Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana memberikannya kesempatan untuk sekali lagi merasai nikmat dikurniakan cahaya mata.
Jelas Siti, dia juga berasa lega kerana segala urusannya saat melahirkan telah pun dipermudahkan.
Malah, bintang berusia 42 tahun ini turut mendedahkan dia dan anaknya kini berada dalam keadaan yang baik.
“Alhamdulillah…Allah melapangkan satu lagi nikmat dan peluang untuk saya merasai kehamilan, melahirkan dan kini ‘anakanda’ saya sudah lahir ke dunia.
“Alhamdulillah..proses melahirkan semalam baik dan lancar, saya dan bayi juga dalam keadaan baik,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Anta Permana itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Siti turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraannya selama ini.
Katanya lagi, dia juga akan berehat buat sementara waktu bagi menjalani proses berpantang seperti biasa selain mahu memberi fokus yang lebih terhadap kesihatan bayinya itu.
“Terima kasih di atas doa semua pihak selama ini, saya yakin apa jua yang saya lalui ini adalah berkat daripada banyaknya doa kalian. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih.
“Saya akan menjalani rutin berpantang seperti biasa, fokus kepada bayi dan mahu memastikan keadaan kami berdua akan terus sihat, dipermudahkan semuanya.
“Terima kasih sekali lagi di atas setiap doa yang telah dipanjatkan buat saya dan juga ucapan tahniah di atas kelahiran anak kedua saya,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut berkongsi rasa gembira selain turut mendoakan semoga Siti serta anaknya akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Terdahulu, Siti dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya itu pada 19 April di sebuah pusat perubatan di Selangor.
Untuk rekod, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah pun melangsungkan perkahwinan mereka pada tanggal 21 Ogos 2006.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini mencecah usia tiga tahun.
Sumber: Instagram CTDK
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terbaru, tular satu rakaman video yang memaparkan mural gergasi wajah pemimpin, Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong,
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah diconteng dengan kata-kata kesat.
Lalu pengacara senior, Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil, meluahkan rasa kesal dan malu atas tindakan individu yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Malah,pengacara berusia 57 tahun ini berharap tindakan tersebut tidak dilakukan oleh individu yang berbangsa Melayu.
“Harap bukan anak melayu kita yg mengkhianati pemimpin Melayu dan DYMMSPBYDA.
Melihat di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti turut meluahkan rasa marah dan kesal atas perkara tersebut.
Sekadar informasi, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memadam mural gergasi tersebut yang terletak di Taman Cahaya Alam, Seksyen U2 Shah Alam pada petang Isnin.
Video: Instagram Pak Nil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan hos, Che Puan Syamim Farid baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 tahun, pada 29 Januari lalu.
Menariknya untuk tahun ini, suami tercinta, Y.M. Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj telah memberikan kejutan buat pemenang kedua Dewi Remaja 2015 ini dengan membawanya menikmati panorama alam dengan menaiki udara belon panas.
Mengisi masa berdua dengan penuh romantis di awangan, merpati dua sejoli ini turut berkongsikan beberapa foto sekitar sambutan, menerusi Instagram.
“BEST BIRTHDAY SURPRISE EVERRR!!!,” tulisnya ringkas pada salah satu pautan foto yang dimuat naik.
Berita mengenai Britney Spears diiringi oleh paramedic dalam keadaan serabai dan banya berbalut selimut menjadi tular kelmarin sehingga ada yang membuat spekulasi dia kembali mengalami masalah kesihatan mental.
Namun penyanyi yang popular dengan gelaran Princess of Pop itu tampil menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.
Namun apa yang lebih memeranjatkan, Britney Spears mendakwa dia ‘diperangkap’ oleh ibunya sendiri, Lynne Spears.
Dalam hantaran di Intsagram peribadinya, penyanyi yang popular dengan lagu Pieces of Me itu menunjukkan dia sebenarnya terseliuh di bahagian kaki sambil menunjukkan kepada umum bahagian yang bengkak.
Pada berita asal yang tular, Britney didakwa cedera selepas pertengkaran yang dikatakan dengan bekas kekasihnya, Paul Richard Soliz di hotel terkenal di Los Angeles.
Walaupu begitu ibu kepada dua cahaya mata itu menegaskan bahawa dia sebenarnya terjatuh ketika cuba ‘melakukan lompatan’ di dalam biliknya.
Dalam kenyataan yang dibuat, dia turut menyatakan yang paramedik datang ke lokasi di mana dia berada secara ‘haram’ sehingga menyebabkan kekecohan.
“Saya tahu ibu saya terlibat! Saya tak pernah bercakap dengannya dalam tempoh enam bulan dan dia menelefon saya selepas perkara ini terjadi sebelum berita ini tersebar kepada umum.
“Saya diperangkap sebagai mana dia lakukan sebelum ini. Saya harap saya masih ada datuk dan nenek. Saya tidak tahan dengannya. Saya tidak kisah untuk menyatakan perkara ini,” ujarnya dalam tulisan di kapsyen hantaran tersebut.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Minggu keempat program realiti, Kilauan Emas 2024 malam tadi menyaksikan hampir semua peserta mempamerkan kualiti vokal dan persembahan yang lebih menyakinkan.
Meski tiada penyingkiran dilakukan,...