Persembahan memukau Aina Abdul memberi tuah buat naskhah ciptaannya sendiri, Terus Hidup apabila diumumkan sebagai juara utama di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37 yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, malam tadi.
Kemenangan itu sekaligus melayakkannya menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi, mengetepikan saingan 11 buah lagu yang turut bertanding.
Sementara itu, Aina Abdul juga dinobatkan sebagai penerima Anugerah Vokal Terbaik, menerima RM12,000 dan trofi.
Ads
Tempat kedua dimenangi lagu Satu Malam Di Temasek nyanyian SonaOne & Joe Flizzow membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.
Manakala lagu Anugerah Terindah yang dinyanyikan oleh Alif Satar & The Locos di tempat ketiga sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM 30, 000 bersama trofi.
Ads
Shiha bersama lagu Irama pula dipilih sebagai Pemenang Persembahan Terbaik dan menerima RM12, 000 dan trofi yang diundi secara dalam talian oleh penonton,
Istimewanya edisi kali ini, Alha Alfa Cosmetics juga meraikan Penyanyi Pilihan Alha Alfa yang membawa pulang hadiah wang tunai RM 12,000 bersama trofi dan dimenangi Khai Bahar.
Ads
Membawa tema Dimensi Muzik, AJL 37 dikendalikan oleh Sherry Alhadad dan Jihan Muse sebagai hos dan turut diserikan dengan persembahan ramai artis.
Ira Kazar yang juga isteri kedua pengarah filem Syamsul Yusof, bersama-sama bapa dan kakaknya perlu menjawab kepada Mahkamah Sesyen berhubung tindakan mengingkari perintah injuksi yang dikeluarkan terhadap mereka pada Julai tahun lalu.
Ia susulan keputusan mahkamah pada Selasa yang membenarkan permohonan pelakon Puteri Sarah (isteri pertama) untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin, kakaknya Yasmin dan bapanya, pelakon Kazaruddin Saisi.
Perintah injuksi diperoleh Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin pada 4 Julai tahun lalu.
Ia antara lainnya menghalang Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya daripada menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah dan keluarganya serta keluarga mentuanya termasuk suaminya.
Malah, Ira juga turut dihalang daripada mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah, keluarganya dan keluarga mentuanya, suaminya atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya (Puteri Sarah).
Perintah injunksi itu adalah rentetan daripada tuntutan saman difailkan Puteri Sarah terhadap madunya pada Jun 2022, atas dakwaan mengganggu kedamaian rumah tangganya.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader ketika dihubungi pemberita, berkata, permohonan anak guamnya dibenarkan oleh Hakim Norakhmar Mohd Sani dalam prosiding yang dijalankan secara dalam talian dengan dihadiri peguam Puteri Sarah, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff.
Susulan kebenaran itu, Akberdin menjelaskan, pihaknya perlu menyerahkan sesalinan permohonan komital berkenaan kepada Ira, Kazar dan Yasmin.
“Selepas penyampaian permohonan komital disempurnakan, mahkamah akan menetapkan tarikh bagi pihak sana menjawab permohonan kami.
“Setakat ini, mahkamah belum menetapkan tarikh lanjut,” katanya.
Pada 16 Januari lalu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah dengan alasan tidak dapat lagi hidup sebagai suami isteri dengan suaminya kerana tiada persefahaman di antara mereka dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).
Ibu kepada Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, itu juga menyatakan tekanan dan gangguan daripada pihak ketiga serta hubungan sulit Syamsul turut mendorongnya untuk memfailkan perceraian terbabit.
Terdahulu pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat pengakuan melalui video di Instagram bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, Kazar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Raysha Rizrose, 27, selamat bergelar isteri kepada usahawan dan pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri, 29, kira-kira jam 8.52 malam tadi.
Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad, dengan disaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi, dalam majlis tertutup di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Pada majlis yang dihadiri sekitar 200 orang itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,222 bersama tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama.
Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.
Raysha atau nama sebenarnya, Farza Naquraisha Mohd Fariz bersyukur kerana perancangan diatur berjalan lancar.
“Syukur segala-galanya yang dirancang salama ini dipermudahkan. Saya dengan kerendahan hati amat terharu kerana sejak mengumumkan berita pertunangan, banyak mesej dan doa yang baik-baik dipanjangkan ramai. Saya doakan kebaikan sama berbalik kepada semua.
“Semoga permulaan fasa baharu membina masjid ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah,” kata juara Dewi Remaja 2014/2015 itu.
Berkongsi detik perkenanan, adik kepada Uqasha dan Nelydia Senrose itu mendedahkan perkenalan mereka mekar sejak 10 tahun lalu.
“Kami kenal dari tahun 2013 menerusi akaun Twitter. Ketika itu saya masih menuntut di sekolah menengah.
“Biasalah dalam tempoh sedekad itu, hubungan kami ada turun naik. Tapi pada akhirnya kami banyak bertolak-ansur.
“Kepercayaan dan komunikasi menjadi teras kepada hubungan kami,” kata anak keempat daripada tujuh beradik itu.
Mengenai bulan madu dan cahaya mata, pelakon ini mengakui mereka belum merancang.
“Banyak komitmen dan kerja yang saya kena selesaikan selepas kahwin. Malah sebelum majlis nikah ini pun, saya terikat dengan penggambaran beberapa kempen dan projek yang tak memerlukan komitmen panjang. Jadi bolehlah saya fokus membuat persiapan kahwin dalam tempoh itu.
“Sejujurnya, memang belum ada perancangan berbulan madu lagi saat ini. Soal anak pula, baik saya dan suami tidak meletakkan ketetapan. Bagi kami perihal cahaya mata ini, insya-Allah ada rezeki ia akan datang tepat pada waktunya.
“Cuma selepas kahwin, saya perlu lebih selektif memilih watak. Saya sudah berubah status, jadi keutamaan tentunya lebih kepada suami,” katanya.
Pelakon Raysha Rizrose, 27, selamat bergelar isteri kepada usahawan dan pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri, 29, kira-kira jam 8.52 malam tadi. Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad, dengan disaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi, dalam majlis tertutup di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Mengenai Nabil atau nama penuhnya, Muhammad Nabil Jan Al Jeffri, Raysha menyifatkan suami melengkapi segala-galanya.
“Selama ini, dia (suami) sentiasa menjadi inspirasi dalam hidup saya. Dia sentiasa mendorong saya menjadi lebih baik,” kata Raysha.
Sementara itu, Nabil Jeffri menganggap Raysha sebagai wanita yang banyak menyuntik semangat.
“Dia (Raysha) sentiasa ada ketika saya memerlukannya. Di saat berada di tahap paling bawah dan sedih, dialah yang tak pernah berpaling daripada saya.
“Kebijaksanaannya juga menambat hati saya. Dia seorang yang memahami dan matang. Malah kualiti lain yang mencuri perhatian saya ialah dirinya memang pandai membawa diri, sentiasa santun dan menghormati orang.
“Tentunya, dia sangat comel dan itu yang buat saya jatuh hati dengannya. Dia juga jujur dan ikhlas dalam setiap apa dilakukan,” kata Nabil.
Tambah Nabil Jeffri lagi, Raysha juga selama ini begitu memahami jadual dan tuntutan kerjanya.
“Ada ketika saya perlu berada di luar negara kerana urusan kerja, dia umpama begitu dekat dengan diri ini menyokong dari kejauhan.
“Syukur, jodoh dan cinta kami mekar serta erat hingga ke saat ini. Moga hubungan ini kekal ke jannah,” katanya.
Terdahulu, pasangan ini melangsungkan pertunangan
secara tertutup pada 22 Disember, tahun lalu.
Namun, Raysha dan Nabil Jeffri hanya berkongsi dan mendedahkan cerita pertunangan mereka di media sosial pada 14 Februari lalu.
Tanggal 26 Februari ini, mereka akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi juga di lokasi sama majlis pernikahan berlangsung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, muzik video lagu, Aku Suka Dia nyanyian penyanyi, Ainan Tasneem kembali hangat diperkatakan netizen ada yang menganggap lagu tersebut menyimpan seribu satu kenangan sewaktu mereka masih remaja.
Malah, mereka turut menyifatkan Aina sebagai antara ‘trendsetter’ buat para gadis remaja pada ketika itu.
“I magine wearing a cowboy boot at sawah padi playing guitar and singing love song by yourself? Ainan Tasneem was in her element at that moment,” tulis individu tersebut.
Malah, ciapan tersebut turut mendapat respon daripada Ainan menerusi laman Twitter miliknya.
Jelas Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Redzuan, dia sendiri terhibur melihat keyakinannya berfesyen sewaktu menjalani penggambaran muzik video lagu tersebut.
Terkejut eh tetiba keluar tweet ni kat timeline ahahah! Sangat confident ye pakai boot tu ke sawah padi. Kau dah kenapa dik?? Acah taylor swift sangat engko ye 😂😂😂 https://t.co/KkleWiU3Rc
“Terkejut eh tetiba keluar tweet ni kat timeline ahahah! Sangat confident ye pakai boot tu ke sawah padi.
“Kau dah kenapa dik? Acah taylor swift sangat engko ye,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat respon tersebut selain turut mengakui rindu untuk melihat Ainan kembali menyanyi.
“Hahhaha sebab akak la saya beli tudung tone aiskrim dulu.
“Puncalah ni iolls bila tudung macam ni dulu.
“Boleh guna boot tu juga masuk bendang haha. Btw terima kasih kasih sbb hiburkan kami semasa di matrik Perak dan sewaktu kami bergerak ke arah alam dewasa.
“Sebab akak saya percaya fesyen dua tone.
“Rindu zaman lagu Ainan Tasneem dulu. Dia macam best je time tu,” antara komen-komen netizen di Twitter.
Sekadar informasi, nama Ainan mula dikenali sejak tahun 2012 menerusi beberapa buah lagu hits seperti 150 Juta, Aku Suka Dia dan Kamu Saja.
Bagaimanapun, Ainan memutuskan untuk berhenti sebagai seorang penyanyi selepas mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamad Ariffudin pada 7 Januari 2017.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan tiga orang cahaya mata termasuklah sepasang anak kembar yang lahir pada 18 Disember 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Twitter Ainan Tasneem, Twitter IzzraifHarz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim tidak menyangka video yang memaparkan dirinya menyanyikan semula lagu hitsnya, Kini Kau Tiada bersama komposer, Brandon Lim (MFMF) mendapat perhatian banyak pihak.