Artis versatil, Alif Satar sah mengumumkan pengunduran dirinya sebagai salah seorang pengacara pada program Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020).

Pengumuman tersebut dibuat menerusi satu kenyataan yang dikongsikan oleh pihak penganjur menerusi akaun Instagram Meletop sebentar tadi.

Jelas pihak penganjur lagi, keputusan penarikan diri tersebut dibuat bagi menghormati keadaan Alif yang baru sahaja sembuh daripada wabak Covid-19.

Malah, mereka juga faham Alif memerlukan lebih banyak masa bersama keluarga selain turut harus memantau keadaan kesihatan terkininya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

 “Awal tahun ini, kami telah mengumumkan Alif Satar sebagai pengacara bersama Nabil dan Jihan bagi AME 2020. Susulan berita bahawa Alif positif Covid-19, fokus kami yang utama adalah untuk melihat Alif pulih seperti sedia kala agar dapat kembali ke pangkuan keluarga tercinta dengan segera.

IKLAN

“Walaupun kini Alif telah pulih, kami masih mengambil berat akan tahap kesihatan beliau memandangkan peranan sebagai hos acara siaran langsung memerlukan kerahan tenaga yang banyak dan raptai siang malam, yang sedikit sebanyak akan memberi tekanan fizikal dan mental,” tulisnya pengendali akaun tersebut.

Bagaimanapun, pihak Meletop menjelaskan mereka akan segera mendapatkan hos baru bagi mengisi posisi yang ditinggalkan oleh Alif.

IKLAN

Pengumuman hos baru tersebut dijangka akan dibuat pada jam 8.00 pagi esok di saluran radio Era menerusi segmen Johara Pagi Era.

“Merujuk pada situasi ini, pihak AME2020 dan Alif sendiri dengan berat hati telah mencapai kata putus untuk mengumumkan pengunduran Alif sebagai hos AME 2020. Walau bagaimanapun, jangan risau, Alif tetap akan memainkan peranan dalam AME 2020.

IKLAN

“Pihak MeleTOP dan ERA juga mengalu-alukan cadangan anda untuk hos ketiga AME 2020. Pihak kami sekarang berusaha untuk mencari pengganti dan InsyaAllah kami akan umumkan hos baru jam 8 pagi esok di Era dalam segmen Johara Pagi Era. Nantikan!,” jelas mereka lagi.

Terdahulu, Alif pada awalnya disenaraikan sebagai salah seorang pengacara bersama-sama dengan Nabil Ahmad serta Jihan Muse.

AME2020 akan berlangsung pada 20 Disember ini (Ahad) di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Sumber: Instagram Meletop

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI