Pelakon jelita, Mira Filzah ada memberi penjelasan mengenai perkongsiannya bersama suami, Wan Emir Astar di platform media sosial.

Tidak dinafikan, Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah, mengakui ada ketikanya apa yang dimuat naiknya telah mendapat reaksi pelbagai warganet.

“Pada pandangan peribadi, saya sebenarnya tidak terlalu berkongsi hal peribadi bersama peminat, cumanya, saya ada akaun YouTube yang dikongsi bersama dengan Emir.

“Jadi di situ kami kerap berkongsi aktiviti bersama seperti bermain ‘game’ dan perkembangan terkini. Apa yang boleh saya katakan, ia bukanlah sesuatu yang bersifat terlalu peribadi.

“Malah, kalau dirasakan ia terlalu peribadi dan privasi, memang jarang sangat saya kongsi,” katanya jujur.

IKLAN

Selain itu, pelakon berusia 27 tahun itu menjelaskan, dia tidak berkecil hati dengan pelbagai komen yang diberikan warganet terhadap apa yang dikongsi.

Jelas Mira, sebagai seorang selebriti, dia mengambil sikap terbuka untuk menerima perkara tersebut serta apa reaksi yang diberikan semua.

IKLAN

“Hal tersebut sebenrnya berada di luar kawalan dan sejujurnya saya tak berkecil hati kerana saya faham inilah dunia media.

“Malah sebenarnya, mereka juga berhak dan bebas untuk berkata apa sahaja yang mereka rasakan dan kita tak boleh nak sekat atau halang benda tu.

IKLAN

“Cuma biarlah berpada-pada dan selagi tidak menyentuh sensitiviti saya okay saja” katanya kepada MH.

Imbas kembali, Mira telah mendirikan rumah tangga bersama Emir pada 3 Ogos lalu.

Dalam perkembangan lain, Mira telah menerima anugerah Nona Influencer Award di Nona Superwoman Award 2020 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), pada Jumaat.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI