Pelakon Aman Nassim memaklumkan berita gembira apabila isterinya, Nor Baizura Abdul Ghani selamat melahirkan bayi lelaki pada 13 Januari lalu kira-kira jam 11.25 malam.

Perkongsian tersebut dibuat pelakon berusia 31 tahun itu menerusi Instagram, awal semalam dan Aman turut mendedahkan nama putera sulungnya itu.

”Welcome to the Real World ma boy! Tepat jam 11.25pm 13hb januari 2020 lahirnya anakanda saya yg diberi nama Nassim Iskandar bin Abdul Rahman.

”Alhamdulilah syukur wife saya selamat segalanya. Baby masih lagi dalam pemerhatian doctor di Nicu kerna middle premature 36 weeks.

”But now its geting better. Sehari dua lagi keuar lah kot. Alhamdulillah,” tulisnya.

IKLAN

Aman pada masa turut menjelaskan selepas beberapa hari, barulah dia mendapat kekuatan untuk berkongsi cerita atas kekangan masa.

“Selepas seminggu baru saya ade kekuatan utk post benda ni. Bukn sbb keadaan baby. Sbb saya bz ulang alik hospital dan uruskn wife saya. Bukan biase2 penat dia tu.

“Nassim Iskandar, awak sentiase ade mak dan abah awk yg bgi sokongan pada awk. Sentiasa di sisi awk. Sentiasa ada utk awk baby nass.

IKLAN

”Nanti saya post gmbr baby ble dh keluar hospital. Mane yg ucapkn tahniah tq so muchhhh. Xsempat nk reply satu2. Masa terlalu pantas sedar xsedar dh 1 week baby saya lahir.

”Thanks to all yg wish. Hanya tuhan yg dpt balas semuanya,” tulisnya lagi.

IKLAN
View this post on Instagram

Welcome to the Real World ma boy!! . Tepat jam 11.25pm 13hb januari 2020 lahirnya anakanda saya yg diberi nama Nassim Iskandar bin Abdul Rahman. . Alhamdulilah syukur wife saya selamat segalanya. Baby masih lagi dalam pemerhatian doctor di Nicu kerna middle premature 36weeks. But now its geting better. Sehari dua lagi keuar lah kot. Alhamdulillah.selepas seminggu baru saya ade kekuatan utk post benda ni. Bukn sbb keadaan baby. Sbb saya bz ulang alik hospital dan uruskn wife saya. Bukan biase2 penat dia tu. 😁 . Nassim Iskandar, awak sentiase ade mak dan abah awk yg bgi sokongan pada awk. Sentiasa di sisi awk. Sentiasa ada utk awk baby nass. . Nanti saya post gmbr baby ble dh keluar hospital. Mane yg ucapkn tahniah tq so muchhhh. Xsempat nk reply satu2. Masa terlalu pantas sedar xsedar dh 1 week baby saya lahir. Thanks to all yg wish. Hanya tuhan yg dpt balas semuanya.

A post shared by AmanNassim (@amannassim) on

Terdahulu, Aman dan isterinya yang juga pensyarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) mendirikan rumah tangga pada April tahun lalu.

Aman atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Nasim turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 beserta enam dulang hantaran dan dibalas lapan dulang daripada pihak perempuan, manakala wang hantaran RM10,000 pada majlis ijab kabul.

Foto: Instagram Aman Nassin, Isteri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI