Pelakon, Tasha Shilla mengakui berasa sangat teruja apabila memaklumkan dirinya kini sedang hamil lima bulan.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla)

 “Assalamualaikum whbth & Salam Sejahtera, kepada semua rakan-rakan, sahabat, dan keluarga tercinta.

“Syukur Alhamdulillah Tasha dan Atiq ingin membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang kini berusia lima bulan,” tulisnya.

IKLAN

Dalam pada itu, Tasha turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan diri dan juga kandungannya itu.

“Saya memohon anda semua Doakan yang baik-baik supaya bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik, dan selamat hingga ke hari kelahiran dan hari-hari selanjutnya In shaa Allah.

“Jujurnya, saya teramat gembira apabila orang sekeliling dan rakan taulan mendoakan kebahagiaan & kesejahteraan saya sekeluarga.

IKLAN

“Dikesempatan ini Tasha ingin ucapkan semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan,” kongsinya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut berasa teruja apabila mendengar perkhabaran tersebut.

IKLAN

Tasha Shilla Sahkan Hamil 5 Bulan – “Mohon Doakan Yang Baik-Baik.” Tasha Shilla Sahkan Hamil 5 Bulan – “Mohon Doakan Yang Baik-Baik.”

Terdahulu, Tasha Shilla telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati Muhammad Atiq Idris pada tanggal 28 Februari 2020.

Sumber: Instagram Tasha Shilla

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI