Sebuah hantaran yang dimuat naik usahawan popular, Datuk Seri Vida (DSV) di aplikasi TikTok menjadi sorotan warganet sejak semalam.

Menerusi video berkenaan, penyanyi lagu Kuikhlaskan itu berkongsi gelagat dua anaknya, Cik B dan Kacak mengenai perkongsian jumlah perbelanjaan bulanan serta jumlah simpanan yang ada di dalam akaun bank masing-masing.

Menerusi perkongsian sama, ada warganet yang terkejut apabila Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin menunjukkan nilai belanjanya pada Julai lalu yang cecah sejuta ringgit.

Malah Cik B turut menunjukkan perbelanjaan pada November lalu iaitu lebih RM23,000 sementara Kacak pula memaklumkan dia lebih suka menyimpan duit.

@datoserividaofficial Oloh anak mama lagi kayo dari mama loni 😱 hasil jual salmon skin ke tu @cikb_havoc66 @KACAK WORLD #fyppppppppppppppppppppppp #masukberanda #salmonskincikb #masukfypdong #masukfyppls #fypシ゚viral #foryoupage #masukberandafyp #fypage #gelakdsv ♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

IKLAN

“Oloh anak mama lagi kayo dari mama loni. Hasil jual salmon skin ke tU,” tulis DSV menerusi ruangan kapsyen.

Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton lebih 700,000 kali disusuli dengan ratusan komen. Antaranya;

“Mak dia tengok anak dia spend RM1 juta macam tengok anak spend RM100.”

IKLAN

“Murah rezeki Allah bagi kat dia orang, semoga yang basic RM1,500 Allah perluaskan rezeki Kita semua.”

“Ni lah realiti keidupan. Bersyukurlah apa yang kita ada. Yang penting happy dan tak susahkan orang.”

IKLAN

“Aku suka tengok anak-anak dia ni. Bagus semua tak belagak dan sombong macam anak orang kaya lain.”

“Bestnya banyak duit ni. Tapi ustaz cakap kat akhirat akan dihisab Setiap duit tu. Lepas dengar tu bersyukur dah dengan keadaan sekarang.”

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI