Sekadar informasi, Aisyah atau nama sebenarnya Nur Aishah Aziz telah dilahirkan di Singapura pada 21 Mei 1994 dan adalah adik kepada penyanyi Aliff Aziz.
Foto: Instagram Aisyah Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak tahan diganggu dengan panggilan telefon misteri, penyampai radio, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Dj Lin mendedahkan nombor telefon individu berkenaan demi kebaikan bersama.
Kongsi Penyampai Radio Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH 32), nombor yang disifatkan sebagau ‘scammer’ itu didakwa ada melakukan panggilan terhadap Dj Lin yang kononnya telah membuat pinjaman bank.
“Alang2 minah #scammer ni nak popular nak menipu konon kata kita ni ada buat pinjaman banklah dgn #cimb meh DJ Lin tolong viralkan!
“Stupid people with stupid brain! Yg lain pls alert ya kalau dapat dari nombor ni tolong jgn angkat pastu block terus k.
“Jangan tertipu ya #radiodj,radioannouncer scammernaktipudjlin #stupidscamner #djlinpantangorangmenipu #scammer,” tulisnya sambil mendedahkan nombor telefon individu yang tidak bertanggungjawab itu.
Difahamkan, individu tersebut turut menghubungi penyampai radio itu kira-kira jam 2:56 petang tadi.
Lalu, netizen turut berasa kurang senang terhadap tindakan yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab itu dan meninggalkan pelbagai komen.
Dj Lin sebelum ini pernah mendapat panggilan misteri dari nombor yang berbeza ketika meraikan ulang tahun kelahirannya pada 31 Disember lalu.
Foto : Instagram DJ Lin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal dikritik sesetengah netizen gara-gara menghantar anak lelakinya ke hari pertama persekolahan yang didakwa berambut panjang dan kelihatan selekeh, pengarah Michael Ang tampil memberikan reaksi.
Respon berkenaan dibuatnya menerusi salah satu entri terkini di Instagram.
“Salam semua! Tak fhm aku dgn mulut2 org sekarang. Apoooooo! Berambut panjang tak bererti kurang ajar, bertudung tak ber erti suci dari Segala dosa, berpakaian ala kadar tak ber erti tak menghormat org, yg bersolat 5 kali sehari tak ber erti tak ada dosa!
“So Kau org pikir pikir kan dulu sebelum komen yg bukan2 berdasarkan 1 gambar! Aiyoh!!!! Hurghhhhhh! Salam Jumaat semua! Luv u all!,” tulisnya.
Pelakon Aman Nassim memaklumkan berita gembira apabila isterinya, Nor Baizura Abdul Ghani selamat melahirkan bayi lelaki pada 13 Januari lalu kira-kira jam 11.25 malam.
Perkongsian tersebut dibuat pelakon berusia 31 tahun itu menerusi Instagram, awal semalam dan Aman turut mendedahkan nama putera sulungnya itu.
”Welcome to the Real World ma boy! Tepat jam 11.25pm 13hb januari 2020 lahirnya anakanda saya yg diberi nama Nassim Iskandar bin Abdul Rahman.
”Alhamdulilah syukur wife saya selamat segalanya. Baby masih lagi dalam pemerhatian doctor di Nicu kerna middle premature 36 weeks.
”But now its geting better. Sehari dua lagi keuar lah kot. Alhamdulillah,” tulisnya.
Aman pada masa turut menjelaskan selepas beberapa hari, barulah dia mendapat kekuatan untuk berkongsi cerita atas kekangan masa.
“Selepas seminggu baru saya ade kekuatan utk post benda ni. Bukn sbb keadaan baby. Sbb saya bz ulang alik hospital dan uruskn wife saya. Bukan biase2 penat dia tu.
“Nassim Iskandar, awak sentiase ade mak dan abah awk yg bgi sokongan pada awk. Sentiasa di sisi awk. Sentiasa ada utk awk baby nass.
”Nanti saya post gmbr baby ble dh keluar hospital. Mane yg ucapkn tahniah tq so muchhhh. Xsempat nk reply satu2. Masa terlalu pantas sedar xsedar dh 1 week baby saya lahir.
”Thanks to all yg wish. Hanya tuhan yg dpt balas semuanya,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Aman dan isterinya yang juga pensyarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) mendirikan rumah tangga pada April tahun lalu.
Aman atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Nasim turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 beserta enam dulang hantaran dan dibalas lapan dulang daripada pihak perempuan, manakala wang hantaran RM10,000 pada majlis ijab kabul.
Foto: Instagram Aman Nassin, Isteri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Walaupun menjadi antara peserta terawal yang tersingkir, pelakon veteran Mubarak Majid menyifatkan penglibatannya dalam program Kilauan Emas Selebriti (KES) sebagai satu pengalaman berharga untuk menimba ilmu dalam bidang nyanyian.