Tampil berbeza, penampilan dan stail rambut pelakon Emelda Rosemila yang dipotong hampir botak mencuri tumpuan hingga sekali imbas ia persis imej yang pernah dibawa beberapa figura terkenal Hollywood.
Bagaimanapun, isteri kepada Adlin Aman Ramlie menjelaskan gaya rambut tersebut sebenarnya adalah demi tuntutan watak yang dilakonkan menerusi filem Abnormal arahan Azhari Zain.
Emelda,41, berkongsi mengenai perkara sejurus sesi pra tonton drama Dukun Diva di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.
“Saya jadi gangster dalam filem itu. Penggambarannya bermula dari 6 sampai 19 November lalu. Adlin dan Kodi Rasheed pun berlakon sama. Filem ini juga ada babak aksi dan berlawan.
“Saya pegang watak perompak berimej botak dengan ada ukiran seakan tatu di rambut bernama Speed. Filem ini menurut pengarahnya dihasilkan untuk platform seperti Netflix,” katanya.
Lebih 20 tahun di arena seni, Emelda akui dia sentiasa mahu keluar dari zon selesa demi mencabar diri.
Ads
“Ini kira kali pertama saya potong rambut sebegini untuk improvisasi watak diberikan. Kalau boleh saya nak tinggalkan kenangan untuk filem itu dengan mengorbankan rambut.
“Cuma imej dalam filem ini saya tak terlalu kongsi sangat dalam media sosial. Dulu masa muda remaja pernah juga potong rambut pendek hampir botak. Biasalah zaman ‘nakal’. Ikutkan pengarah atau produksi filem itu tak minta pun saya potong rambut.
”Tapi ia inisiatif sendiri demi menjiwai watak. Sesekali ubah gaya, kenapa tidak. Lagipun saya sudah terbiasa dengan potongan rambut pendek paras bahu dan sebagainya,” katanya lagi.
Sementara itu, Emelda yang mendukung watak sebagai Datin DD menerusi drama Dukun Diva juga teruja apabila turut bergandingan dengan suami dalam naskhah sama.
Ads
Adlin memegang watak sebagaiDatuk Siddiq, juga sebagai usahawan kosmetik.
“Jujur saya ‘enjoy’ berlakon di samping suami. Selepas telefilem Cerai tahun lalu kami digandingkan lagi dalam satu ‘frame’. Sudah empat kalilah kami digandingkan bersama. Senang juga berlakon dengan suami sendiri kerana untuk drama ini pun kami sering bertukar pendapat demi menghidupkan watak masing-masing.
“Dalam drama ini banyak juga babak kami ‘gaduh’. Malah dalam drama ini pun watak Datuk DD berpeluang memiliki video muzik lagu sendiri seperti penyanyi lain. Babak saya dan suami ada elemen muzikal. Kami juga perlu menari termasuk ada ‘battle’ rap,” katanya.
Sinonim dengan watak serius sebelum ini, adik ipar kepada Datuk AC Mizal ini bagaimanapun tidak melihat karakter Datuk DD sebagai satu watak mudah.
Ads
“Sebenarnya ada lapisan watak dalam karakter Datuk DD. Tambah pula dia sejenis bipolar. Ia bukan kerja mudah biarpun watak ini nampak gila-gila, santai dan ada sisi komedi. Saya pun tak bergantung kepada garis panduan yang diberikan.
“Malah banyak improvisasi. Jadi ia sebenarnya memenatkan tapi saya ‘enjoy’. Sepatutnya rambut palsu ditukar dengan pelbagai gaya. Tapi akhirnya kekal dengan satu rambut palsu saja.
“Lagipun penggambaran dibuat pada fasa pandemik COVID-19 yang terbatas dengan prosedur operasi standard (SOP) dan mengejar masa,” katanya lagi.
Dukun Diva yang mengisi slot Astro Originals telah pun mula bersiaran di Astro Citra bermula semalam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penerbit, Liyana Jasmay memilih untuk menjual beberapa pasang kasut berjenama miliknya, termasuk kasut yang dipakai pada hari perkahwinan tidak lama dulu.
Ini kerana, bintang itu menjelaskan, saiz kakinya berubah menjadi selepas dia melahirkan anak pertama iaitu Sofia Arissa kira-kira enam tahun lalu.
Liyana berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu entri di Instagram miliknya, baru-baru ini.
“After i beranak, i dah tak muat dah. Jadi sebab itulah saya nak jual. Tak ada sebab untuk saya simpan lagi kasut-kasut ini meski saya suka,” kata pelakon berusia 32 tahun ini menerusi dua paparan video pendek yang dimuat naik.
Sementara itu menerusi ruangan kapsyen pula, pelakon Kami The Movie itu menambah, saiz kakinya sebelum ini sekitar 35 atau 35.5 sebelum berubah menjadi saiz 36.5.
Malah, kasut-kasut yang mahu dijual itu punya makna tersendiri bagi dirinya.
“My shoes for sales! 35.5 and size 35. DM me if you are interested! Lols I bebel bnyk sambil show u my shoes. But basically kasut2 ni I jarang pakai. So after beranak kan Sofia, kaki I besar jadi size 36 and half.
“Oh well.. These shoes are so precious to me. Sbb tu la lama I fikir nak jual ke tak!? So if any of you girls yg kaki size 35.5 and size 35 can DM me if you are really interested okay?,” jelasnya.
Sebagai rekod, Liyana mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Fathudin Mazlan, 36, pada Februari 2013 dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Sofia Arissa dan Selena.
Foto: Instagram Liyana Jasmay
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kemunculan semula hos senior, Azwan Ali di media arus perdana menerusi program, Lagu Cinta Kita musim kedua baru-baru ini sememangnya meraih tumpuan banyak pihak.
Malah ramai yang memberikan pandangan termasuk pelakon, Nad Zainal yang menyifatkan Azwan atau lebih mesra disapa Diva AA itu sebagai antara pengacara televisyen terbaik yang ada pada ketika ini.
“So sweet of you. Diva Nad Zainal. Miss you my cucu tercute Tok Wan Diva like crazy. Be good my hot diva. Kirim salam all,” tulis pengacara tersebut.
Menerusi posting berkenaan, pelakon drama, Hati Yang Tersakiti itu sekali lagi dilihat memberikan respon dengan meninggal komen membandingkan trend pengacara zaman 90-an dengan generasi masa kini.
“Ya host sekarang banyak yang merapu dan suka potong tetamu bercakap. Rindu host 90s, 90s tv shows even news presenter semua nampak classy. #90skids,” kongsinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pendapat yang sama selain turut berharap agar lebih banyak peluang diberikan kepada Azwan pada masa akan datang.
Terdahulu, gandingan Azwan bersama pasangan hos yang juga pelakon, Elly Mazlein nyata memberi kelainan buat program yang bersiaran setiap Ahad pada jam 9.00 malam di TV3 itu.
Pada episod minggu lalu, Azwan mengumumkan dia hanya akan mengacarakan program tersebut selama dua minggu sahaja.
Sumber: Instagram Azwan Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sandra Lim berkongsi bahawa dia mengambil keputusan untuk bertanding lagi di pentas ratu cantik adalah kerana perbualannya bersama Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh gadis berusia 23 tahun itu dalam satu hantaran di Instagram usai memenangi gelaran Miss Universe 2024 pada Jumaat lalu.
“You should totally join universe babe. Itu adalah ayat yang saya paling ingat dalam perbualan saya sebelum ini bersama ratu Francisca Luhong.
“Dia adalah salah satu sebab mengapa saya memikirkan semula untuk mencuba dan ini menunjukkan betapa kita harus mencipta suasana wanita saling menyokong antara satu sama lain.
“Satu ungkapan yang ringkas boleh mengubah kehidupan seseorang,” tulis graduan dalam jurusan Komunikasi itu.
Selain itu, Sandra turut menyatakan rasa kasih kepada Francisca dan bagaimana sahabatnya itu memberikan inspirasi serta semangat kepadanya untuk terus berjaya.
“Tidak cuba untuk buat anda menangis tapi saya sayang anda Ratu. Anda menginspirasikan saya dalam pelbagai cara dan saya akan selalu membawa semangat anda bersama saya,” sambungnya.
Sandra bukanlah asing dalam dunia ratu cantik. Sebelum menyertai Miss Universe Malaysia 2024 dia terlebih dahulu bergelar naib juara Miss Global 2022.
Gadis dengan ketinggian 175cm ini akan mewakili negara di pentas Miss Universe 2024 yang dijangka berlangsung November nanti di Mexico.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!