Pelakon Faye Kusairi, 33, memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua dan usia kanduangannya kini sudah pun mencecah usia empat bulan.

Meski berbadan dua, namun ibu kepada seorang cahaya mata itu tetap aktif serta meneruskan komitmen terhadap lakonan.

Faye atau nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi menerusi Berita Harian menambah, tiada alasan buatnya untuk menolak tawaran lakonan meski sedang mengandung.

“Alhamdulillah, saya kini hamil anak kedua. Bagaimanapun, saya tetap bekerja apabila terbabit dengan penggambaran drama Keluarga Pasar siaran RTM.

“Sebelum ini, saya baru menyelesaikan penggambaran drama bersiri, 7 Hari Mencintaiku 2 yang kini sedang disiarkan menerusi slot Akasia, TV3.

“Jujurnya, saya mengalami alahan lebih teruk, berbanding hamil anak pertama. Bagaimanapun, mujurlah ketika fasa trimester pertama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi saya duduk di rumah berehat sahaja.

IKLAN

“Saya hanya kembali bekerja apabila aktiviti penggambaran dibenarkan. Keadaan saya bertambah baik, tetapi bohonglah jika cakap tak penat.

“Penat juga, tetapi tidaklah teruk sangat. Semuanya baik-baik sahaja ketika penggambaran,” katanya seperti yang dipetik.

Ditanya mengenai kekerapannya di kaca televisyen yang tidak sekerap berbanding sebelum ini, Faye mempunyai jawapan sendiri.

IKLAN

“Saya masih berlakon, cuma belum ada naskhah yang ‘outstanding’ yang membuatkan penonton nampak saya.

“Saya juga tidak merajuk seperti yang diperkatakan, cuma jadual agak padat dengan perniagaan yang diusahakan sejak April, tahun lalu.

“Ada sahaja tawaran lakonan yang diterima dan saya tak pernah pilih naskhah. Jika tawaran bersesuaian dengan jadual, saya terima. Jika tidak, saya terpaksa tolak,” kata isteri kepada pengarah, Azmi Hatta itu lagi.

IKLAN

Pada masa sama, dia turut menguruskan perniagaan produk Aura Kasih, sejak tahun lalu.

“Disebabkan itu, saya banyak mengembara ke Brunei Darussalam dan Singapura untuk tujuan mempromosi.

“Alhamdulillah, orang sudah mula kenal, jadi saya tak banyak terbang ke sana sini, jadi bolehlah mengambil banyak tawaran lakonan,” katanya.

Untuk rekod, Faye mendirikan rumah tangga bersama Azmi pada 9 April 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Alif Azmi yang kini berusia dua tahun.

Foto: Instagram Faye Kusairi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI