Bapa kepada pelakon dan ikon fesyen, Wak Doyok iaitu Mohd Nor Abdul Hamid dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 86 tahun kerana sakit usus bengkak.

Berita sedih itu telah diumunkan oleh Wak Doyok menerusi entri terbaru Instagram miliknya.

“Salam semua. Baba Saya baru sahaja meninggal dunia. Tolong sedekahkan al-fatihah buat Baba Saya,” tulisnya.

IKLAN

Jenazah telah selamat disembahyangkan di rumah Wak Doyok dan kini sedang dalam perjalanan menuju ke Tanah Perkuburan Islam, Selat Kelang.

Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan takziah selain turut memberikan kata semangat kepada Wak Doyok.

IKLAN

Al-Fatihah, Bapa Wak Doyok Meninggal Dunia Akibat Usus Bengkak

IKLAN

Al-Fatihah, Bapa Wak Doyok Meninggal Dunia Akibat Usus Bengkak

Takziah buat Wak Doyok sekeluarga. Semoga roh Allahyarham bapanya itu tempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Foto: Instagram Wak Doyok

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI