Pengacara popular, Neelofa berkongsi ruang yang ada untuk memanfaatkan ilmu yang dicurahkan ustaz Ahmad Dusuki di IG Live miliknya dalam ‘Berseorang Bersama’.

Neelofa meminta pandangan pendakwah itu bagaimana seharusnya cara yang betul untuk berubah ke arah kebaikan.

Jelas ustaz Ahmad Dusuki, persoalan pertama yang harus ditanya setiap hamba Allah, andai ini merupakan malam terakhir untuk hidup, bagaimana nasib diri keesokannya, adakah kita akan berada di syurga atau neraka. Kenang kembali setiap kesalahan yang pernah dilakukan dan mula belajar ilmu agama Islam, mendekatkan diri dengan sahabat yang baik dan berdoa kepada Allah supaya sayangi diri kita walau seburuk mana pun dosa yang pernah dilakukan dengan doa ‘pandanglah aku dengan RahmatMu Ya Allah’ kerana Allah tidak pernah berputus asa dalam mengampunkan dosa hambaNya.

Tegasnya lagi, manusia tidak pernah terlambat memohon keampunan Allah selagi masih bernafas di muka bumi.

IKLAN

Kongsinya, setiap manusia yang masih hidup di muka bumi ini harus memperbanyakkan bersedekah kerana amalan itulah yang akan membantu di akhirat kelak. Setiap sedekah yang dihulurkan akan bertemu kembali dengan empunya diri dan memudahkan perjalanan di Padang Masyar dan syurga Allah.

Selain itu, jelas ustaz Ahmad Dusuki, teruskan istiqamah walaupun melakukan perkara yang kecil antaranya berselawat ke atas Rasulullah SAW kerana ganjarannya sangat besar, malah Allah SWT dan malaikat turut sama berselawat saat ianya diucapkan hambaNya. Tambahnya, istiqamah dalam berselawat membolehkan setiap hambaNya merasai nikmat beriman.

IKLAN

Neelofa turut meminta penerangan pendakwah tersebut bagaimana untuk memohon maaf kepada kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia.

Ulas ustaz Ahmad Dusuki, antara perkara utama yang boleh dilakukan ialah dengan menyambung silaturahim dengan teman-teman arwah ibu dan bapa yang telah meninggal dunia. Dia turut meminta untuk anak-anak bersedekah di atas nama kedua arwah ibu bapa dan berniat kepada Allah agar pahala sampai kepada mereka. Tegasnya lagi, jangan sesekali tertinggal doa untuk kedua-duanya di sana.

IKLAN

Neelofa bagaimanapun tidak mampu menahan sebak tatkala Ustaz Ahmad Dusuki memulakan bacaan doa untuk kesejahteraan umat Islam di dunia ini. Antara kandungan doa ialah mengharapkan agar semua yang menonton dikurniakan ganjaran syurga, dimatikan dengan kalimah Lailahaillah di akhir perjalanan, kerinduan terhadap arwah ibu dan bapa yang telah meninggal dunia dan memohon keampunan kepada kedua ibu bapa.

Foto : Youtube Neelofa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI