Pelakon dan pengacara, Uyaina Arsyad ada berkongsi kisah sewaktu pertemuannya untuk menjayakan satu projek bersama pengacara serta usahawan, Neelofa.
Menurut Uyaina, perjalanan hijrah yang telah dilalui Neelofa sedikit sebanyak telah menjadi sumber inspirasi kepada dirinya.
Malah, Uyaina sempat bertanya mengenai apa penerimaan jenama antarabangsa mengenai penampilan terkini bekas hos MeleTop itu.
“Perjalanan hijrahnya telah menginspirasikan ramai orang dan dia tidak akan pernah berhenti.
“Dalam banyak-banyak soalan yang sempat saya tanyakan dalam perjumpaan kami yang singkat tadi, salah satunya adalah ‘Sebagai duta untuk pelbagai jenama antarabangsa, bagaimanakah penerimaan mereka mengenai penampilan Neelofa yang kini berniqab?’
Ads
“Jawapan yang dia berikan buat saya meremang. Saya telah bersedia untuk segala kemungkinan termasuklah akan ditolak atau dilabel sebagai ekstremis.
“Sebaliknya, mereka pula bertanya kepada saya bagaimana kami (jenama antarabangsa) boleh menyesuaikan diri dengan penampilan terkini saya.
“Jawabnya dengan penuh rasa rendah diri dan ini telah pun menjawab segala persoalan,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Ads
Dalam pada itu, Uyaina turut mendedahkan perkongsian tersebut ternyata memberikannya perspektif baru untuk berani berubah ke arah yang lebih baik.
“Kadang kala kita berasa takut untuk berhijrah sebab kita fikir yang kita akan kehilangan banyak tawaran kerja dan tidak dapat menenuhi permintaan para klien.
“Tapi tidakkah kita ingat yang rezeki datang daripada Allah dan hanya Dia seorang. Kalau kita meletakkan Dia sebagai keutamaan, kita akan sentiasa dimuliakan olehNya.
“Sesiapa sahaja boleh jadi terkenal dan hidup glamor, tetapi tidak semua orang boleh menjadi inspirasi dengan gaya hidup yang sederhana dan sopan.
Ads
“Terima kasih diatas perkongsian ini Lofa. Awak telah menginspirasikan saya dalam pelbagai cara. I love you,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tersentuh dengan perkongsian dari Uyaina itu.
Terdahulu, Uyaina kini dilihat sibuk mempromosikan drama terbarunya berjudul Perempuan Tanpa Dosa yang kini sedang ditayangkan di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Sumber: Instagram Uyaina Arsyad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz sah bercerai talak satu dengan Bella Astillah, pada jam 1.11 petang di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
Pada prosiding perceraian yang berlangsung, kedua-dua belah pihak sebelum ini bersetuju untuk membuat beberapa perjanjian sebelum proses perceraian dilakukan.
Antara perjanjian yang dilakukan adalah Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah tidak menuntut sebarang harta sepencarian daripada Aliff, hak penjagaan anak sepenuhnya diberikan kepada Bella serta Aliff tidak membuat sebarang pertuduhan nusyuz terhadap Bella.
Dalam pada itu, mahkamah juga telah mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Bella menjalani tempoh edah selama tiga kali suci selain mendaftarkan perceraian.
Pada 11 Mac lalu, Bella memfailkan perceraian secara ‘fast track’ daripada suaminya itu kerana tiada persefahaman dan ‘mawaddah’ (cinta dan kasih sayang), mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Bagaimanapun Aliff yang sepatutnya hadir pada sebutan kali pertama kes perceraian mereka pada 13 Mac lalu, tidak hadir kerana urusan kerja selain terbabit dengan penggambaran.
Bagaimanapun pada sebutan kedua perceraian mereka, Aliff enggan melafazkan cerai dan Hakim Syarie Wan Mohd Najib bersetuju untuk kedua-duanya melantik wakil untuk proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Hari ini sepatutnya berlangsung status proses JKP yang dibuat di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Untuk rekod Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016, namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh edah.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Terdahulu pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan pelakon Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Nora Danish yang kini sudah genap mencecah usia 39 tahun ada berkongsi satu momen apabila menerima satu kejutan istimewa daripada suami tercinta, Nedim Nazri.
Difahamkan kejutan istimewa itu bersempena dengan ulang tahun kelahiran bintang yang popular menerusi drama bersiri Puteri.
“Haahahah , lazy 39! Its the age baby. Hahah. But thank u for all the effort sayang . I loveeeeeeeeeeeeeeeee youuuuuuuu !!!!!!!!!!!
“7th March 2021. 12am sharp, gigih suami ku. Mcm mana tak sayang….ok bye nak tido balik! Hahaha. #ND39 #blessed,” tulisnya.
Di samping itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut berkongsi foto beberapa keping foto ketika meraikan majlis hari jadi bersama keluarga.
Terdahulu, Nora mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.
Bagaimanapun Nora telah berpisah dengan Jejai pada Julai 2008.
Selepas itu, Nora mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.
Foto : Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Wanita yang dikaitkan dengan pergolakan rumah tangga pelakon, Hafidz Roshdi, 29, iaitu Athira Yuhada memohon maaf kepada isteri Hafidz, Nurul Shuhada Mat Shukri dan dua anak mereka, Humairah dan Umar.
Perkara itu dikongsikan Athira menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, awal malam tadi.
“Assalamualaikum, saya Athira Yuhada. Saya memohon maaf kepada Shuhada, Humairah dan Umar dengan seikhlas hati.
“Apa yang saya lakukan ini mementingkan diri sendiri. Selepas Hafidz cuba menghubungi saya sejak sembilan tahun lalu, saya cuba sehabis baik untuk mengelak banyak kali.
“Namun, akhirnya perkara ini berlaku susulan mengetahui keadaan kesihatan mentalnya yang membuatkan saya simpati dan ingin menyokong apa yang dilaluinya.
“Saya akui saya insan yang lemah dan bodoh apabila hanyut dalam situasi ini,” tulis Athira.
Wanita tersebut bagaimanapun menegaskan hubungannya dengan pelakon tersebut sudah lama berakhir.
“Saya sudah lama tidak berhubung dengan dia dan tidak akan berlaku lagi. Saya dengan rendah diri ingin sekali lagi memohon maaf kepada Shuhada, Humairah dan Umar,” luahnya lagi.
Hantaran serupa turut dikongsikan di Insta Story.
Terdahulu, identiti wanita yang dipercayai ada kaitan dengan situasi rumah tangga Hafidz terbongkar menerusi satu hantaran yang tular di media sosial.
Hantaran tersebut memaparkan tangkap layar finalis Hero Remaja sezaman Fattah Amin itu berbalas mesej dengan wanita menerusi WhatsApp yang turut terpapar sekeping foto wanita.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang bola sepak antarabangsa, Cristiano Ronaldo menerima hadiah luar biasa apabila wartawan terkemuka Arab Saudi, Ibrahim Al Faryan yang menghadiahkan seekor unta sempena meraikan...