Penyanyi Roy Kapilla menjadi peserta pertama yang tersingkir pada saingan konsert minggu kedua Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.
Roy menduduki carta markah paling bawah di kalangan para peserta yang bertanding iaitu dengan 53.20 peratus.
Sementara itu, Tomok memberikan kejutan apabila mendapat markah paling tinggi iaitu sebanyak 80.00 peratus.
Semalam, Tomok menyampaikan lagu berjudul Janji Padamu yang dipopularkan oleh kumpulan Exist.
Kedudukan kedua disandang Hazrul Nizam dengan 79.80 peratus sementara Shila Amzah yang menyampaikan lagu Getaran Cinta Di Jiwa berada di tempat ketiga iaitu dengan 78.90 peratus.
Ditampilkan senarai lengkap markah yang diperolehi kesemua peserta bertanding;
Anugerah Juara Next Level Digi dimenangi oleh Fuad Rahman berdasarkan undian peminat menerusi Facebook Astro Gempak dan membawa pulang wang tunai RM1,00.
Manakala Jaclyn Victor pula memenangi Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak sekaligus membawa pulang penapis udara bernilai RM3,350.
Minggu ini, 13 peserta GV9 diadili oleh juri tetap GV9 iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi senior, Datuk Aishah akui teruja dengan tugasan duet yang telah diberikan kepada semua peserta All Star Gegar Vaganza di konsert minggu keempat Ahad ini.
Bagaimanapun, Aishah mendedahkan dirinya agak musykil dengan pemilihan pasangan duet yang telah ditetapkan oleh pihak produksi.
Menurutnya, peserta yang bergandingan bersama ahli keluarga atau menyanyikan lagu asal pasangan duet bakal mempunyai sedikit kelebihan.
“Memang dahsyat senarai artist yang akan sama-sama buat persembahan minggu ini. Meriah dan sudah tentu akan trending. Confirm. Saya semak semula senarai ada lagu ada lagi dan hmm ada sedikit kemusykilan.
“Bila dilihat senarai artist duet ini, ada yang akan menyanyikan lagu mereka sendiri dengan peserta. Ada juga yang akan berduet dengan ahli keluarga.
“Yang lain biasalah dengan pasangan duet yang kita sama ada jarang jumpa mungkin ada yang tak pernah jumpa,” soalnya.
Persoalan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Janji Manismu itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Jelas Aishah lagi, ada peserta yang harus bekerja lebih keras untuk mencari keserasian dengan pasangan duet yang jarang atau belum pernah bertemu sebelum ini.
“Okay setahu saya, pasangan duet juga akan dihakimi. Jadi bagaimana ya kalau nak dibandingkan dengan pasangan duet yang baru atau dah lama tak jumpa menyanyikan lagu yang mereka juga kena menghafal dan mengkaji lagu.
“Kalau dibandingkan dengan duet partner nyanyi lagu sendiri. Rapport dan keserasian orang asing dengan kerasian ahli keluarga juga akan sangat berbeza,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, Aishah turut mempersoalkan proses penilaian markah yang akan digunakan para juri untuk tugasan duet ini.
“Jadi pemarkahan bagaimana yang akan diberikan kepada pasangan duet yang kena study lagu dan mencari keserasian dalam waktu yang singkat berbanding dengan mereka yang empunya lagu dan yang dah kenal seumur hidup.
“Sekadar bertanya,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpandangan setiap peserta mempunyai cabaran tersendiri malah, mereka turut percaya Aishah bakal menampilkan persembahan terbaik minggu ini.
“Rasanya yang dapat nyanyi lagu sendri dan nyanyi dengan adik-bradik tu Iagi besar dan berat cabarannya. Mesti juri nak tengok kelainan yang lebih. Kalau tiada kreativiti atau nyayian sama sahaja, mesti juri senang-senang je tolak banyak markah. Sebabmereka tak boleh terlalu selesa. Ini dari pendapat saya la yang tiap-tiap tahu layan GV.
“Hmm competition GV tahun ni penuh cabaran dan adanya rakan duet yang sekian-sekian seperti yang dinyatakan oleh Dato’ adalah cabaran besar untuk peserta ASGV. It’s okay Dato’. Dato’ boleh buat punya. We believe in you. Kalau orang tu dah hebat macam Dato’ Aishah, fair or unfair competition pun dia boleh makan.
“Akak lagi hebat dari artis duet mereka.
“Apapun cabaran, semoga Aishah dapat buat yang terbaik. All the best to you kak. Semoga Allah permudahkan urusan,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Aishah bakal bergandingan dengan penyanyi Vince untuk membawakan lagu Terlanjur Cinta nyanyian asal Pasha Ungu dan Rossa.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aishah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Puteri Sarah Liyana menyeru orang ramai agar memberikan ruang buat pelakon dan penyanyi, Bella Astillah yang kini sedang dihimpit kontroversi melibatkan rumah tangganya.
Menurut Puteri Sarah, orang ramai tidak sepatutnya menghukum Bella diatas segala yang berlaku ketika ini.
“Marilah kita sama-sama beri semangat pada Bella Astillah. Janganlah kita judge dia.
“Yang dah berlalu, biarlah berlalu.
Kita fokus yang sekarang,” tulisnya.
Pandangan itu dikongsikan oleh pelakon drama Hijrah Jannah itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
Lantaran itu, Puteri Sarah turut menasihati semua pihak untuk menitipkan doa yang terbaik buat sahabatnya itu.
“Saya tahu cerita dari awal sampai akhir jadi tak baik kita judge dia.
“Berkatalah yang baik-baik kerana itu adalah satu doa. Berilah Bella ruang.
Sama-sama kita berdoa untuk Bella,” katanya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memaklumkan dirinya akan sentiasa ada buat Bella sekiranya dia memerlukan tempat mengadu dan meluahkan perasaan.
“Saya cuba menghubungi Bella Astillah. Awak sentiasa ada ketika saya memerlukan bahu untuk menangis.
“Kini, saya sentiasa ada untuk awak jika awak perlukan,” kongsinya lagi.
Terdahulu, suami kepada Bella yang juga merupakan selebriti terkenal, Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan hangat apabila dilaporkan ditangkap khalwat bersama seorang pelakon wanita di sebuah kondominium di ibu negara, awal pagi tadi.
Dua selebriti berkenaan yang difahamkan sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersama itu ditahan di kediaman milik pelakon wanita terbabit.
Memetik laporan Harian Metro, Aliff dikatakan enggan membuka pintu unit kondominium tersebut sehingga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Sementara itu, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan abang iparnya, Aliff Aziz ialah individu yang dicekup bersama seorang pelakon wanita, sebagaimana yang dilaporkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seorang pempengaruh media sosial yang popular di TikTok dikenali sebagai CEO Batu kini ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar gambar lucah kepada...