Pelakon dan hos, Kamal Adli menafikan dakwaan kononnya dia berkelakuan atau bertindak kasar terhadap isterinya yang juga aktres, Uqasha Senrose.

Menurut Kamal, tuduhan tersebut amat berat dan boleh menjejaskan nama baiknya.

“Itu hanyalah dakwaan. Tak baik kata begitu. Kalau ada, buktikanlah. Pada saya, ini adalah cerita dalam kain.

“Saya masih sayangkan isteri saya. Itu yang paling penting,” katanya seperti dipetik oleh Kosmo!

Dalam masa sama, Kamal turut menegaskan, dia tidak ada wanita lain dan hanya menumpahkan sepenuh kasih sayang terhadap isteri serta anaknya, Hawra Uqaira.


“Yang penting saya tidak curang atau ada orang lain. Saya hanya ada isteri dan anak saya sahaja,” ujarnya lagi.

Ads

“Datang Atas Dasar…”

Selain menafikan tuduhan, Kamal turut menitipkan pesanan penuh harapan buat isterinya agar memberi peluang untuk dia memperbetulkan keadaan dan menyelamatkan rumah tangga yang dibina.

“Sayang, janganlah sampai pergi ke sini (mahkamah). Kita berjumpa dan selesaikan secara baik. Demi Hawra.

“Saya pun tak nak kongsikan perkara ini. Ia sepatutnya kita berdua sahaja. Saya minta maaf kalau ada salah. Saya datang ke sini hari ini atas dasar cinta dan bukan kebencian,” katanya.

Menjelaskan lanjut, Kamal turut menepis dakwaan bahawa dia tidak berusaha memujuk isterinya sepanjang kemelut berlaku.

Ads

“Saya dapat surat daripada peguam untuk tidak mengganggu anak guamnya. Jadi, saya hormat fasa bertenang itu.

Kalau boleh jumpa, saya memang nak terus jumpa mereka sahaja,” katanya.

Sementara itu, peguam syarie Kamal, Abdul Hadi Mohammad Salleh, memaklumkan pihaknya sudah menghantar surat bagi memohon pertemuan antara kedua-dua pihak bagi menyelesaikan isu tersebut.

“Kita usahakan dan sudah hantar surat untuk ajak jumpa secara peribadi,” jelasnya.

Ads

Terdahulu, prosiding kedua perceraian pasangan itu terpaksa ditangguhkan selepas peguam yang mewakili Uqasha dilaporkan menarik diri daripada kes berkenaan.

Menurut Abdul Hadi, prosiding kali ini dijalankan secara sebelah pihak kerana tiada wakil baharu hadir bagi pihak Uqasha.

Untuk rekod, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 1 Oktober lalu.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI