Sejak awal pagi tadi, hangat diperkatakan di media sosial mengenai beberapa buah video tular yang memperlihatkan kelibat penyanyi popular tanah air, Anuar Zain di salah sebuah program bersama para jemaah tabligh.

Video berdurasi hampir 50 saat yang dimuat naik semula di laman Twitter itu memaparkan aksi bersahaja Anuar yang dilihat sedang menghidangkan minuman teh tarik sambil menyanyikan lagu popularnya, Lelaki Ini.

Lantaran itu, video berkenaan nyata mendapat reaksi pelbagai daripada warganet.

Malah, klip tersebut juga turut dilihat banyak dikongsikan semula di aplikasi Tik Tok.

“Allah Bagi Sedap, Anuar Zain Kasi Tarik,” – Hidang Teh Tarik Sambil ‘Belanja’ Lagu, Aksi Bersahaja Anuar Zain Di Program Jemaah Tabligh Curi Perhatian “Allah Bagi Sedap, Anuar Zain Kasi Tarik,” – Hidang Teh Tarik Sambil ‘Belanja’ Lagu, Aksi Bersahaja Anuar Zain Di Program Jemaah Tabligh Curi Perhatian

IKLAN

Selain Anuar, turut kelihatan ada bersama di program jemaah tabligh itu termasuklah pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad.

Dalam pada itu, Nabil juga turut dilihat sempat mengusik aksi bersahaja penyanyi berusia 51 tahun itu.

“Ya Allah. Allahuakbar. Allah bagi sedap, Anuar Zain yang kasi tarik,” selorohnya.

IKLAN

“Allah Bagi Sedap, Anuar Zain Kasi Tarik,” – Hidang Teh Tarik Sambil ‘Belanja’ Lagu, Aksi Bersahaja Anuar Zain Di Program Jemaah Tabligh Curi Perhatian “Allah Bagi Sedap, Anuar Zain Kasi Tarik,” – Hidang Teh Tarik Sambil ‘Belanja’ Lagu, Aksi Bersahaja Anuar Zain Di Program Jemaah Tabligh Curi Perhatian

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa gembira selain turut mendoakan agar segala usaha Anuar dalam mengejar ilmu agama akan dipermudahkan.

“Suara yang tak boleh orang lain copy. The only one Anuar Zain.

“Wah, semakin ramai orang yang berhijrah.

IKLAN

“Allahu, seronoknya tengok kemesraan mereka. Rindu nak pi tabligh lagi.

“SubhanAllah. Seronok tngok artis2 kita yg berhijrah ni. Semoga mereka kekal istiqomah dan dilindungi Allah,” antara reaksi-reaksi netizen di aplikasi Tik Tok.

Setakat ini, video berkenaan telah pun meraih lebih 100,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ribuan komen.

Dalam perkembangan lain, baru sahaja melancarkan single terbarunya berjudul Sendiri yang juga merupakan lagu original soundtrack bagi drama Single Terlalu Lama.

Sumber: Instagram Anuar Zain & Twitter

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI