Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita “Acik Bawang Sana Suka Sinetron Zoom In Zoom Out,” – Nur Dapat...

“Acik Bawang Sana Suka Sinetron Zoom In Zoom Out,” – Nur Dapat Rating Rendah, Ini Reaksi Budak Ijat & Azhan Rani

Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan ada melaporkan mengenai drama popular, Nur 1 dan Nur 2 hanya sempatkan ditayangkan satu episod sahaja di Indonesia gara-gara jumlah rating yang dikatakan sangat rendah.

Menurut pengarahnya, Shahrulezad Mohameddin atau lebih mesra di sapa Budak Ijat, dia sendiri tidak terkejut dengan berita tersebut kerana menyifatkan selera penonton dikedua-dua negara ini adalah berbeza.

Katanya lagi, dia sendiri tidak menjangkakan Nur akan dibawa ke negara luar kerana pada awalnya drama ini hanya memberikan fokus terhadap penonton di Malaysia sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

“1 eps jer uols. Manakala dah beli syndicated drama Nur dua season tapi burn macam tu jer. Suka hati korang la. Duit korang kannn.

“Apa apa pun abam nak berhusnozon sempena puasa ni. Selera mereka tak sama dengan selera kita. Acik acik bawang sana suka treatmen sinetron zoom in zoom out dengan character development dan music score sejenis overwhelming.

“Manakala selera penonton Malaysia pulak abam faham yang macam mana. Dan drama Nur diterbitkan untuk penonton Malaysia pada awalnya bukan untuk penonton sana. So ‘logik’ jer kalau drama Nur tak pergi kat sana,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Ijat menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.

“Acik Bawang Sana Suka Sinetron Zoom In Zoom Out,” – Nur Dapat Rating Rendah, Ini Reaksi Budak Ijat & Azhan Rani “Acik Bawang Sana Suka Sinetron Zoom In Zoom Out,” – Nur Dapat Rating Rendah, Ini Reaksi Budak Ijat & Azhan Rani

Bagaimanapun, Ijat tetap dilihat meluahkan rasa bangga kerana kebanyakkan mesej-mesej yang diterapkan didalam drama Nur telah menjadi inspirasi buat karya-karya di Indonesia.

“Yang penting bagi abam mesej dakwah dalam Nur tu mengalir ker drama mereka walaupun payah derang nak mengaku kehebatan drama dari Malaysia walaupun terpaksa ‘membunuh’ drama dari kita dengan alasan rating.

IKLAN

“Its okie. Yang penting mesej being delivered,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, pelakon, Azhan Rani yang juga memainkan peranan penting di dalam drama Nur turut ada memberikan reaksinya berhubung perkara tersebut.

Jelas Azhan, realiti seperti ini sedikit sebanyak menyedarkan dirinya untuk tidak terus hanyut dengan kata-kata pujian yang telah diraihnya selama ini.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

“Disebalik puji-pujian apa salahnya kita beri perhatian pada hal-hal yang menjadi kenyataan. Jujurnya sebagai salah seorang yang terlibat dalam naskah ini aku positif dengan hakikat ni.

“Sekurang-kurangnyanya dapat mengekang rasa puas hati dalam diri. Riak walaupun sesaat itulah perkara yang paling aku takuti disebalik puji-puji. In shaallah kita bikin lagi baik dalam naskah lain nanti @budakijat & @radiusone_official .

“Macam @budakijat cakap karya #nur dan #nur2 memang dibikin untuk hidangan penonton malaysia. Dah tentu selera penonton kita berbeza dengan negara sana tapi tak bermakna kita perlu rasa down dan tak mau untuk tingkatkan usaha.

“In shaallah kita mampu. apapun sebaik-baik puji bukanlah untuk kita tapi buat Allah yang Maha Esa. Yang terbaik kita berbalik pada nawaitu dan amanah kita dalam karya ini,” jelasnya.

“Acik Bawang Sana Suka Sinetron Zoom In Zoom Out,” – Nur Dapat Rating Rendah, Ini Reaksi Budak Ijat & Azhan Rani Sumber: Instagram Budak Ijat & Azhan Rani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI