Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui berasa amat teruja apabila bakal membawa anak perempuannya, Siti Aafiyah untuk turut sama menunaikan ibadah umrah, minggu hadapan.

Menurut Siti, membawa cahaya mata ke tanah suci, Mekah merupakan impian dan doanya sebelum mengandung lagi.

“Kalau tiada aral melintang, saya akan menunaikan umrah bersama dengan suami dan juga Aafiyah serta beberapa ahli keluarga lain.

“Ini merupakan doa saya sebelum saya mengandung lagi. Setiap kali saya pergi umrah, apa yang saya doakan adalah Allah kurniakan cahaya mata.

IKLAN

‘Alhamdulillah Allah makbulkan, nak jadi tetamu ni semuanya atas keizinan-Nya. Saya syukur dan tidak sangka Allah menjawab doa saya itu tak sampai setahun Aafiyah dilahirkan,” katanya kepada MH.

Tambah penyanyi lagu Anta Permana itu lagi, dia berharap agar segala urusannya di tanah suci dipermudahkan lebih-lebih lagi dengan keadaan Aafiyah yang masih kecil.

IKLAN

“Segala persiapan telah pun dilakukan. Dalam kepala dan setiap doa saya minta Allah permudahkan sebab Aafiyah masih baby lagi takut dia demam atau meragam pula nanti.

“Apa yang saya buat ketika ini, saya biasakan Aafiyah untuk tengok kami solat supaya dia tahu apa yang kami lakukan,” jelasnya lagi.

IKLAN

Datuk Seri Siti berkata demikian ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Datuk Seri Siti Nurhaliza & Sitizone Dan Majlis Penyampaian Anugerah Universal Music Malaysia yang that berlansung di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC.

Selain meraikan para peminat, majlis tersebut turut dibuat untuk menyampaikan beberapa anugerah buat penyanyi kesayangan negara itu daripada pihak Universal Music.

Antara anugerah yang disampaikan adalah 11 kali Platinum untuk lagu Anta Permana, 4 kali Platinum untuk lagu Comel Pipi Merah, 1 kali Platinum untuk Mikraj Cinta, Gold untuk Cinta Syurga dan beberapa anugerah lain lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI