuat buat keluarga saya. Saya tak nak buat mereka susah hati. Saya hanya mahu buat yang terbaik agar mereka tidak berasa risau.
“Memang ada banyak penyesalan tapi mungkin ini cara Tuhan nak jadikan saya kuat.” akhirinya.
Terdahulu, Tracie bakal bergandingan bersama barisan pelakon popular seperti Syafiq Kyle dan Mira Filzah menerusi drama premium terbaharu yang berjudul, Gadis Masa.
Drama ini bakal ditayangkan di platform penstriman ‘over the top’ (OTT), Viu bermula 23 Januari ini pada setiap Khamis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2018 di Damansara, Petaling Jaya dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aaron Ibrahim.
Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!