Pelakon, Erra Fazira berkongsi perkara yang dia dan puterinya, Engku Aleesya sering lakukan apabila mereka berjauhan.
Kisahnya, masing-masing akan menulis nota kata-kata semangat sesama mereka, malah ada juga video pesanan yang dititipkan buat masing-masing.
“Hi mom, How are you? I hope your happy and healthy. Hope to see you on Sunday! If you are sad please check your phone in the gallery and watch the video of me.
“I really want to see you now. But anyway, bye mom,love you. Your E.A,” tulis Aleesya.
Manakala, ini pula antara nota pesanan Erra buat Aleesya.
Dalam pada itu, di ruangan komen pula, kelihatan ramai yang memuji dua beranak ini dan mengatakan kedua-duanya sangat ‘sweet’.
Erra dan bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin berpisah pada tahun 2014 setelah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun. Emran kini sudah berkahwin dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella, tahun lalu.
Foto/Instagram: Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski ulang tahun hari jadi pelakon Fasha Sandha adalah pada Khamis depan, namun, usahawan Datin Seri Nur Shahida telah membuat kejutan buat pelakon itu awal tujuh hari.
Momen indah itu dikongsikan Shahida di Instagramnya beberapa jam lalu.
“Semalam sempat saya meraikan majlis suprise hari jadi @fashasandha ……..kami buat suprise utk fasha juga sempena bakal melangkah ke alam perkahwinan sekali lagi…
“Cepat masa berlalu,saya mula kenal Fasha ketika dia mengandung Jemyma, dia bersalin, melalui fasa perceraian dan kini dia kembali menamatkan zaman janda dia..
“Jadi kita kena percaya jodoh,rezeki, ajal maut di tangan Allah, sudah tertulis,hanya doa mampu kita panjatkan mudahan yg baik2 sahaja utk kita…
“Dear @fashasandha semoga menjadi isteri yg baik, ibu yg baik menantu yg baik dan bahgia sehingga ke akhir hayat…mudahan menjadi pasangan yg bahgia selamanya..
Menjengah di Instagram Fasha pula, dia berasa gembira dan terharu akan kejutan yang dilakukan Shahida bersama kawan-kawan yang lain.
“Bismillahirahmanirahim I’m speechless, sumpah! Ni gambaq muka tengah menangis…! Menangis kegembiraan Thank you for surprising me 10 days before my bday . It was really wonderful. From the bottom of my heart, thank you for arranging and organizing the party for me..
“Double suprise party! Sumpah memang suprise ni menjadi. Semua memang hebat! Can’t believe that i am getting married after 3 years 5 months being a happy single mom. Susah nak percaya, tapi inilah kenyataannya Insyaallah..
“I am so grateful to have wonderful family and friends in good and bad times. Syukur Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segalanya Terima kasih buat semua Sahabat dunia akhiratku, Insyaallah,” tulis Fasha.
Fasha bakal disatukan dengan tunangnya, Aidil Aziz pada akhir Mac ini di kampung halaman Fasha di Perlis, diikuti majlis bertandang sebelah lelaki di Rembau, Negeri Sembilan pada April.
Foto : Instagram Shahida, Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, ada segelintir golongan yang memerlukan bantuan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan seluruh negara akibat penularan wabak Covid-19 sejak beberapa bulan lalu.
Malah, situasi mungkin lebih mendesak berikutab sambutan bulan Syawal dijangka bakal dirai Ahad depan.
Lalu, usahawan kosmetik sensasi, Sajat turut prihatin dengan situasi semasa dan dilihat turut sama-sama cuba membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.
Difahamkan, penyanyi Bobo Di Mana itu telah agihkan keperluan barangan harian kepada lebih 50 keluarga di sekitar Johor Bahru.
“Alhamdulillah! Hari ini misi di Johor Bahru untuk mereka yang memerlukan.
“Barangan keperluan dapur seperti minyak, garam, beras, susu pekat, gula, tepung, ketupat nona, milo bersaiz besar, maggie, garam, sirap rose cordial.
“Dan sejumlah wang duit raya RM300 untuk setiap keluarga. Jika ada yang berminat..sila text PA saya shamil (0143695329),” tulisnya.
Selain itu, Sajat turut berharap bantuan yang disalurkan sedikit sebanyak dapat meringgankan beban bagi yang memerlukan.
“Peruntukan untuk 50 keluarga untuk sumbangan ikhlas dari nursajat! Semoga sumbangan ini boleh meringgan kan beban mereka dan dapat meraihkan lebaran yang akan tiba.
Atas dasar keprihatinan terhadap guru dan pelajar sekolah, syarikat pengeluar produk minyak wangi dan cecair pembasmi kuman, SugarBomb Worldwide Sdn Bhd tampil menyumbang cecair berkenaan kepada sekolah menengah dan tadika di sekitar Lembah Klang, selain Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang.
Menerusi program yang dikenali sebagai SugarBomb Care For You itu, sebanyak 10,000 cecair pembasmi kuman diserahkan khusus bagi kegunaan guru dan pelajar tingkatan lima yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, tidak lama lagi.
Bersama duta SugarBomb, Achey dan Maskot, Mr Bomb, mereka turun padang untuk mengedarkan cecair pembasmi kuman ketika persekolahan dibuka, baru-baru ini.
Achey berkata, dia turun padang untuk mengetahui sendiri perkembangan pada saat kes pandemik COVID-19 yang masih lagi tinggi di negara ini.
“Siapa tak gerun keluar rumah pada saat pandemik dalam tahap membimbangkan. Tiada simptom pun boleh positif COVID-19.
“Bagaimanapun, saya melihat guru tidak pernah patah semangat apabila berkunjung ke PPD Klang, baru-baru ini. Dalam keadaan risau, saya diberitahu mereka tetap menjalankan tugas dengan baik.
“Saya juga sempat berkunjung ke beberapa sekolah taska termasuk Sekolah Menengah Tinggi Klang. Saya lihat pihak sekolah menekankan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Saya tidak dibenarkan bertembung dengan pelajar ketika menyerahkan sumbangan.
“Apabila sampai ke sekolah, guru sendiri menunggu pasukan SugarBomb untuk memeriksa suhu badan dan sanitasi. Tanpa mengira sesiapa yang hadir, kena ikut SOP ketat. Paling utama, kena ada surat kebenaran menghantar cecair pembasmi kuman kerana tidak boleh memasuki sekolah sesuka hati,” katanya.
Achey berkata, dia juga perlu memakai pelitup wajah dan sarung tangan ketika memasuki kawasan sekolah demi keselamatan pelajar.
“Sebelum ini, kakak saya yang juga seorang guru pernah memberitahu SOP yang ditekankan di sekolah. Dalam hati, saya macam tak percaya. Tetapi, saya baru tahu betapa ketatnya kawalan keselamatan apabila saya sendiri turun padang ke sekolah.
“Guru tidak akan membiarkan tetamu, mereka sentiasa memantau dan mengikut hingga sanggup menghantar kami ke kereta ketika pulang. Ini bagi mengelakkan orang luar bertembung dengan pelajar sekolah.
“Besar betul pengorbanan guru dalam menjaga keselamatan pelajar, berpeluh-peluh mereka turun naik menyambut tetamu, selain membantu mengangkat barang,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan SugarBomb Worldwide, Ahmad Azhari Rosli turut menyambut baik program tersebut yang merupakan sebahagian usaha mereka mendekati golongan sasaran menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
“Kami melihat ramai guru dan pelajar yang terpaksa ke sekolah ketika jangkitan COVID-19 menunjukkan angka yang tinggi.
“Kami memilih sekolah yang mempunyai ramai pelajar sekitar Klang. Ini sebahagian usaha membantu sekolah dalam meringankan bebanan mereka. Apa yang diketahui, sekolah wajib menyediakan cecair pembasmi kuman bagi kegunaan guru dan pelajar,” katanya.
Antara sekolah yang menerima sumbangan termasuklah Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Sekolah Menengah Perempuan Kapar, Sekolah Menengah Tinggi Klang, Taska Sirajuddin, Taska Al Munawarrah, Taska Mawaddah dan TaskaAl Syabab.
Ahmad Azhari berkata, SugarBomb Worldwide tidak kisah berkongsi rezeki pada saat kebanyakan syarikat mengambil langkah berjimat cermat.
“Kami berterima kasih kepada pengguna yang terus memberi sokongan kepada jenama SugarBomb. Jadi, kami berkongsi semula sumbangan dalam bentuk program CSR untuk membalas budi.
“Insya-Allah, kami merancang mengedarkan cecair pembasmi kuman untuk kegunaan sekolah, setiap bulan. Bagi sekolah yang memerlukan cecair pembasmi kuman bolehlah menghubungi SugarBomb Worldwide. Bagaimanapun, ia mengikut kuota yang disediakan syarikat,” katanya.
SugarBomb Worldwide menghasilkan dan menjual lebih satu juta botol cecair pembasmi kuman sejak pandemik COVID-19 menyerang kira-kira sembilan bulan lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Anna Jobling tidak menafikan wanita yang didakwa kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine ialah kenalannya.
Menurut Anna atau nama sebenarnya Anna...