Penyanyi Ronnie Hussein telah selamat menyambut kelahiran cahaya mata keduanya semalam.
Berita gembira itu disampaikan penyanyi berkenaan menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya. Ronnie memaklumkan, bayi lelaki comel itu telah selamat dilahirkan isteri tercinta kira-kira jam 2.00 petang semalam.
“Allahuakbar… Allahuakbar… Allahuakbar!! Alhamdullillah syukur kepada Allah… isteri saya @fizayahya81 telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki, anak ke 2 kami petang tadi… terima kasih kepada semua yg telah mendoakan…,” tulisnya ringkas.
Serentak dengan itu, Instagram Ronnie turut dihujani dengan ucapan tahniah dari peminat serta rakan selebriti.
Ads
Ads
Terdahulu, Ronnie dan pasangannya, Hafizah Yahya sudah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Raisya Umairah, 3 tahun. Malah difahamkan, mereka turut mengambil seorang anak angkat perempuan.
Awal tadi, pelakon sensasi Zarina Anjoulie ada berkongsi pandangan peribadinya mengenai watak Budi yang dilakonkan Naim Daniel menerusi drama bersiri, Pia.
Kata Zarina dia menyukai keberkesanan lakonan bintang muda itu dalam menghayati watak.
“I suka la tengok dia ni his so good at acting. Kalau laki lain mati balik tak nak ambil watak ni semua nak yang macho je control handsome but @naimdaniel killed this,” tulisnya menerusi Instagram.
Lalu, perkongsian Zarina itu turut mendapat reaksi dari peminat yang sama setuju dengan skil lakonan Naim menerusi Pia.
Terdahulu, Pia yang turut didukung pelakon hebat lain seperti Alif Satar dan Zara Zya mengisahkan mengenai Pia yang tersepit di antara statusnya sebagai isteri serta pada masa sama perlu memikul tanggungjawab bagi menjaga adiknya yang kurang upaya selepas kedua ibu bapa tiada.
Pia bersiaran setiap Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam di TV3.
Foto: Instagram Zarina/ Naim Daniel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jenazah pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Hajjah Faziani Rohban Ahmad, yang maut dalam kemalangan di Pattani, Thailand selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit Luar, Wakaf Bharu, Kelantan kira-kira jam 10.00 malam semalam.
Dalam pada itu, anak Allahyarham, Iqbar Hakim ada meluahkan rasa kerana urusan pengebumian berjalan lancar.
“Langkah yang tidak pernah diduga , langkah yang penuh dengan keresahan , kesedihan,tapi apakan daya , manusia tiada kuasa untuk melawan takdir Allah S.W.T . Terima kasih kepada semua kwan2 , rakan2 media social dan media yang prihatin terhadap pemergian Arwah BONDA.
“Yang sanggup datang dari KL drive , flight , DM saya WS personal.
“Kekuatan sebenar lahir bila kita diuji , bukan bila kita dalam kesenangan.Itulah yang dapat saya simpulkan.
“Inshallah saya kuat dan redha , pemergian yang sangat baik “husnul khotimah” . .
Difahamkan, kira-kira 300 penduduk termasuk sanak saudara Allahyarham turut hadir pada majlis pengebumian.
Malah, proses tersebut selesai sepenuhnya kira-kira sejam kemudian.
Terdahulu, jenazah Allahyarham diiringi suaminyaAhmad Shah Rizal dari Hospital Pattani tiba di perkarangan rumahnya kira-kira jam 6.10 petang sebelum dimandi dan dikafankan.
*Kronologi*
Dalam kejadian pukul 10.30 pagi semalam Allahyarham maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki bersama suaminya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Pattani, Thailand.
Semasa kejadian mereka dalam perjalanan menyerahkan wang zakat kepada salah sebuah pondok di kawasan berkenaan.
Mangsa maut di lokasi kejadian akibat parah dan tersepit di bahagian penumpang hadapan, manakala suaminya cedera ringan di bahagian mata kanan.
Video/Foto: IG Iqbar, Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon yang juga salah seorang pengacara CJ WOW Shop, Mimies Haris sebentar tadi memaklumkan berita sedih apabila neneknya yang dikenali sebagai Che Wan telah pun menghembuskan nafas terakhir hari ini.
Berita tersebut disampaikan Mimie buat para pengikutnya di laman Instagram.
“Innalillahiwainnallillahirojiun. AL FATIHAH. Kepada dia kita datang kepada dia kita kembali. Duka cita dimaklumkan bahawa nenek saya che wan sudah pergi mengadap ilahi pada hari ini . Di minta rakan2 saya sedekahkan Al fatihah kepada nenek saya.
“#allahumimie akan slalu sentiasa ingat pesan tok kat mimie . Im gonna miss u. I love u tok,” tulisnya.
Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata sedekahkan Al-Fatihah dan merakamkan ucapan takziah buat Mimie seisi keluarga. Turut menyampaikan dedikasi sama ialah rakan selebriti lainnya.