Sebelum ini, pelakon Faye Kusairi ada memaklumkan menerusi Instagram menyatakan bahawa dirinya telah diserang Bell’s Palsy lalu menyebabkan kelumpuhan pada bahagian pipi kanannya.

Bagaimanapun, selepas mendapatkan rawatan susulan, ibu yang sini sedang sarat hamil anak kedua ini sudah pun mampu menggerakkan otot mukanya secara beransur-ansur.

Lalu baru-baru ini, Faye berkongsi satu video mengenai perkembangan kesihatannya.

Di dalam video berdurasi kira-kira 1 minit 30 saat di IG TV itu, Faye antara lain turut menjelaskan mengenai perkembangan Bell’s Palsy yang dialami selaim menitipkan pesanan buat individu yang turut mempunyai masalah sama seperti yang dialaminya.

“Buat semua yang ada masalah Bell’s Palsy juga, stay strong, be positive jangan malu. Sakit itu adalah sebenarnya anugerah daripada Allah. Have a nice day,” katanya.

Sementara itu menerusi ruangan kapsyen pula mengakui dia menyedari ada risau mengenai apa yang berlaku terhadap dirinya di samping cuba untuk menyuntik semangat buat mereka yang berdepan situasi sama.

“I noticed ramai yg DM saya mengatakan mereka juga pernah dan sedang masih menghadapi Bell’s Palsy ni.

“Ada yg berkongsi tips utk ke acupuncture. Insya-Allah, saya akan cuba juga. The reason saya buat video ni sebab saya sedar betapa risaunya orang ramai terhadap kondisi saya sekarang dan maybe can also help boost keyakinan serta inject sedikit positivity kepada yg menghadapi Bell’s Palsy atau mana² penyakit sekalipun.

“Jangan risau sgt, jangan stress. Percaya diri kita akan sembuh dan jangan berhenti utk berusaha. Selagi bernyawa, kita positifkan diri utk terus sembuh.

“Jangan malu dengan keadaan kita. Sama juga jangan riak bila kita diberi rezki kesihatan yg mantop, body yg mantop, muka yg cantik dan sebagainya. Sentiasalah bersederhana, insya-Allah,” tulisnya.

Bintang drama berusia 33 tahun ini juga optimis bercadang untuk berkongsi perkembangannya dari semasa ke semasa selepas ini.

“I’ll try to share more videos and updates pasal progress saya ya (kalau larat). Maklumlah.. dah nak masuk 39 weeks of pregnancy kan.

“Salam Jumaat yg Barakah kepada semua. Semoga dipermudahkan dan dibuka seluas luaskan pintu rezki kalian semua yg sudi membaca posting ni dan juga kepada yg mendoakan kebaikan dan kesihatan saya,” jelasnya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI