Pelakon, Ikmal Amry menzahirkan rasa syukur selepas akhirnya dia dikurniakan kesempatan untuk memiliki sebuah kereta baharu jenis Volkswagen Tiguan.

Menurut Ikmal, dia telah bekerja keras bagi merialisasikan impiannya itu demi membahagia isteri serta anaknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

“Saya bekerja keras untuk ini. Terima kasih kerana sentiasa menjadi pelangi selepas hujan.

“Ini untuk kamu dan anak kita Cailie. Selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua.

“Allah uji sebab nak gantikan dengan yang lebih baik,” tulisnya.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Gantung The Series itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

IKLAN

Sementara itu, Ikmal turut menyifatkan pembelian ini sebagai rezeki buat dia sekeluarga bagi menggantikan keretanya yang telah terlibat dalam insiden kemalangan jalan raya pada September lalu.

Menerusi entri berasingan, isteri kepada Ikmal, Najla Shamsul menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian dan usaha kerasa suaminya itu.

“Saya sangat bangga dengan pencapaian awak membeli kereta baharu. Saya akam sentiasa menyokong dan menyayangi awak,” tulisnya.

IKLAN

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Ikmal sekeluarga akan sentiasa dilindungi Allah SWT.

Pada September lalu, Ikmal bersama isteri dan anaknya telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menuju ke Melaka.

Kereta yang dipandu Ikmal telah hilang kawalan sebelum terlanggar sebuah kereta lain yang menyebabkan keretanya terbalik lapan kali.

IKLAN

Bagaimanapun, Ikmal atau nama penuhnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali bersyukur apabila dia sekeluarga tidak mengalami kecederaan teruk.

Sekadar informasi, Ikmal dan Najla telah mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2020 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Cailie yang kini baru berusia setahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Ikmal Amry

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI