Setelah 5 tahun meninggalkan stesen radio Hot FM, penyampai radio Muhammad Azmir Selamat atau lebih dikenali sebagai AG telah kembali ke udara di stesen radio tersebut bersama rakan penyampai, Fad Bocey, hari ini.

AG yang sebelum ini merupakan penyampai radio di stesen radio Kool FM berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

AG Kembali ‘On Air’ Di Hot FM, Peminat Teruja Gembira! – “Bestlah Tadi Dengar Suara AG kat Radio Teringat Zaman Sekolah.” AG Kembali ‘On Air’ Di Hot FM, Peminat Teruja Gembira! – “Bestlah Tadi Dengar Suara AG kat Radio Teringat Zaman Sekolah.”

Menurut AG, semuanya berlaku selepas dia menerima satu panggilan daripada penyelia stesen radio berkenaan yang memintanya hadir menjalankan tugas di Hot FM.

“Ramai yang tertanya saya pergi mana lama tak ‘on air’, sebenarnya saya sedang bercuti lebih kurang dua minggu tapi hari ini bos telefon minta saya datang untuk ‘on air’.

“Okeylah benda ini normal, datang ‘on air’ itu perkara biasa. Tapi bukan dekat Kool FM, saya kena ‘on air’ dekat Hot FM. Jadi hari ni saya datang ‘on air’ dekat Hot FM,” katanya.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ag Azmeer (@ag_azmeer)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan gembira apabila suara penyampai radio berusia 41 tahun kembali berkeudara di Hot FM.

“Best lah tdi dgr suara ag kt radio terigt Sy zman sekolah dulu.. mmg bkk am krew,” tulis seorang netizen.

“Otaii kembali ke konti hot.. mesti ni mcm orientasi nk buat AM crew balik…rindu suara fizi pepagi dh 9 tahun duk dgr dia kot x bosan pon..fad pon sesuai sesi pg sbb dia kelako berilmu..,” luah lagi seorang warganet.

IKLAN

“Suka suka suka… Lama X dengar hot… @ag_azmeer punye Pasai.. Mmg melekat lh ngan hot balik,” tulis lagi seorang netizen yang lain.

Sebelum ini, penyampai radio Fizie, Mark Adam dan Riena Diana ditugaskan untuk berkeudara pada waktu sebelah pagi di Hot FM menerusi segmen Geng Pagi Hot (GPH).

Namun, Fizie dan Mark terpaksa meninggalkan stesen radio berkenaan selepas kontrak perkhidmatan mereka ditamatkan pada Selasa manakala Riena kini ditugaskan untuk berkeudara pada waktu sebelah malam.

AG Kembali ‘On Air’ Di Hot FM, Peminat Teruja Gembira! – “Bestlah Tadi Dengar Suara AG kat Radio Teringat Zaman Sekolah.” AG Kembali ‘On Air’ Di Hot FM, Peminat Teruja Gembira! – “Bestlah Tadi Dengar Suara AG kat Radio Teringat Zaman Sekolah.”

IKLAN

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

AG Kembali ‘On Air’ Di Hot FM, Peminat Teruja Gembira! – “Bestlah Tadi Dengar Suara AG kat Radio Teringat Zaman Sekolah.”

Foto: Instagram Hot FM

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI