Sepanjang tempoh hampir sedekad bergelar anak seni, pelbagai pencapaian dan pengiktirafan yang menjadi idaman ramai berjaya diraih penyanyi Aina Abdul.
Terbaharu, figura cemerlang ini terus konsisten memahat nama dalam satu lagi detik kemasyhuran membanggakan di persada antarabangsa apabila terpilih mewakili negara sekaligus mengharumkan nama Malaysia untuk beraksi di pentas global ‘ABU TV Song Festival 2023’ anjuran Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU).
Penganjuran festival nyanyian berprestij edisi ke-12 pada kali ini dihoskan oleh stesen televisyen nasional Korean Broadcasting System (KBS) yang telah berlangsung di KBS Hall, Seoul, Korea Selatan, pada Ahad.
Ia turut menyaksikan pembabitan seramai 11 penyanyi tersohor dari 11 negara telah terpilih untuk menjayakan acara penuh gemilang tersebut termasuk Malaysia yang diwakili oleh Aina Abdul.
Manakala 10 penyanyi lain yang turut terlibat terdiri daripada Tia Ray (China), Chau Kat Pui (Hong Kong), Malini Awasthi (India), Ayaka Hirahara (Jepun), Mamamoo+ (Korea Selatan), Winifai (Macau), Sheron Silva (Sri Lanka), Annamyradow Begmyrat (Turkmenistan), Umut Sülünoğlu & Uğur Önür (Türkiye) dan Erik Lê Trung Thành (Vietnam).
Persembahannya menerusi lagu Terus Hidup berjaya memukau hampir 2,000 penonton. Lagu ikonik tersebut juga pernah
Ads
Mengulas lanjut mengenai persembahannya di pentas gah ‘ABU TV Song Festival 2023’, Aina Abdul menyifatkan ia sebagai satu penghormatan.
“Ia bukan sahaja memberi dimensi positif kepada kerjaya seni saya, bahkan boleh disifatkan antara salah satu pengalaman terbaik yang pernah saya kecapi sebagai penyanyi.
“Seperti yang kita tahu, industri K-Pop mempunyai reputasi global dan digilai oleh peminat seluruh dunia. Manakala KBS pula merupakan antara platform utama yang menjadi lubuk kelahiran artis-artis ternama K-Pop.
“Mengetahui bahawa program ini turut disiarkan di saluran KBS dan persembahan ini akan ditonton oleh jutaan rakyat Korea Selatan khususnya, saya tidak dapat menggambarkan betapa bermaknanya peluang yang diberikan tersebut.
Ads
“Walaupun hanya sebuah lagu, saya bangga dapat membawa nama dan budaya Malaysia tercinta di pesada dunia. Dalam masa yang sama, kesempatan beraksi di festival tersebut turut melengkapi hasrat saya untuk menghiburkan peminat di luar negara.
“Terharu apabila mengetahui ada di antara mereka yang tinggal di luar daerah Seoul sanggup ‘travel’ jauh semata-mata ingin menonton persembahan saya secara ‘live’,” katanya.
Aina yang baru sahaja melancarkan album sulung turut meluahkan rasa bertuah kerana dapat meraih pengalaman bekerja di luar negara.
“Jujurnya,rasa cukup bertuah kerana bukan sahaja dapat berkongsi pentas dengan penyanyi handalan dari rantau Asia-Pasifik, malah dapat mengutip pengalaman bekerja dengan krew produksi televisyen antarabangsa yang cukup berdedikasi dan profesional.
Ads
“Segala urusan berkaitan program juga berjalan dengan lancar dan menyeronokkan. Walaupun terdapat kekangan bahasa, namun tiada sebarang masalah yang timbul kerana segalanya telah disusun secara terperinci dan teratur.
“Pihak KBS juga turut menyediakan khidmat penterjemah untuk semua peserta bagi memudahkan komunikasi.
“Saya berharap persembahan ini dapat mempersonakan kesemua audiens. Manalah tahu, mungkin selepas menonton program tersebut, nama saya di Korea Selatan semakin diingati, peminat semakin bertambah dan mereka mula mengikuti evolusi muzik Aina Abdul.
“Besar harapan agar selepas ini saya akan menerima lebih banyak undangan untuk kembali beraksi di sini, mungkin untuk projek kolaborasi yang lebih istimewa, insya-Allah. Terima kasih, Korea untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Aina bakal mengadakan konsert solo berskala besar ‘A Night With Aina Abdul’ 3.0 anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Aina Abdul Entertainment (AAE) di Axiata Arena Bukit Jalil pada 18 November depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada penyanyi, Datuk Jamal Abdillah dan isteri Datin Izzati Khiruddin yang telah selamat melahirkan zuriat ketiga, pada jam 2.27 petang tadi.
Difahamkan, cahaya mata lelaki pasangan ini telah dilahirkan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta, Shah Alam.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh penyanyi yang sinonim dengan lagu Penghujung Rindu itu menerusi satu entri di Instagram.
“Rabbanaghfirlanaa wa liikhwaninnalladziina sabaquunaa bilimaani wa laa taj’alfii quluubinaa ghilaa lilladziina amanuu rabbannaa innaka raufurrookhiimun.
“Artinya: “Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa-dosa saudara kami yang telah mendahului kami dengan membawa iman.
“Dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Allah, sungguh Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.
“Assalammualaikum. Alhamdullilah telah lahir anak lelaki saya. Mohon doa semoga menjadi anak yg soleh, amen.
“ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH. GEMENTAR SEHINGGAKAN AZAN PUN TERSASUL. TERIMA KASIH SEMUA. Wassalam,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Sekadar informasi, Jamal dan Izzati mendirikan rumah tangga pada April 2017 dan dikurniakan memiliki sepasang cahaya mata bernama Nur Azura Yamani, 2 tahun dan El Issac Yamani, 9 bulan.
Jamal juga turut mempunyai dua orang anak lelaki, Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 16, menerusi perkahwinan terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Jamal Abdillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Memberi reaksi terhadap isu panas yang dikatakan melibatkan dirinya, Oktovia Manrose tampil membuat penjelasan menerusi salah satu posting di Insta Stories.
Penjelasan tersebut antara lain menyebut, dia bertanya mengenai bukti terhadap apa yang didakwa, dan dia bukan keluar berdua seperti yang disangka bersama suami Bella Astillah, Aliff Aziz.
“What is the prove yang mengatakan saya mabuk? Mulut manusia memang busuk tak pernah nak kalah, satu cawan air langsung tak pegang .”
“Padahal orang yang sibuk jaga tepi kain orang ni la yang dah mabuk tapi sibuk mengata pasal orang!!”
“and one more thing, WE ARE NOT JUST BOTH OF US ada yang teman untuk mengelakan difitnah. Saya tak suka orang buat tambah2 cerita macam ni . Jaga sikit muka .”
“Alif dengan saya keluar sebagai kawan dan nothing serious between us . Tolong bagi bukti pd saya yang saya mabuk ?”
“Please guys! and to @bellaastillah saya tak suka u kecoh tunjuk orang yang saya mabuk teruk tanpa bukti , tolong jaga air muka ayah saya. Yang lain pergi sikit pun saya tak peduli . “ tulis Oktovia.
Lantas, kata-kata Oktovia itu telah dibalas Bella.
“KELUAR SEBAGAI KAWAN PUKUL 3 PAGI?! You tahu itu suami org? You tahu kat rumah dia ada anak bini dah seminggu tak balik rumah? Boleh pula you dengan taka da rasa bersalah keluar pergi CLUB?”
“Serious lah? Org yang dm tu tak masuk pun. I tak bodoh nak keluarkan statement. I ada bukti yang terlebih cukup. I ADA VIDEO. Ada 3 video,” tulis Bella lagi.
Lalu, perkongsian tersebut mendapat reaksi pelbagai di kalangan netizen.
Bagaimanapun, perbalahan kedua dua aktres ini telah dipadam menerusi akaun Instagram masing masing.
Apa-apa pun, kita medoakan yang baik baik sahaja untuk mereka.
Foto : Instagram Oktovia Manrose & Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Amyza Aznan awal pagi ini ada memuat naik video menerusi IG TV bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya yang ke-16 tahun.
Bagaimanapun, perkongsian video yang berdurasi lebih tiga minit itu mendapat perhatian netizen apabila bintang drama Kariah Cak Pong ini mendedahkan suaminya, Khairil Izhar Mohd Nazir, telah jatuh sakit diserang angin ahmar.
Amyza atau lebih sinonim disapa sebagai Kak Kaaia turut meminta maaf kepada semua terutamanya yang berkaitan dengan soal kerjaya kerana dirinya sedang beri fokus terhadap suami yang kini tidak sihat.
“Even you dah lumpuh,kasih sayang setia i tak lumpuh. Kak kaaia minta maaf kepada semua clients yg kak kaaia buat emcee for dinner,event,wedding and also to productions.
“Bukan tak nak share all my activities tu kat instagram,and bukan pilih bulu,tetapi sebenarnya skrg ni ada lagi penting untuk kak kaaia focus,iaitu my husband,dia stroke. inshallah ..one fine day i will share keje2 emcee and shooting tu,” maklumnya.
Pada masa sama, bintang ini turut memberikan dedikasi istimewa buat suami tercinta.
“Happy anniversary suami ku sayang, semoga allah pegang hati ini untuk tidak berpaling, untuk tidak lelah menjaga, memanja, menyayangi, mencintai b. Walaupon b stroke, doa love tetap b suami dan ayah kepada anak2 love di dunia dan sehingga ke jannah nanti.
“Terima kasih untuk lagu nyanyian baby. ni lagu masa kita bercinta kannnn. tq nyanyi kan lagu and record lagu ni for me,” tulis Amyza.
Lalu, perkongsian tersebut dihujani dengan kata-kata semangat selain mengharapkan agar suami Amyza kembali sembuh seperti sedia kala.