Usahawan selebriti, Datuk Seri Vida atau lebih mesra disapa DSV ada berkongsi potongan video pendek menerusi Instagramnya, hari ini.
Menerusi video yang turut merakamkan anaknya perempuannya, penyanyi I Am Me itu ada bertanya kepada pengikut di laman sosial mengenai solekan ’glitter’ yang dikenakan.
Malah DSV turut menjelaskan, solekannya itu adalah hasil tatarias sendiri.
Dalam ramai yang simpati, ada juga yang lontarkan kritikan bila ada yang mempersoal mengapa ibu kepada pelakon, Puteri Balqis tidak bekerja sedangkan masih punya kudrat.
Akhirnya si anak tampil merungkai segala persoalan yang bermain di benak fikiran.
Jelas Puteri Balqis sebagai menjawab persoalan serta turut didakwa terkait dengan kenyataan pelakon lain, dia memohon agar tidak melemparkan sebarang tuduhan kepada ibunya.
Malah tegas Puteri, si ibu telah berhabis puluhan ribu ringgit bagi mencari penawar bagi penyakitnya.
Malah, ibunya sebelum ini turut aktif menjalankan pelbagai jenis perniagaan bagi menampung kehidupan mereka.
Remaja berusia 13 tahun ini turut menegaskan si ibu tidak pernah sesekali mengerahkan tenaganya untuk bekerja, namun dia turut bersama kerana mahu menemani.
Dalam pada itu, dia menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ibunya penagih dadah. Walaupun sering ditahan polis namun ibunya bebas daripada najis dadah. Fizikal yang kurus disebabkan kerana tidak cukup makan dan depresi.
Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia ke-19 ini turut meluahkan bahawa dia tidak lagi akan berada dalam industri hiburan.
“Terima kasih buat Ibu Puteri..sahabat2 ibu puteri..doctor Puteri..peminat2 Puteri..Puteri mungkin tidak mempunyai pengikut yg ramai utk mengiyakan..utk bersorak utk puteri..cukuplah Tuhan kami sebagai pelindung kami…
Diuji dgn kesakitan..kita cari penawar..
Diuji dgn kesusahan..kita usaha..
Diuji dgn pengkhianatan..kita berhati-hati..
Diuji dgn kehilangan..kita hargai masa..
“You never know how people could be so heartless…until u’ve become a homeless..”
Terdahulu, menerusi kenyataan Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac memaklumkan Puteri Balqis telah menerima sumbangan lebih RM100,000 selepas tampil menerusi program Bersamamu.
Foto : Instagram Puteri Balqis
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mahu beri fokus pada masa depan, bintang media sosial, Naziha Tahang atau lebih dikenali sebagai ‘awek cendol’ tidak mahu menoleh kebelakang mengenang memori bersama bekas kekasihnya, Muhammad Aiman Ammar.
Terdahulu, keduanya kian dikenali selepas satu video yang merakamkan aksi manja gadisyang mahukan semangkuk cendol tular di media sosial.
Difahamkan, Naziha atau mesra disapa Nija kini sudah pun mempunyai buah hatinya sendiri sejurus membawa haluan masing-masing.
“Allah lebih mengetahui yang mana terbaik untuk diri saya.” Itu kata pelakon dan model terkenal, Nasha Aziz apabila ditanya mengenai pasangan hidupnya.
Katanya kepada MH, komitmen serta fokus terhadap dua ibu tersayang memberinya ruang untuk berbakti kepada orang tua, seterusnya menyerahkan soal jodoh kepada Yang Maha Esa.
“Saya rasa pada masa sama, kenapa saya masih belum jumpa mana-mana atau sesiapapun jodoh saya kerana saya mempunyai dua ibu yang ‘single’ sekarang. Bapa saya keduanya sudah pun meninggal dunia.
“Jadi kedua ibu (ibu kandung dan ibu angkat) mereka seorang… Jadi anak yang tinggal dan masing solo ialah saya. Sayalah tempat mereka isi masa dan meluah perasaan. Malah ada ketikanya mereka sering berkongsi mengenai program drama terbaru memandangkan rumah saya tiada televisyen.
“Jadi mereka ada orang yang boleh dibawa bersembang. Saya rasa itulah anugerah, rezeki dan ‘jodoh’ saya bersama ibu-ibu saya.
“Kita memang kadang ada bercadang-cadang, akan tetapi kalau bukan izin Allah, kita tak akan dapatnya juga. Apa pun, kena mohon padaNya. Dia lebih mengetahui apa yang sesuai dengan kehidupan kita. Apa yang saya nampak, jodoh saya sekarang bersama ibu-ibu saya,” katanya jujur.
Nasha pada masa sama turut mengakui, kedua ibunya yang kini sudah mencecah usia lewat 60-an, memerlukan perhatian sewajarnya dari insan bergelar anak.
“Seronok dengan adanya anak-anak buah di sisi. Mereka sudah jadi seperti sebahagian dari keluarga saya. Saya ‘auntie’ yang single, kalau mereka perlukan saya siang atau malam saya sentiasa ada untuk mereka.
“Kita sendiri ada adat dan juga adab, meski saya sendiri tidak berapa arif mengenai institusi suami isteri, andai mereka berkahwin dan mempunyai suami, isteri perlu melebihkan suami.
“Lalu saya saya berfikir, nampak tak di sini mengenai apa yang Dia anugerahkan kepada saya. Kalau saya ada suami, sudah tentu saya akan kurang masa dengan kedua ibu saya yang masih ada. Kalau saya pun sudah berumur, mereka apatah lagi.
“Mereka tentunya dalam keadaan yang uzur, itulah fitrah dan mereka perlukan penjagaan yang lebih. Mereka lebih sensitif dan perlukan perhatian. Kena jaga mereka sebagaimana mereka jaga kita dulu.
“Itulah anugerah tertinggi yang saya perolehi dan sebab itulah doa saya pada Allah, apa pun saya serahkan jiwa raga kepadaNya.
“Biarlah Dia tentukan jiwa saya pada siapa. Dia lebih mengetahui dan tentukan segalanya,” jelas Nasha yang turut mendoakan kesejahteraan buat semua insan disayangi.
Terdahulu, bintang ini ditemui di lokasi penggambaran filem terbarunya, Talbis Iblis di Hatter’s Castle, Pulau Carey, Klang.
Selain Nasha, turut sama terlibat di dalam filem seram itu ialah Zul Ariffin, Azira Shafinaz dan ramai lagi.
Talbis Iblis arahan Kabir Bhatia terbitan Infinitus Productions dijangka bakal ditayangkan penghujung tahun ini.
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.