Selepas memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pagi tadi, pelakon Uqasha Senrose kembali mengejutkan ramai apabila tampil memuat naik hantaran terkini di Instagram.
Hantaran yang turut memaparkan momen perkahwinannya itu turut menjadi sorotan warganet.
“Allah Maha Besar, MasyaAllah satu lagi, saya dinikahkan dan diakad atas pengetahuan aku pada 5 November 2021 jam 9 pagi.
“Tapi di sijil nikah, aku dinikahkan pada 4 November 2021. Jam 9.30 malam.
“Allahuakbar, adakah sah perkahwinan ini? Tanpa pengetahuan bakal isteri? Sah ke? Cukup ke syarat sah kahwin?,” tulisnya.
Ads
Dalam hantaran sama, Uqasha turut mendakwa dirinya dan keluarga seolah-olah telah dipermainkan.
“Selama ini aku diperbodohkan oleh seluruh ahli keluarganya dan bapa saya dimanipulasi oleh si dia dan keluarga untuk kata sah sebab sudah ada wali?
Ads
“Ustazah dan ustaz mohon tolong saya,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Uqasha telah menuntut permohonan cerai terhadap Kamal di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Ads
Namun, prosiding tersebut ditangguhkan ke 28 Oktober depan selepas Kamal tidak hadir ke mahkamah.
Sekadar informasi, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021, dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Uqasha Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sering dilihat hadir memberi sokongan di konsert rakan-rakan artis, penyanyi Misha Omar mendedahkan, dia tidak pernah mengharapkan tiket percuma setiap kali menghadiri acara sebegitu.
Menurut Misha, dia lebih gemar membeli dan menonton konsert secara langsung kerana mahu merasai pengalaman sebenar muzik ‘live’ serta menghargai karya anak seni tempatan.
“Saya sukakan bunyian muzik secara langsung. Bila saya masuk ke dalam dewan konsert, ia seperti ‘escapism’ buat saya daripada dunia realiti.
“Pada usia sebegini, saya tak nafikan, pergi ke konsert ini seumpama masuk ke mesin masa. Kita mahu bernostalgia.
“Lagu-lagu yang kita akan dengar dan dipersembahkan secara langsung itu akan buat kita terimbas dengan kehidupan lalu. Kita akan ingat waktu-waktu susah yang kita lalui sewaktu lagu tersebut diterbitkan.
“Mungkin juga lagu itu hadir ketika kita meraikan kejayaan dalam hidup. Saya suka momen-momen seperti itu,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Break itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Sesi Bersama Media menjelang Konsert ‘Dia Misha Omar’ di Icon City, Petaling Jaya pada Selasa.
Tambahnya lagi, kehadirannya ke konsert artis lain bukan untuk mengharapkan balasan atau sokongan yang sama daripada rakan-rakan industri.
“Saya suka meraikan dan menghargai karya-karya orang lain. Saya melakukan itu semua tanpa mengharapkan apa-apa.
“Tak bermakna bila saya datang ke konsert artis lain, mereka juga mesti datang ke konsert saya.
“Saya pergi atas nama seni. Sebelum ini, saya selalu juga datang menonton pementasan teater yang berskala kecil. Saya meraikan semua orang,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Misha turut berpendapat, dengan membeli tiket menggunakan duit sendiri, dia sebenarnya turut menyumbang kepada pembangunan industri seni tempatan.
“Saya nak tunjuk yang saya juga menyokong pembangunan industri seni tempatan. Saya tak ‘hamak’ tiket percuma.
“Tanyalah mana-mana penganjur, saya tak pernah meminta. Semuanya saya beli sendiri.
“Tak kisahlah sama ada duduk atas atau bawah. Saya battle sendiri. Saya nak peminat tahu yang saya juga sama seperti kalian,” kongsinya lagi.
Malah Misha juga terharu apabila ahli keluarganya turut memilih untuk membeli tiket sendiri sebagai tanda menghargai kerja kerasnya sebagai anak seni.
“Memang ada yang bertanya (tiket percuma) tapi saya jelaskan secara baik. Malah, ahli keluarga saya termasuk suami, adik beradik, sepupu dan anak buah juga beli tiket konsert saya.
“Mereka pun tak nak tiket percuma. Katanya, mereka sudah melihat usaha keras saya selama ini. Jadi mereka nak hargai saya.
“Nilai tiket ini bukan gaji saya sahaja tapi merupakan gaji untuk semua pihak yang terlibat. Anda juga yang mahukan muzik gred A.
“Jadi, saya bawakan pemuzik yang terbaik. Saya bukan scammer yang hanya kaut duit sahaja. Bila persembahan itu eksklusif dan berbayar, anda tidak akan dapat suasana seperti konsert percuma,” akhirinya.
Konsert ‘Dia Misha Omar’ bakal berlangsung pada 29 November depan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, menjanjikan sebuah persembahan istimewa buat para peminatnya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana menzahirkan rasa syukur apabila diberi kesempatan untuk turut serta menguruskan proses penanaman bahagian kaki ibunya yang dipotong melalui pembedahan.
Menerusi hantaran di Thread, Ardell merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustazah Aina dan PU Rahmat atas bimbingan mereka dalam menguruskan penanaman anggota tersebut.
Difahamkan kaki ibunya, Sawiyah Abdullah terpaksa dipotong akibat komplikasi diabetes kronik.
“Rezeki hari ini dapat diajar, belajar dan turut bersama dalam menguruskan, bersih cuci serta kafankan bahagian kaki anggota ibuku dengan Ustazah Aina.
“Terima kasih juga Ustaz PU Rahmat sebab bantu saya dan datang sama untuk urusan ini dari forensik, masjid, kafan dan sehingga urusan ditanam,” tulisnya.
Ardell turut memanjatkan rasa syukur kerana proses tersebut dipermudahkan serta menerima bantuan daripada pelbagai pihak yang terlibat.
“Terima kasih buat team pejabat pengurusan dan team Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan sebab sudi bantu saya uruskan kaki ibu saya.
“Galikan tanah untuk tanam kaki ibu saya. Pihak Masjid juga, terima kasih,” kongsinya lagi.
Dalam masa sama, Ardell mengakui hatinya sayu apabila mengenangkan kaki ibunya yang telah pun selamat dikebumikan.
“Wahai kaki ibuku yang banyak berjasa, terima kasih. Selesai urusan kaki ini di dunia dan telah pun dikembalikan kepada tanah,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar ibu Ardell segera sembuh. Antara komen netizen:
“Syafakillah untuk mak Ardell.”
“Semoga dipermudahkan dan lekas sembuh buat ibu Ardell.”
“Setiap ujian berbalut hikmah InsyaAllah. Moga Allah kurnia sebaik-baik ganjaran untuk Mama Ardell & Ardell asbab sabar dan redha dengan ujian.”
“Semoga mak cepat baik Kak Ardell. Jaga diri tahu. Semoga baik-baik sahaja untuk kak sekeluarga.
Setakat ini, video yang dimuat naik Ardell telah meraih lebih 120,000 tontonan di Thread, sekali gus mengundang pelbagai doa serta ucapan semangat buat keluarganya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nama pengasas jenama kosmetik popular, ANAS Cosmetics, Anas Zahrin yang sinonim sebagai dermawan dan aktif membantu masyarakat, terus membuktikan bahawa kejayaan tidak hanya diukur dengan keuntungan, tetapi juga dengan nilai kemanusiaan.
Usahawan dan pempengaruh yang mempunyai lebih 3.6 juta pengikut di TikTok dan 834,000 di Instagram ini terpanggil untuk terus membantu rakyat Palestin di Gaza dengan menyerahkan cek sumbangan RM50,000 menerusi Persatuan Cinta Gaza Malaysia, hari ini.
Ia khusus bersempena dengan kempen Global Sumud Flotilla dan apa yang menarik, inisiatif ini diraikan seiring kejayaan jualan 1 juta unit lipmatte jenama ANAS di platform TikTok Shop.
Ia menjadi satu pencapaian besar yang membuktikan pengaruh dan sokongan peminat terhadap produknya.
“Secara peribadi pun saya pernah sumbangkan kepada rakyat Gaza. Jadi kali ini ia jadi lebih bermakna kerana ia dibuat atas jenama ANAS Cosmetics dan tentunya pembeli dan peminat jenama kami.
“Bererti jumlah sumbangan RM50,000 ini juga datangnya merangkumi hasil daripada pembelian lipmatte mereka,” katanya.
Pemenang TikTok Shop Creator Of The Year di Anugerah TikTok MY 2023 itu turut menegaskan, usaha kebajikan ini tidak akan berhenti di situ sahaja.
Anas menambah, sumbangan tersebut bukan sekadar simbol prihatin terhadap Palestin, malah satu cara untuk menghargai penyokong setia produknya.
“Sumbangan berkenaan juga sebagai satu usaha menghargai penyokong jenama kosmetik kami. Ia umpama ‘give back’ atau misi memberi kembali kepada yang memerlukan.
“Insya-Allah bulan seterusnya, usaha murni ini berkemungkinan diteruskan serta disalurkan menerusi perbadanan kebajikan dan kemanusiaan lain.
“Barangkali boleh disalurkan ke Yayasan Nurjiwa milik Datuk Seri Siti Nurhaliza dan sebagainya. Tentunya bantuan saya untuk mereka di dalam negara juga akan diimbangi,” katanya.
Anas atau nama sebenarnya Mohamad Anas Zahrin Atan turut menyeru agar lebih ramai usahawan dan pengasas produk lain tampil melakukan perkara sama.
“Saya pasti, usaha dan cetusan ini seharusnya dipanjangkan juga kepada ‘founder’ produk yang lain. Saya yakin, golongan berniaga seperti kami ini bukan tidak cakna.
“Tapi apabila ada hal sebegini yang diwar-warkan, Insya-Allah akan ada yang ambil inisiatif melakukan perkara sama. Tidak kira betapa kecil atau besar sumbangan itu, ia akan jadi bermakna buat mereka termasuklah rakyat Palestin,” ujarnya lagi.
Sebagai rekod, ANAS Cosmetics dilancarkan pada Ogos 2017 dan terus berkembang pesat hingga kini.
Malah, setiap perkongsian Anas di media sosial termasuk di Threads sering mencuri perhatian, membuktikan keperibadiannya yang dekat dengan masyarakat dan sentiasa cakna terhadap isu semasa.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Rasai kebaikan vitamin & probiotik dalam KITSUI Whitie Snow, bantu kulit tampak lebih sihat & berseri.
Penyanyi dan penulis lagu, Aisha Retno tidak menyangka muzik video lagu raya terbaharunya, Jodoh Lebaran menerima sambutan luar biasa apabila berjaya meraih lapan juta tontonan dalam tempoh dua minggu ia dilancarkan di YouTube.