Bakal menganjurkan Konsert Galau buat pertama kalinya di Singapura, penyanyi yang juga Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid menyifatkan penganjuran konsert tersebut bagaikan satu malam berkonsep ‘healing’ buat para penonton.
Menurut Sufi, penganjuran konsert yang akan diadakan pada 9 dan 16 Disember ini di Singapore EXPO itu telah direncanakan bersama sebuah unit komiti yang menyaksikan pemilihan barisan artis juga diundi oleh orang awam.
“Pemilihan artis-artis yang akan terlibat dalam konsert itu nanti bukan dibuat oleh pihak SAH Entertainment sahaja. Tetapi kami ada unit komiti yang digelar SAHabat untuk terlibat sama menguruskan pemilihan artis yang turut melibatkan undian orang awam.
“Boleh dikatakan, konsert ini adalah yang pertama kali seumpamanya diadakan di Singapura dan yang pertama di Asia yang menampilkan barisan 10 artis original atau kumpulan popular yang asal.
“SAH Entertainment memang komited mahu memastikan semua barisan asal artis ini ada untuk menjayakan konsert ini untuk menghiburkan peminat-peminat menerusi seleksi lagu-lagu galau masing-masing,” katanya.
Sufi menambah, Konsert Galau akan menyatukan barisan 10 artis ternama dari tiga buah negara serantau iaitu Singapura, Malaysia dan Indonesia.
Ads
Antara artis yang terlibat dari Indonesia ialah Judika, kumpulan Noah, Setia Band, ST12, Cakra Khan, D’Masiv dan Kangen Band.
Manakala artis dari Malaysia pula adalah kumpulan Insomniacks dengan Sufi Rashid dan Taufik Batisah pula mewakili Singapura.
Bagaimanapun, kata Sufi, kehadiran kumpulan Noah untuk Konsert Galau kali ini khusus sebagai tribute kepada kumpulan Peterpan.
Ini bermakna, vokalis Noah, Ariel bakal membawakan lagu-lagu hits daripada kumpulan Peterpan istimewa bagi menghiburkan peminat yang akan hadir ke konsert berkenaan.
Ads
Selain itu, jelas Sufi, penganjuran konsert dengan konsep dua malam merupakan yang pertama kali dilakukan di negara tersebut dan ia merupakan antara keunikan yang ingin ditampilkan oleh SAH Entertainment buat warga Singapura termasuk negara serantau.
“Konsert dengan konsep penganjuran selama beberapa hari, paling minimum dua hari, sudah biasa dilakukan di Indonesia mahu pun di Malaysia.Tetapi, jika di Singapura, konsep seperti ini masih dianggap baharu.
“Jadi, saya hadir dengan inisiatif ini untuk mendidik warga Singapura dengan memperkenalkan konsep konsert seperti ini supaya mereka dapat turut sama berhibur sambil menyaksikan artis kesayangan menyanyikan lagu-lagu galau kegemaran mereka dalam sebuah festival yang meriah.
“Kiranya, tak perlulah lagi mereka terbang ke negara jiran semata-mata untuk menonton persembahan artis kesayangan mereka. Ini kerana Konsert Galau Singapura juga ada!” katanya lagi.
Ads
Menyasarkan kehadiran seramai 12,000 penonton untuk dua malam penganjuran konsert tersebut, Sufi turut berharap orang ramai terutama peminat lagu-lagu galau sama ada dari Malaysia, Indonesia, Brunei atau di mana-mana sahaja dapat memberi sokongan untuk hadir ke konsert ini.
Malah, peminat yang hadir juga berpeluang memilih lokasi ruang mengikut tiga kategori yang disediakan iaitu Zon Galau untuk pengalaman ‘Galau’ yang eksklusif, Zon Berdiri dan juga Zon Duduk.
Tiket dijual pada harga yang mampu milik dari $88 hingga $168.
Tiket juga ditawarkan dengan diskaun 10% jika pembelian adalah untuk dua malam dan pembelian boleh tinjau menerusi media sosial Sufi Rashid.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Pelajaran merupakan salah satu perkara penting yang perlu ada pada setiap individu bagi menjamin masa depan.
Demi menyambung pelajaran, seorang pelajar lelaki, Ben Coway telah menyahut cabaran untuk mendaki gunung tertinggi di United Kingdom hanya untuk mendapatkan biasiswa.
Apa yang menariknya, Ben telah mendaki gunung tersebut dengan memakai kasut tumit tinggi setinggi 5 inci. Sesungguhnya bukan mudah untuk mendaki di permukaan yang tidak rata dan licin dengan menggunakan kasut tersebut.
Untuk pegetahuan semua, apa yang dilakukan Ben ini adalah untuk menjadi pelajar yang paling menonjol untuk mendapatkan biasiswa yang diingininya.
Setiap pemohon diminta untuk melakukan benda yang mereka minati untuk mendapatkan biasiswa itu.
Ben berusaha melakukan cabaran ini untuk memohon biasiswa di Sekolah Seni Komunikasi di Brixton.
“Saya perlu berfikir sesuatu yang susah untuk dilakukan dan saya juga suka akan budaya ‘drag’, selain itu saya juga sudah 13 tahun dalam pasukan pengakap jadi saya gabungkan kedua-duanya untuk menghasilkan idea yang lebih menarik,” ujarnya.
Dalam semangatnya yang membara untuk mendaki gunung itu, ada yang memberikan dorongan yang positif namun ada juga yang berkata dia sepatutnya mengambil kira tentang keselamatan dirinya.
Apapun kami memang respect dengan Ben, demi biasiswa untuk menyambung pelajarannya dia sanggup untuk melakukan perkara yang tidak mungkin dapat kita lakukan dengan memanjat gunung selama 5 jam untuk sampai ke puncak dengan memakai kasut tinggi.
Semoga dia terpilih untuk menerima biasiswa yang diinginanya itu dan terus sukses dalam pelajarannya.
Sumber: The Scotsman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak mampu menahan perasaan apabila setiap hari menerima kecaman dan kritikan, Zara Zya berkongsi sebuah rakaman yang diambil daripada sahabat, Syahrul Bobo yang memperlihatkan dirinya sedang menangis selepas membaca sesuatu di telefon.
“Apa perasaan korang kalau tiap hari ada je yg caci maki korang? Bertahun2 saya tahan, saya packing produk sendiri, pegi pos sendiri, tulis form pos sendiri, kena tipu psl meniaga, kena tipu psl lakonan, produk tak jalan, promote berhari2 tapi takde sales, semua saya dah rasa.
“Org nampak yg senang je, ingat saya kaut untung atas angin je. Ada juga org yg dah kaya ada pengalaman jual produk mcm2, dok mengata saya.
“Padahal saya tak jual sama produk dgn dia pun. Dengki sgt dgn saya knp? Saya berlakon pun bkn bagus sgt dan tak mungkin saya nak berlakon sampai tua. Apa lg yg saya pandai buat, bisnes je lah.”
Luahnya lagi, apa sahaja yang dilakukan seolah-olah tidak kena di pandangan mata orang.
“Ramai org ingat saya kuat tapi kalau dah kerap sgt mcm ni, saya pun down jugak. Saya jual lipmatte org kata bibir tak cantik pun nak jual lipmatte, saya jual lens org kata saya tiru org lain meniaga. Saya jual trimzshot, org kata dah kurus tak pyh la nak menipu. .
“Sampai kata semua yg saya jual tu haram.
“Kali ni saya rasa nak mengadu dgn followers saya. Saya nak tanya followers saya, salah ke saya berniaga?”
Tidak membiarkan pelakon jelita ini ‘jatuh terduduk’ dek komen melampau, netizen terus memberikan kata-kata semangat dan menyarankan agar dia menjadikan kritikan sebagai pemangkin untuk terus berjaya.
Foto – Instagram Zara Zya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anak kepada pasangan popular David Beckham dan Victoria Beckham, Brooklyn Beckham telah mengikat tali pernikahan dengan tunangnya, Nicola Anne Peltz. Brooklyn, 23, berkahwin dengan Nicola, 27, dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat dan rakan rapat keluarga sahaja.
Sehingga kini tiada satu pun penerbitan yang memperoleh gambar perkahwinan mereka berdua secara dekat melainkan hanya gambar jarak jauh hasil bidikan paparazzi.
Menurut laporan Mirror, pasangan merpati dua sejoli ini telah menandatangani perjanjian eksklusif bersama majalah fesyen terkemuka dunia, Vogue dengan memberi majalah tersebut hak sepenuhnya untuk merakam momen perkahwinan mereka.
Perkahwinan mereka bukan sahaja bakal dipaparkan di dalam majalah fesyen terkenal itu, bahkan pasangan ini dikatakan akan turut akan menghiasi muka hadapan majalah tersebut bagi penerbitan versi Amerika Syarikat di bawah kelolaan Anna Wintour dan juga versi United Kingdom di bawah kelolaan Edward Eninful.
Seperti yang semua sedia maklum, kedua-dua editor berpengaruh dalam dunia fesyen tersebut merupakan rakan karib kepada Victoria dan David Beckham.
Dalam perkahwinan itu, Nicola dilaporkan menggayakan busana rekaan jenama terkemuka Itali, Valentino. Gaun berona putih berlengan panjang itu dilengkapi layah dramatic yang menjadikan penampilannya lebih menawan.
Antara selebriti yang hadir ke majlis perkahwinan mereka adalah Eva Longoria, Gordon Ramsey, Mel C, Serena dan Venus William.
Gaya fesyen Eva tatkala menghadiri majlis Brooklyn dan Nicola
Sebelum berkahwin, Brooklyn dan Nicola telah menandatangangi perjanjian praperkahwinan bernilai lebih 3 juta pound. Perjanjian ini dilakukan bagi melindungi harta kekayaan keluarga Beckham yang dianggarkan bernilai 380 juta pound.
Namun begitu, perjanjian ini lebih kepada nomaliti sebuah perkahwinan kerana Nicola sendiri bukanlah calang-calang orangnya. Ayahnya, Nelson Peltz merupakan usahawan berjaya dengan kekayaan bernilai 1.3 bilion pound.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas lapan minggu bersaing dan membuktikan kemampuan, penyanyi Ariel Fesol mencipta kejutan apabila dinobatkan selaku juara Big Stage Aplha yang melabuhkan tirai saingannya di...