Aliff Syukri Ikhlas Jalankan Tanggungjawab Bayar Zakat – “Tak Minta Banyak, Doakan Bisnes Maju, Dijauhkan Dengan Orang Yang Ingin Menjatuhkan Saya.”

Seperti sedia maklum, situasi pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh negara nyata memberikan kesan kepada hampir seluruh sektor, termasuk perniagaan.

Sebagai seorang usahawan, Datuk Aliff Syukri mengakui perniagaan miliknya juga turut sama terjejas gara-gara pandemik.

Bagaimanapun, Aliff tetap melunaskan tanggungjawab dengan membayar zakat perniagaan meski berhadapan cabaran.

Menerusi satu perkongsian di akaun Instagram, Aliff memuat naik foto beberapa cek bayaran dengan salah satu tertera amaun mencecah lebih RM50,000.

IKLAN

“Kehidupan yang serba mencabar ini ramai orang terkesan bukan sahaja covid tetapi tekanan emosi dan juga perasaan.

“Semoga dengan bantuan zakat hasil bisnes @as.hijabofficial @dherbsholdingshq @sugehecoresort
yang saya salurkan kepada @zakatselangor ini, dapat meringankan beban mereka yang memerlukan.

“Saya tak mintak banyak, saya minta anda doakan Bisnes saya semakim maju dan success dan dijauhkan dengan orang-orang yang ingin menjatuhkan saya.

“Dan semoga Nenek saya sihat seperti dahulu kala. Amin Ya Rab,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji sikap murni penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu yang tetap melunaskan komitmen dan kebajikan.

“Masyaallah semoga satu hari saya juga penyumbang zakat yg banyak aamiin,” puji seorang netizen.

IKLAN

“Zakat tu kan mmg patot bayar.. sebagian cara mengurangkan bayar cukai tu mmg kne bayar zakat..,” tulis seorang wargamaya.

“Semoga dpermudahkn urusn dato…,” tulis lagi seorang warganet.

Foto: Instagram Datuk Aliff Syukri