Pencetus Ummah (PU) Amin memuji sikap dan tanggungjawab petugas sektor kesihatan yang melibatkan doktor dan jururawat dalam merawat mangsa yang terlibat dalam koronavirus (COVID-19) yang melanda negara kini.
Bagi mencegah masalah yang semakin berleluasa itu, kerajaan telah mengambil langkah inisiatitif agarĀ PerintahĀ KawalanĀ Pergerakan dalam tempoh 14 hari dilakukan.
Malah, ia selari dengan tanggungjawab masyarakat untuk duduk di rumah sahaja.
“Beginilah keadaan mereka yang menerima rawatan oleh para doktor kita . Lemah jiwa bila melihat keadaan sebegini. Bagaimana jika berlaku dikalangan ahli keluarga kita ? Tak sanggup untuk membayangkan.
Ads
“Virus ini disebarkan dengan cepat . Pelihara diri di rumah , ambil masa cuti untuk solat , zikir dan berselawat . Hentikan segera perkara maksiat , tutup aurat dan pelihara setiap saat dalam ibadat . Taat dan patuh arahan pemerintah dan para doktor..
“Ingat, jangan keluar rumah kecuali aktiviti penting sahaja . Kalau nak pergi beli barang , pergi seorang sahaja dan jaga kebersihan sentiasa , kita di fasa akhir untuk membasmi virus jahat ini.
Ads
“Ya Allah pelihara kami ya Allah! Moga Allah beri jalan keluar pada musibah ini . Ada hikmah disebalik musibah ini . Ya Allah ! dengan nama dan zat Mu yang mulia , lindungilah kami , lindungilah kami , lindungilah kami,” tulisnya.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan merayu agar rakyat Malaysia duduk di rumah. Jelasnya ‘Tolonglah. Stay put where you are’.
Video : Instagram PU Amin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu meringankan beban ditanggung rakyat.
Perdana Menteri berkata inisiatif pengeluaran menerusi i-Lestari itu tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bulan membabitkan pencarum bawah usia 55 tahun bermula 1 April.
Pelakon, Amyza Aznan berkongsi satu kenyataan yang memohon agar netizen tidak membuat serbuan ke pejabat KWSP bagi membuat permohonan, sebaliknya menunggu sehingga arahan diberikan.
āKadar maksimum 500 sebulan sahaja. Bukan keluarkan 6000 sederap. Faham ke,ā jelasnya.
āAlhamdulillah.. syukur kehadratMu Ya Allahhh. Kau panjangkan usia kami, Kau murahkan rezeki kami .. Kau menjemput kami menjadi tetamuMu Ya Rob.. sungguh besar kurniaan yang Engkau berikan pada kami Ya Allahhh.. kami bersyukur.
āBergelinang air mata mengerjakan umrah kali ini.. Sahabat2 yang ku sayangi.. Deqsha, Ery , Fawzi yg telah kuanggap seperti adikku sendiri.. Muti yang telah menjadi sebahagiaan dlm hidup ini juga kak intan yang kuanggap kakak sulung yg byk memberi perhatian dan ksih sayang buat ku.. semuanya bersatu hati dan terpanggil utk mengerjakan umrah bersama.
āSemuanya KERAN INGIN MENDEKATI DAN MENANAM KECINTAAN YANG DALAM PADA MU YA ROBBB.. YA RASULULLAHā¦. Tak mampu kami lalukan apa yg telah kami lakukan tanpa ada bimbingan dan sokongan yg padu dari ustaz Anaz yg lembut bicaranya.. tinggi santunnya dan tenang serta damai orangnya,ā tulis Erra sambil disusuli dengan kredit.
Sementara itu di dalam sebuah lagi entri, Erra turut mendoakan agar semua berpeluang untuk ke tanah suci selain mendoakan yang terbaik atas situasi semasa yang menimpa.
āKu doakan seisi keluarga, sahabat2 juga followers IGku menjadi tetamu Allah suatu hari nanti.. kpd yg sedang terhalang pemergian ke tanah suci, sama2 kita bersoa agar keadaan kembali pulih.
āPasti ada Rahmat disebalik larangan kerajaan Saudi buat masa ini. Bertabah dan terus berdoa ya.. Moga ada jalan dan dpermudahkan.. Aminnn,ā titip Erra.
Erra sebelum ini pernah menunaikan haji dan ini temu bualnya bersama MH mengenai perkara itu;
Foto: Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti popular, Heliza Helmi menitipkan doa dan turut berduka dengan pemergian salah seorang ahli jawatankuasa kelab peminatnya, Nur Syuhada Othman yang meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.
Heliza turut memuat naik foto arwah Syuhada dan memohon agar segala dosanya diampuni dan dirahmati Allah SWT.
āInnalillahi wainnailaihirajiun. Ya Allah ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kubur nya. Innalillahi wainnailaihirajiun.
āAssalamualaikum Hari ini kami dikejutkan dengan berita bahawa salah seorang ahli @thehelmiswarrior iaitu Nur Syuhada Othman telah kembali kerahmatullah akibat komplikasi buah pinggang.
āBeliau juga merupakan salah seorang AJK pada m&g thehelmis tahun lps
āMohon sedekahkan AlFatihah(dibaca) buat arwah syuhada. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Aamiin,ā kongsinya.
Pelakon dan pengacara Janna Nick memohon orang ramai agar tidak terlalu menzahirkan rasa simpati terhadap dirinya dan suami, Dini Schatzmann, meskipun mereka masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.