Penerbit terkenal, Datuk A Aida sanggup berhabis hampir RM150,000 semata-mata untuk membeli tiga kamera baharu bagi kegunaan penggambaran drama terkini, Bidadari Salju yang bakal ditayangkan di slot Akasia, TV3 Disember depan.
Bagi memberikan yang terbaik untuk drama bersiri sebanyak 28 espisod itu, A Aida, 50, berkata dia juga melabur banyak untuk babak bermain bola sepak yang menggunakan khidmat lebih 20 pelakon extra membabitkan remaja yang ‘fit’ dan sado.
“Saya fikir agak lama juga tidak hasilkan drama untuk slot tersebut. Tambahan lagi drama adaptasi ini jalan cerita berbeza dengan yang lain dan saya mahukan sesuatu yang baru bukan saja dari segi ‘shot’, tapi juga ‘look’ untuk drama ini.
“Kebetulan, pengarah, Riza Baharudin ada kepakaran itu. Sebab itulah saya berani melabur demi memberikan yang terbaik buat penonton, insya-Allah.
“Apabila dia cakap mahu gunakan tiga kamera, saya tak fikir panjang dan terus buat tempahan. Semuanya demi drama ini agar hasilnya nanti lebih menarik dan berkualiti,” katanya.
A.Aida turut menambah, dia turut melakukan sesi uji bakat bagi mencari pelakon extra yang benad-benar mempunyai asas dalam bola sepak.
Ads
“Dalam masa sama, drama ini ada babak bermain bola sepak di padang.
“Justeru, saya berasakan ia perlu diberi perhatian dan bukan sekadar ‘shoot’ biasa saja. Jadi, saya dan pasukan berbincang untuk mencari pelakon extra yang sesuai dengan babak itu.
“Saya buat uji bakat dan menetapkan kriteria kena remaja dan sado. Bagi saya, pemain bola perlu kelihatan ‘fit’ barulah nampak ‘real’.
Ads
“Takkan saya nak ambil yang boroi pula kan. Memang tak sesuai,” katanya lagi.
Sementara itu, Riza berkata itu kali pertama dia akan mengarah menggunakan tiga kamera.
“Ini kali pertama saya dapat ‘shoot’ menggunakan tiga kamerra. Sebelum ini satu atau dua kamera saja. Ada sebab saya nak gunakan tiga kamera. Ini kerana, kalau pengkarya luar, mereka menggunakan enam sehingga tujuh kamera.
Ads
“Mereka gunakan banyak teknik kamera untuk mendapatkan lebih banyak ‘shot’ dan reaksi untuk setiap babak. Alhamdulillah, saya tahu dan ada kelebihan di situ untuk memudahkan kerja semua orang dan mencantikkan hasil kerja.
“Sebenarnya saya saja uji Datuk dengan buat permintaan tiga kamera, tak menjangka pula dia bersetuju.
“Tapi, apabila dah bagi, saya kena buat yang terbaik. Saya kena tunjuk yang lebih baik,” katanya.
Puteri Salju terbitan A Aida Productions itu menampilkan pelakon Adam Lee, Sweet Qismina, Jasmine Suraya dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bukan calang-calang penyanyi muda apabila konsert solo pertama Aina Abdul di pentas berprestij di Istana Budaya pada 25 dan 26 Jun ini bakal dihadiri ramai selebriti-popular tanah air.
Menurut Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 29, dia tidak menyangka apabila konsert yang bakal diketuai Pengarah Muzik, Mac Chew dan Jenny Chin itu turut mendapat perhatian daripada rakan artis.
“Alhamdulillah lebih kurang seminggu lagi saya bakal membuat persembahan di pentas yang cukup saya impikan selama ini. Ibarat mimpi jadi kenyataan apabila berpeluang mengadakan konsert solo di Istana Budaya.
“Namun apa yang membuatkan saya lebih teruja dan gementar adalah selain peminat yang sudah mendapatkan tiket menyaksikan konsert ini, pengurus saya memaklumkan ramai selebriti terkenal dan berpengalaman bakal menghadiri konsert ini.
“Antaranya ialah Ziana Zain, Anuar Zain, Ella, Datuk Nora, Datuk Hattan, Nabil Ahmad dan Hael Husaini serta ramai lagi sudah mengesahkan kehadiran mereka sekali gus memberi satu tekanan kepada saya yang masih baru mengadakan konsert ini untuk membuat persembahan di hadapan mereka,” katanya kepada MH.
Menurut Aina yang cukup popular dengan lagu Sepi dan Semalam ini, dia tidak putus berdoa agar segala persiapan menuju konsert A Night With Aina Abdul 2.0 berjalan seperti yang dirancang.
“Saya ingin mencipta momen manis bersama peminat di konsert ini. Saya mahu penonton yang hadir merasai dan terhibur dengan setiap lagu yang dipersembahkan.
“Konsert ini adalah untuk kita semua menghargai diri sendiri dan saya akan menghadiahkan segala anugerah yang Tuhan berikan.
“Alhamdulillah persiapan menuju konsert berjalan dengan baik. Saya sudah melakukan beberapa sesi latihan bersama Mac Chew dan pasukannya.
“Insha-Allah minggu depan saya akan mengadakan sesi latihan di Istana Budaya untuk mendapatkan ‘mood’ sebelum tarikh konsert,” katanya.
Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 merupakan kesinambungan kepada kejayaan Konsert A Night With Aina Abdul yang berlangsung pada Disember tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Aina Abdul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Shima Anuar meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Marian Sophia dan Mikhael Imaan bebas daripada wabak Covid-19.
Sebelum ini, bintang filem Highland Tower ini telah disahkan positif Covid-19 pada Ahad lalu meski tidak mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif penyakit tersebut.
“We’ve received their result this morning. Alhamdulillah they are all safe from Covid.
“This video was taken last Friday before pegi swab test. Dia dah check mommy dulu. Tp result dia bagi tak accurate langsung.
“Rindunya diorang. Tunggu sat naaa InshaAllah very soon we can play together again,” tulisnya menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat dan rakan selebriti mendoakan agar aktres jelita kembali sembuh dan sihat daripada wabak berkenaan.
MH mendoakan agar Shima kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala.
Foto: Instagram Shima Anuar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kesemua kandungan video yang dimuat naik menerusi saluran YouTube Sugu Pavithra dipercayai telah pun dipadamkan pemilik akaun berkenaan, S. Pavithra dan suaminya, M.Sugu.
Pasangan suami isteri itu sebelum ini terpalit dengan kontroversi apabila Pavithra didakwa telah dikasari suaminya, baru-baru ini.
Lalu kini, akaun berkenaan yang mempunyai lebih 780,000 subscribers itu kini ‘kosong’ tanpa sebarang video yang terpapar.
Perkara tersebut sekali gus menimbulkan tanda tanya di kalangan warga maya dan ada di antara mereka yang meluahkan rasa sedih di media sosial apabila setakat ini, mereka tidak dapat lagi untuk mengikut seterusnya mencuba resipi yang dikongsi.
Saluran tersebut sebelum ini mempunyai hampir 100 buah video yang terdiri daripada video masakan serta akvitivi mereka sekeluarga.
Terdahulu, pasangan tersebut mencuri perhatian ramai apabila Pavithra dikatakan telah dikasari suaminya, M. Sugu dalam satu kejadian di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, baru-baru ini.
Insiden tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan satu majlis pengiktirafan yang diterima Pavithra, Isnin lalu.
Malah suaminya, M. Sugu selepas itu turut berdepan satu pertuduhan di mahkamah berikutan memiliki senjata berbahaya.
Sementara Pavithra menerusi satu kenyataan pula memaklumkan, dia kini mahu menjalani kehidupan normal seperti insan biasa tanpa sebarang publisiti.
Sebelum ini, video masakan yang dimuat naik di YouTube mencetuskan sensasi di negara ini hingga turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pasangan berkenaan mulai aktif memuat naik video di YouTube sejak awal tahun ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!