Baru-baru ini, isu pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat yang memilih untuk bersalin secara prosedur pembedahan nyata mendapat reaksi pelbagai daripada ramai pihak.

Malah, segelintir daripada mereka juga dilihat seperti sengaja ingin merendah-rendahkan ibu-ibu hamil yang memilih untuk menjalani prosedur berkenaan.

“Celah Mananya Wanita Bersalin Caesar Ni Tak Layak Bergelar Ibu,” – Ramai ‘Membawang’ Ayda Jebat Sebab Pilih Bersalin Czer, Ini Reaksi Dr. Say

Antara yang turut sama memberikan reaksi berhubung isu tersebut termasuklah pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril.

Menurut Dr. Say, dia berasa terpanggil untuk memberikan pandangannya berhubung isu memandangkan isterinya juga baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata kedua secara prosedur pembedahan baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

“Topik : “Bersalin Ikut Tingkap? Euwww” Triggered dengan makcik bawang yang komen kepada post @aydajebat yang memandang jelek bersalin melalui pembedahan atau caesar.

“Maka jom bukak topik “bersalin ikut tingkap”. Kepada yang tak tahu, isteri saya bersalin kali pertama through emergency caesar dan kali kedua through elective caesar. Kalau tanya saya, semestinya saya suka isteri bersalin cara biasa sebab kurang komplikasi dan kurang hospital stay.

IKLAN

“Namun kali pertama bersalin kami terpaksa caesar sebab tali pusat menjerut kuat leher baby maka takkan saya nak cakap dengan bini “ehhh jangan, caesar mahal, cuba you try teran kuat sikit, berak, berak”.

“Kali kedua pakar kami cerita ada 20% risiko kegagalan untuk bini bersalin biasa maka saya decide ssaya tak nak amik risiko tu dan nasihatkan bini to go for elective caesar,” tulisnya.

“Celah Mananya Wanita Bersalin Caesar Ni Tak Layak Bergelar Ibu,” – Ramai ‘Membawang’ Ayda Jebat Sebab Pilih Bersalin Czer, Ini Reaksi Dr. Say “Celah Mananya Wanita Bersalin Caesar Ni Tak Layak Bergelar Ibu,” – Ramai ‘Membawang’ Ayda Jebat Sebab Pilih Bersalin Czer, Ini Reaksi Dr. Say

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Tanya Doktor itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

IKLAN

Dalam pada itu, Dr. Say turut menjelaskan setiap prosedur bersalin ini memiliki kebaikkan serta kekurangannya yang tersendiri dan ia juga tidak patutnya dibanding-bandingkan.

“Best la bersalin caesar tak sakit”. Masa tengah bersalin memang tak sakit langsung sebab dapat bius, boleh sembang-sembang sambil perut dan rahim dibelah, tapi Allah Maha Adil. Lepas habis pembedahan tanyalah mak-mak yang dah pernah caesar macam mana peritnya.

“Ada yang sebulan terlantar akibat kesakitan. Yang bersalin normal hari yang sama atau keesokan hari boleh balik rumah tapi yang bersalin caesar minimum kena tahan wad 2 hari. Kalau tak kentut tak berak haa kena tahan lagi lama.

“Cakap pasal komplikasi bersalin caesar pulak boleh kena jangkitan pada luka pembedahan, pendarahan melampau, risiko darah beku yang boleh pergi ke paru-paru yang boleh menyebabkan kematian, risiko rahim pecah on next pregnancy dan banyak lagi,” jelasnya lagi.

IKLAN

“Celah Mananya Wanita Bersalin Caesar Ni Tak Layak Bergelar Ibu,” – Ramai ‘Membawang’ Ayda Jebat Sebab Pilih Bersalin Czer, Ini Reaksi Dr. Say

Bapa ke dua orang anak ini turut menambah, antara perkara yang sepatutnya menjadi keutamaan ketika hamil ini adalah mengenai keselamatan ibu dan anak itu sendiri

“Dah tu celah mananya wanita yang bersalin caesar ni tak layak bergelar ibu kalau bersalin caesar lagi banyak risiko & komplikasinya? Tolonglah ubah pemikiran kebelakang ni. Yg penting KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN ANAK & IBU ITU.

“Arini Hari Kemerdekaan Ke-64, apa kata kita merdekakan diri dari pemikiran kolot sebegitu? Belum masuk topik breast milk VS formula milk dan pantang VS tak pantang. THEY DO THEM & YOU DO YOU okay?

“Mak mak bersalin caesar kongsi sikit pengalaman bawah ni tengok depa berani tak panggil korang “bukan ibu sejati”. Makcik bawang beban,” akhirinya.

Sekadar informasi, selepas hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga, Dr. Say dan isterinya, Dr. Azura Abas telah pun dikurnia dua orang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aezril dan Sefreil.

Sumber: Instagram Dr. Say & Ayda Jebat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI