Penyanyi Aina Abdul mengakui tahap kesihatannya kurang baik ketika membuat persembahan menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu pada saingan hari pertama Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38), hari ini.

Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani, 30, berkata, kesihatannya merosot selepas menjayakan konsert solo A Night With Aina Abdul 3.0 pada 18 November lalu.

Bagaimanapun Aina sudah sudah mendapatkan pemeriksaan doktor susulan keadaan terkininya.

“Saya memang kurang sihat sedikit hari ini, sebab selalunya kalau selesai kerja besar macam konsert, kesihatan saya memang akan rasa tak sedap badan dan jatuh sakit.

“Selepas konsert saya hari itu, saya belum ada rehat yang panjang. Memang boleh kerja, tetapi badan perlu rehat.

IKLAN

“Tetapi saya sudah berjumpa dengan doktor untuk periksa kesihatan selain buat juga aktiviti senaman. Saya ikut juga nasihat doktor apa yang boleh buat, apa yang tidak boleh.

“Termasuk makanan, apa yang disuruh makan saya ambil. Kalau tidak disuruh saya tak ambil. Alhamdulillah saya boleh menyanyi tadi.

“Saya bukan demam tetapi ada masalah dengan sistem penghadaman, tidak boleh makan makanan pejal, hanya makanan berair sahaja,” katanya.

IKLAN

Dalam pada itu, Aina bersyukur apabila naskhah Jangan Mati Rasa Itu diumumkan sebagai Lagu Terbaik dan Lagu Pilihan Alha Alfa.

“Saya sangat bersyukur hari ini dan tidak sangka menang lagu terbaik dan lagu pilihan Alha Alfa. Saya datang hari ini hanya ingin menyanyi dan menghiburkan peminat saya.

IKLAN

“Apabila diberi pernghargaan daripada juri dan peminat, sangat terharu dan dalam masa sama rasa sebak.

“Lagu-lagu yang bertanding pada hari pertama ini juga sangat hebat, ada yang lagu saya minta dan penyanyi yang suka.

“Dengan semangat itu membuatkan saya ingin lakukan yang terbaik. Saya anggap ini juga rezeki untuk peminat saya,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI