
Tahniah diucapkan kepada pelakon Ezlisa Loy yang juga adik kepada Elfira Loy, yang kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Hafiz Azizi dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung indah pada 29 Jun lalu, bertempat di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur.
“Alhamdulillah we’re officially husband and wife,” tulis Ezlisa ringkas di ruangan kapsyen Instagram miliknya.
Hantaran berkenaan pantas mencuri perhatian warganet apabila meraih lebih 32,000 tanda suka, selain dihujani ucapan tahniah dan doa baik-baik daripada peminat serta rakan selebriti.
Majlis eksklusif itu turut disaksikan ahli keluarga terdekat, sahabat rapat serta tetamu undangan yang turut berkongsi momen indah pengantin baharu itu menerusi Insta Stories.
Lebih istimewa, majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian merdu daripada penyanyi Aina Abdul.
View this post on Instagram
Tali Pertunangan Dilakar, Janji Ditepat
Ezlisa atau nama sebenarnya Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri, 29, telah mengikat tali pertunangan bersama Hafiz Azizi pada 27 April 2024.
Pada majlis pernikahan tersebut, Ezlisa menerima mas kahwin sebanyak RM300 sebagai simbolik penyatuan dua hati yang telah lama terjalin.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI