Pemain drum kumpulan Floor 88, Akram mengakui tidak pernah menyangka dirinya akan dipilih menggantikan posisi pemain drum kumpulan legenda underground, ACAB, untuk siri konsert jelajah Eropah bermula Disember depan.

Menurut Akram, peluang itu hadir selepas drummer asal kumpulan berkenaan difahamkan mengalami masalah kesihatan dan setakat ini tidak dapat memberikan komitmen penuh terhadap siri persembahan tersebut.

“Jika Ada Kata Tak Layak, InsyaAllah Saya Akan Buktikan,” – Rezeki Tak Disangka, Akram Terpilih Sertai Jelajah Eropah Bersama ACAB

“Pada saya, peluang ini ibarat mimpi kerana band tersebutlah yang mengajar saya bermain muzik pada awal tahun 2000. Bila vokalisnya sendiri, Megat datang berjumpa, saya macam tak percaya.

“Pemain drum asal dikatakan ada masalah jantung. Jadi, dia memang tak boleh berikan sepenuh komitmen untuk konsert jelajah di Eropah. Bila ditawarkan, saya terus setuju.

“Saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada konsert jelajah ini,” katanya kepada MH ketika ditemui di majlis pelancaran MARA Automotive Ecosystem 2025 (MATEC2025): Charge The Hype, baru-baru ini.

“Jika Ada Kata Tak Layak, InsyaAllah Saya Akan Buktikan,” – Rezeki Tak Disangka, Akram Terpilih Sertai Jelajah Eropah Bersama ACAB

Ads

Mahu Buktikan Kemampuan

Meskipun ada yang mempersoalkan kredibilitinya untuk bermain bersama ACAB, Akram tetap tenang dan bertekad untuk membalas kepercayaan yang diberi dengan sebaik mungkin.

“Jika Ada Kata Tak Layak, InsyaAllah Saya Akan Buktikan,” – Rezeki Tak Disangka, Akram Terpilih Sertai Jelajah Eropah Bersama ACAB

“Memang ramai yang mempersoalkan mengapa saya yang dipilih. Sedangkan mereka tidak tahu yang saya juga aktif dalam kumpulan ‘skinhead’ pada tahun 2000.

“Saya sudah pernah merasa suasana muzik ‘underground’. Bila Megat ajak saya sertai mereka, saya sebenarnya sudah hafal semua lagu-lagu mereka sejak dari sekolah lagi.

Ads

“Jika ada yang kata saya tidak layak, InshaAllah saya akan buktikan di konsert jelajah Eropah nanti. Saya akan pastikan yang saya juga boleh menjaga nama baik ACAB ini,” jelasnya lagi.

Tambah Akram, jelajah tersebut bakal bermula di Jerman sebelum diteruskan ke United Kingdom, termasuk dua bandar utama iaitu London dan Liverpool.

“Jika Ada Kata Tak Layak, InsyaAllah Saya Akan Buktikan,” – Rezeki Tak Disangka, Akram Terpilih Sertai Jelajah Eropah Bersama ACAB

“Alhamdulillah, selain daripada Jerman, Megat sudah ‘lock’ jadual untuk jelajah di United Kingdom pula pada bulan Jun tahun hadapan.
“Buat masa ini, Megat memang minta saya bantu ACAB. Katanya, dia tidak akan mengadakan konsert di Malaysia lagi. Fokusnya kini lebih kepada Eropah dan Amerika Syarikat,” ujarnya.

Ads

Berhubung komitmennya bersama Floor 88, Akram memaklumkan kumpulannya sudah pun dalam proses mencari drummer sementara bagi mengisi kekosongan sepanjang tempoh dia bersama ACAB.

“Jika Ada Kata Tak Layak, InsyaAllah Saya Akan Buktikan,” – Rezeki Tak Disangka, Akram Terpilih Sertai Jelajah Eropah Bersama ACAB

“Floor 88 memang keutamaan saya. Namun, bila saya ada komitmen lain, saya akan cari pengganti. Alhamdulillah, kita sudah pun membuat saringan untuk mencari drummer yang sesuai.

“Kami tidak akan menolak tawaran persembahan. Floor 88 akan berjalan seperti biasa,” akhirinya.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini 

Kredit Foto: Instagram Akram & ACAB

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI