Berbaki kurang sebulan sebelum bermulanya program berprestij, Anugerah Juara Lagu ke-38, penyanyi, Aina Abdul akui berdepan cabaran untuk menentukan konsep terbaik untuk lagu Jangan Mati Rasa Itu.

Menurut Aina, dia dan pasukannya harus membuat persiapan rapi memandangkan lagu ini mempunyai ekspektasi yang tinggi daripada penonton.

“Akan Berhabis Lagi, Saya Sayang AJL,” – Aina Abdul Sampai Tertekan & Tak Tidur Malam Fikir Konsep

“Persediaan kali ini agak rumit. Ini merupakan tahun kelima saya di AJL. Jadi, ekspektasi orang sangat tinggi. Hal ini yang buatkan saya dan team tak tidur malam.

“Kami mahu tetapkan konsep yang bersesuaian dengan hati saya dan lagu Jangan Mati Rasa Itu. Persiapan masih lagi 40 peratus.

“Yang pasti, konsepnya bukanlah warna putih lagi. Saya memang nak pakai warna putih tapi nanti orang kata saya tiada idea pula,” katanya kepada MH.

Aina berkata sedemikian ketika ditemui di program ‘Meet And Greet’ Paling Ikonik AJL38 yang berlansung di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada Ahad.

IKLAN

“Akan Berhabis Lagi, Saya Sayang AJL,” – Aina Abdul Sampai Tertekan & Tak Tidur Malam Fikir Konsep “Akan Berhabis Lagi, Saya Sayang AJL,” – Aina Abdul Sampai Tertekan & Tak Tidur Malam Fikir Konsep

Bagaimanapun, pemenang AJL37 ini juga tetap teruja untuk menjalani setiap proses bagi memastikan persembahan pada malam tersebut berjalan seperti yang diharapkan.

“Tekanan itu memang ada. Malah, tahun ini paling tertekan. Namun, Allah hadirkan rasa seronok dalam diri saya.

“Mungkin berkarya di atas pentas itu merupakan minat saya dari dulu. Kalau tiada rasa ini, saya akan rasa kosong.

IKLAN

“Saya kena nikmati detik ini dan harus berterima kasih kepada pihak TV3 kerana beri saya peluang.

“Mungkin ada yang muak tengok saya tapi saya nak buat mereka jatuh cinta seperti kali pertama,” ujarnya lagi.

“Akan Berhabis Lagi, Saya Sayang AJL,” – Aina Abdul Sampai Tertekan & Tak Tidur Malam Fikir Konsep

IKLAN

Ditanya mengenai anggaran kos untuk keseluruhan persembahan pada malam
AJL38 nanti, Aina memaklumkan dirinya tidak kisah untuk berhabis asalkan ia dapat memberikan kepuasan.

“Saya akan berhabis lagi sebab AJL ini hanya ada setahun sekali. Ia program yang saya sayang. Di acara ini sahaja saya dapat keluarkan karya Aina Abdul.

“Di pentas lain, saya tak dapat nak buat sebegini. Di situ juga saya rasa dihargai. Kalau tiada AJL, di mana lagi saya nak berkarya,” akhirinya.

Terdahulu, AJL38 bakal berlangsung pada 3 Mac ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Sebanyak 12 lagu bakal dipertandingkan untuk merebut gelaran lagu terbaik sepanjang tahun 2023.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI