Drama bersiri terbaru, Hati Yang Dikhianati terbitan Astro Prima dan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. merupakan sebuah lagi naskhah adaptasi melayu daripada telenovela popular Venezuela, My Three Sisters atau lebih dikenali dengan judul asal dalam Bahasa Sepanyol, Mis Tres Hermanas.

Kisah melodrama yang diterajui oleh Ricardo Alamo, Scarlet Ortiz dan Roberto Moll pada ketika itu pernah mencetuskan fenomena luar biasa ketika siri tersebut ditayangkan di Malaysia sekitar tahun 2002.

Karya ‘Mis Tres Hermanas’ versi Malaysia ini diarahkan oleh Riza Baharuddin serta turut menampilkan barisan penulis skrip yang diketuai oleh Eenaz Mokhtar.

Antara barisan pelakon yang membintangi drama bersiri ini termasuklah Isyariana, Amar Baharin, Mona Allen, Zamarul Hisham, Che Puan Syamim Farid, Afifah Nasir, Arena Iman, Shah Iskandar, Mia Nasir, Fazlina Ahmad Daud, Sahronizam-Noor serta ramai lagi.

Biar Betul… Netizen Ada Kuasa Tentukan ‘Plot Twist’ Drama ‘Mis Tres Hermanas’ Malaysia, Lihat 9 Trivia Yang Korang Perlu Tahu! Biar Betul… Netizen Ada Kuasa Tentukan ‘Plot Twist’ Drama ‘Mis Tres Hermanas’ Malaysia, Lihat 9 Trivia Yang Korang Perlu Tahu! Biar Betul… Netizen Ada Kuasa Tentukan ‘Plot Twist’ Drama ‘Mis Tres Hermanas’ Malaysia, Lihat 9 Trivia Yang Korang Perlu Tahu!

Tampil dengan format berbeza berbanding sebarang karya adaptasi yang pernah diterbitkan sebelum ini di platform Astro, buat julung kalinya struktur naratif penceritaan dan pembinaan watak naskhah ini bakal ditentukan berdasarkan konsep model interaktif terbuka atau open-ended yang dipengaruhi oleh maklum balas audiens dan rekod jumlah tontonan dari semasa ke semasa.

Jumlah keseluruhan episod untuk drama adaptasi ini juga turut bergantung kepada penerimaan penonton.

IKLAN

Drama Hati Yang Dikhianati bakal bersiaran menerusi slot Tiara secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 12 April 2021 lalu di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Menurut Norzeha Mohd Salleh, Pengurus Saluran Astro Prima, pihaknya kali ini memberi ruang kepada penonton untuk menentukan ‘plot tsiwt’ yang diinginkan.

Seperti yang umum ketahui, trend pembikinan drama dan kecenderunganaudiens sering berubah mengikut peredaranmasa. Oleh itu, Astro selaku pembekal kandungan utama di Malaysia memainkan peranan besar untuk menyumbang kepada perkembangan karya kreatif tanah air.

“Sebelum ini, kami merupakan antara perintis awal yang mengangkat format adaptasi naskhah novel popular dan karya antarabangsa ke versi drama Melayu. Walaupun mengundang perdebatan yang hangat di kalangan peminat dan pembikin drama pada awal format tersebut diperkenalkan, namun ternyata keberkesanannya sudahpun terbukti menerusi puluhan drama yang telah kami terbitkan sebelum ini.

“Terbaharu, kami ingin mengorak langkah terus ke hadapan untuk melakar sejarah baharu dengan memperkenalkan format interaktif open-ended menerusi drama adaptasi Hati Yang Dikhianati. Menerusi format ini, kami memberikan kuasa kepada netizen untuk menentukan plot twist dan kesudahan yang mereka mahukan untuk drama ini.

IKLAN

“Sesebuah watak boleh berkembang atau dimatikan mengikut kecenderungan audiens. Begitu juga dengan jalan penceritaan secara keseluruhan,” katanya.

Biar Betul… Netizen Ada Kuasa Tentukan ‘Plot Twist’ Drama ‘Mis Tres Hermanas’ Malaysia, Lihat 9 Trivia Yang Korang Perlu Tahu! Biar Betul… Netizen Ada Kuasa Tentukan ‘Plot Twist’ Drama ‘Mis Tres Hermanas’ Malaysia, Lihat 9 Trivia Yang Korang Perlu Tahu! Biar Betul… Netizen Ada Kuasa Tentukan ‘Plot Twist’ Drama ‘Mis Tres Hermanas’ Malaysia, Lihat 9 Trivia Yang Korang Perlu Tahu!

Sementara itu, Norzeha turut menjelaskan panel perunding khas yang berpengalaman telah dilantik untuk membuat penilaian semasa berdasarkan rekod jumlah tontonan serta maklum balas yang diterima daripada audiens.

“Kami juga tidak menetapkan sebarang episod khusus untuk drama ini kerana ia juga turut bergantung kepada data dan maklumat yang akan diproses oleh panel perunding kelak.

IKLAN

“Format sebegini mungkin agak baru untuk masyarakat Malaysia. Namun, ia sebenarnya sudah popular dan sering diguna pakai oleh ramai content creator di luar negara. Antara naskhah terkenal antarabangsa yang memberi inspirasi kepada kami untuk berkarya termasuklah ‘Hollyoaksdan Eastenders terbitan BBC serta General Hospitalterbitan ABC.

“Ketiga-tiga naskhah tersebut sudahpun mempunyai ribuan episod dan masih lagi ditayangkan sehingga kini. Mengikut rekod juga, ramai bintang-bintang telah dilahirkan menerusi penerbitan naskhah ini.

“Kemunculan media baharu telah mengubah cara audiens menikmati sesebuah kandungan pada era digital ini. Mereka juga lebih ekspresif dan mempunyai idea tersendiri yang ingin kami raikan bersama. Walaupun ini merupakan sebuah taruhan yang berani, namun kami yakin format ini akan disambut baik oleh penggemar drama Melayu yang mahukan kelainan,” katanya lagi.

Menarik, kami kongsikan juga antara trivia drama bersiri yang diharapkan mampu mengulangi fenomena sebagaimana naskhah asalnya ini;

Biar Betul… Netizen Ada Kuasa Tentukan ‘Plot Twist’ Drama ‘Mis Tres Hermanas’ Malaysia, Lihat 9 Trivia Yang Korang Perlu Tahu! Biar Betul… Netizen Ada Kuasa Tentukan ‘Plot Twist’ Drama ‘Mis Tres Hermanas’ Malaysia, Lihat 9 Trivia Yang Korang Perlu Tahu! Biar Betul… Netizen Ada Kuasa Tentukan ‘Plot Twist’ Drama ‘Mis Tres Hermanas’ Malaysia, Lihat 9 Trivia Yang Korang Perlu Tahu!

1. Audiens boleh mula menghantarkan sebarang idea, cadangan atau maklum balas untuk drama Hati Yang Dikhianati’ selepas dua minggu drama ini mula ditayangkan iaitu pada 23 April 2021 di platform rasmi Gempak.
2. Perubahan naratif penceritaan dan plot twist serta pembinaan watak berdasarkan maklum balas audiens dan jumlah tontonan semasa akan mula disuntik pada episod 40 dan seterusnya.
3. Amar Baharin yang memegang watak sebagai Zuhri Elyas’ atau Santiago dalam naskhah asal mengambil keputusan untuk berpindah ke Perlis buat sementara waktu bersama keluarganya yang tercinta bagi memberikan sepenuh komitmen untuk menjayakan penggambaran drama ini.
4. Sebelum ini, Amar Baharin juga pernah memegang watak utama dalam beberapa buah drama di slot Tiara, Astro Prima. Antara drama-drama yang pernah dijayakan termasuklah Jodoh-Jodoh Annisa dan Akadku Terakhir.
5. Semasa naskhah asal Mis Tres Hermanas disiarkan buat pertama kali di Malaysia sekitar tahun 2002, Amar Baharin masih lagi di bangku sekolah menengah.
6. Pelakon berbakat kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Isyariana yang memegang watak utama sebagai Lisa turut berpadu suara dengan penyanyi baharu Dean Eiman bagi menjayakan lagu runut bunyi untuk drama Hati Yang Dikhianati. Lagu yang sama dalam versi asal berjudul Purest of Pain atau dalam Bahasa Sepanyol A Puro Dolor telah dinyanyikan oleh Son By Four.
7. Penggambaran drama Hati Yang Dikhianati masih berjalan dan sehingga kini sudahpun mengambil masa lebih kurang 90 hari. Antara lokasi penggambaran yang terlibat termasuklah di sekitar Lembah Klang, Melaka dan Perlis.
8. Selain itu, pihak produksi juga mengambil keputusan untuk mengubah lokasi penggambaran ke Perlis dan bergegas kesana dalam masa 24 jam untuk mengelakkan sebarang kesulitan di lokasi. Ketika itu, lokasi asal di sekitar Kuala Lumpur telah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP) pada awal tahun yang lalu.
9. Aspek keselamatan merupakan antara cabaran terbesar yang harus ditempuhi sepanjang pembikinan drama ini kerana terdapat banyak babak yang melibatkan kawasan pembinaan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI